ada apa pada sambutan tahun baru?
sekarang 11:45 pm..pasti sedang berkumpul ramai orang untuk menyambut tahun baru Masihi..
yang menyedihkan bila ada orang Islam meraikannya bersama.. yang dimaksudkan di sini adalah sambutan berbentuk jahiliah dengan konsert, nyanyian, tarian, arak, pesta dan selepas itu? wallahualam..biasanya time-time macam ni lah penguatkuasa agama tak menang tangan..esoknya pasti ada laporan tangkap basah, penemuan kondom dll..takpun dalam 9 bulan lagi dengarlah penemuan anak2 luar nikah..itu tak termasuk yang digugurkan...
nauzubillahiminzalik!...bilalah mereka ni nak sedar...sedih mengenangkan semuanya...dan saya? tidak mampu melakukan apa-apa pun melainkan doa. kerana saya yakin dan percaya doa itu senjata mukmin...
saya mendoakan mereka dikurniakan taufik dah hidayah agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan...sedih, sayu, pilu bercampur tika ini.. Ya Allah selamatkan saudara seagamaku, selamatkanlah iman mereka...datangkanlah pemimpin kebenaran itu untuk mmbaiki kerosakan ini...perkenankanlah ya Allah...
tahun ini berlalu dengan macam-macam masalah dan kontroversi..
malaslah nak berbicara detail
anda pun tahu..
yang utama; isu-isu politik yang tak berkesudahan...kata-mengata, kutuk-mengutuk, fitnah-memfitnah...letih melihat! letih...dan malas ambil pusing pun...kadang-kadang berita terpaksa ditutup kerana bosan dengan semuanya...
kemudian pembunuhan paling kejam pernah saya dengar- kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan rakan-rakan yang diculik, diseksa, dibunuh, dibakar dan dibuang abu ke sungai!
kejam sungguh kejam...
yang menyedihkan selepas kehilangan hampir sebulan keluarga bahkan rakyat Malaysia menerima kejutan ini pada bulan puasa yang lalu...sedih mengenangkan pembunuhan kejam ini membuatkan mereka tiada pusara....
sedih mengenangkan pemandu dan pembantu peribadi Allahyarhamah Datuk adalah bapa saudara rakan sendiri yang tinggal hanya beberapa langkah sahaja dari rumah ini...
teringat kes pembunuhan kejam Allahyarham Datuk Mazlan [ AlFatihah ] oleh Mona Fendi dan suami serta pembantunya..arwah adalah abang kepada bapa saudara saya Pak Andak.. tak tahulah macam mana pak andak menerima kenyataan saat mengetahui abang tersayang dikerat 18! Allahuakbar..beberapa minggu lalu kakak menonton rancangan Kes di tv3 berkenaan pembunuhan kejam tersebut. kami memang dah plan tengok rancangan tersebut.
Kebetulan saya kepenatan kerja di siangnya, jadi mak tak benarkan kakak kejut saya. Esoknya kakak cakap memang patut saya tidur sebab seram sangat bila dia menonton. Siap bukak laptop saya dan cari cerita kelakar lagi untuk gelak-gelak bagi menghilangkan keseraman itu...dengar sahaja pun menakutkan; jadi memang nasib baiklah saