Bismillahirrahmanirrahim...
macam best je tajuk kan? tapi isinya? Wallahualam..
jarang sekali daku menulis..biasanya mengambil karya orang -dengan izin yer- dan edit sikit2 kemudian baru diletakkan di blog ini untuk tatapan sendiri juga...sekadar mencari peringatan-peringatan agama sebagai panduan buat diri yang sering lupa..
Kenapa ada Fahmi + Elia dihujungnya? sama2 kita kupas..hehe
Hakikatnya inilah perkara yang sedang hangat diperkatakan sekarang..kejuaraan Malaysia menumpaskan Indonesia dalam Piala Suzuki AFF, cuti peristiwa kerana kemenangan tersebut dan kehebatan penjaga gol kita mengawal gawang negara.
Sesungguhnya seluruh rakyat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Malaysia telah berjaya merangkul gelaran juara Piala Suzuki AFF setelah pertarungan sengit selama 90+90+8+4= 192 minit di dua tempat berbeza lengkap dengan tekanan yang tinggi dari media dan rakyat seberang..
..beserta dengan kemengagan itu, PM DS Najib mengumumkan cuti umum pada 31 hb ini a.k.a esok..suka sangatlah rakyat negara Malaysia ya...hakikatnya saya dah berenti kerja pun dan akan masuk semula UiTM tak lama lagi..so tak rasa sangatlah keseronokannya.. ;-DD
-sebaliknya bengang!esok plannye nak ke Rompin ; ke pejabat LHDN..ada urusan penting..alahai...
Bermula dengan kemenangan Malaysia ke atas Vietnam (mungkin) dalam separuh akhir pertama di Bukit Jalil dan kemudiannya layak ke final secara aggregat, telah menaikkan semangat semua rakyat Malaysia untuk memberi sokongan padu kepada pasukan negara..PADU yang teramat sangat..buktinya Stadium Bukit Jalil dibanjir lebih kurang 90000 penonton seawal 2 petang untuk menonton perlawanan akhir; dan mungkin lebih awal lagi! setelah sekian lama....akhirnya semangat dan kecintaan rakyat terhadap bola sepak tanah air naik semula..
Yang pergi termasuklah abang-abang, sepupu dan bapa saudaraku ;-DD. tapi mereka pergi berasingan..salah seorang abang tu dapat free tiket sebab tolong ambilkan penyokong Indonesia dari airport ke stadium. tak kurang juga Incik Fazli Razak- classmate dari darjah 2 sampai form 5 kat sekolah dulu-yang tetiba sound saya time bekerja pagi hari perlawanan tersebut.. "woi, ko buat kerja ke baca paper?" [ jawapan : buat kerja sambil baca paper lah! hehehe ] sebab time tu tengah susun paper..alang-kepalang tak dapat gaji a.k.a tak mampu beli, kita semaklah sikit-sikit yer..ramai je buat gitu kat sini...heheh.. dia pun odw ke Key-el rupanya..waah semangat btol orang Muadzam..;-)
The nite arrived, but since my mum tengok berita, saya boley terlupa ada match!huhuuuuuu
then pergilah berkubang, mandi lama-lama dalam bilik air..sebab sejuk sangat, tu yang lambat mandi tu walaupun siangnye keje dan ter o.t pulak.. keluar je dari tempat perkubangan tersebut dah nak abes separuh masa pertama pun , tapi nasib tak gol lagi..waktu tu mak dah alih channel ke tv1; menjerit-jeritlah daku memanggil kakak sebab baru perasan ada match; macam manala leh lupa ni?adoyai....
Then mum said cik puan raihanah isharudin sedang menolong my sis in law a.k.a kak zati.. intai-intai rupanya tengah buat 4000 keping kad pelajar Politeknik Muadzam Shah yang akan dibuka tak lama lagi...bertambah-tambah sesakla Muadzam ni, dengan dua Tunas Manja nya, Pasaraya BS nya, dan macam2 pasar lagi yang akan dibuka minggu depan;trafik light pun turut sedang didirikan...yang pegi belaja kat oversea, balik nanti confem dah tak kenal Muadzam..kelmarin tinjau-tinjau la jugak bandar baru tu dengan cik Munirah Pairon, pehh rasa macam dah bukan Muadzam!huhuhu...
~sambung bab bola~ bila dah start lawan balik saya pun kuatkanla tv yang mak slowkan tu, mak kata nanti kacau orang buat kje....alaaa tak enjoy tau tak tengok bola macam tu..kakak keje, abang kat stadium, mak suruh slow;..huuuuuuuuu...before that Baraq-abang nombor 5; call dari stadium..tak payah cakap la bisingnya kat belakang tu...kita nak cakap ngan dia pun dah kena jerit2 yang rasanya 4 rumah kiri kanan boleh dengar. tupun tak dengar lagi! tak payahla wei..suaraku aurat..karang kena bebel dengan the 3rd bro kat luar umah tu pulak..dia buat keja, kita galok menjerit kat dalam...cermah agama dan sivik skali dapat karang..
Tiba-tiba pengulas cakap Marcus- keeper Indonesia kata ada orang suluh lazer dekat dia. tak lama kemudian waktu nak penalti dia kecoh pasal lazer tu..sudahnya perlawanan dihentikan lebih kurang 6 minit smpai YM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turun ke padang..kecoh sekejap..
Akhirnya perlawanan bersambung semula dan Alhamdulillah Malaysia menang 3-0 dalam first match final tersebut...sokongan padu peminat banyak menaikkan semangat mereka..para pemain dan pemimpin negara tak putus-putus memuji sokongan padu rakyat Malaysia..
Serentak dengan itu bermulalah insiden ‘perang cyber ‘ di internet kerana laser..di twitter, facebook, ohtidak dll. media cetak, terutama Indonesia gah meyalahkan laser..Malaysia kalah 5-1 tak cari salah orang luar pun. cek diri masing-masing sudah...yang penting FOKUS dan sedar nama negara yang dibawa; tanggungjawab yang dipikul..
Allah itu Maha Adil..bermacam-macam kejian yang diterima..bila baca komen-komen mereka bikin panas hati je...tapi ada juga warga Indonesia yang masih bertimbang rasa, berbudi bahasa, bercakap pakai iman-bukan nafsu dan akal semata!
Hakikatnya bola hanyalah satu permainan yang dicipta Yahudi.. kalah menang sudah semestinya adat pertandingan. Kalau difikirkan yang menang dalam perbalahan kekanak-kanakan ini hanyalah syaitanirrajim dan kaum2 laknatullah jugak..bersorak-sorai mereka meraikan kejayaan memecahbelah dan merosakkan kita; anak2 Adam..
Kesian juga pasukan Malaysia di sana; terpaksa diberi kawalan keselamatan yang ketat sampai naik kereta perisai untuk memasuki stadium! Sesi latihan juga terpaksa dibatalkan kerana gangguan lebih 40000 penyokong di padang latihan.. Sabau je lah...Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar ;-))
Dan memang dah rezeki Malaysia kali ini selepas 14 tahun, Malaysia menang dengan aggregat 4-2 walaupun tewas di tempat lawan 1-2. Ya, Indonesia menang juga-di tempat sendiri..
Tahniah Safee Sali kerana mendapat anugerah Top Scorer Award serta seluruh pasukan bolasepak negara; terutamanya keeper kebanggan negara,Khairul Fahmi Che Mat yang dah mencetuskan TsuFahmi pula sekarang dengan aksi cemerlang yang teramat sangat dalam mengawal pintu gol negara..pujian melambung diterima 3 wira ini -termasuk K Rajagobal kerana yakin memilih skuad muda untuk diturunkan bagi Piala ini..dan hakikatnya tanpa barisan pertahanan yang mantap dan perancang utama perlawanan seperti norshahrul idlan talaha kita juga tidak akan mampu memenangi piala tersebut.. Sesungguhnya ini adalah kerja berpasukan dan sokongan padu peminat yang tidak henti-henti walaupun ada pasang surutnya..
Prestasi memberangsangkan Fahmi membuatkan namanya naik serta merta..jejariruncing@blogspot milik Elia a.k.a buah hati pengarang jantung keeper yang sedang digilai jutaan gadis di Malaysia ini turut diserang dengan follower, komen, akaun facebook full request, malahan fan club yang diuruskan Elia kali pertama saya like hanyalah 63000 lebih je peminat; dalam bbrapa minit kmudian dah jadi 75000 lebih!
sekarang apatah lagi..;-))
semoga ini menjadi permulaan kepada kebangkitan bola sepak negara yang sudah lebih dua dekad melalui zaman kemerosotannya..
Amin..
once again terima kasih skuad negara, terima kasih Allah!Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment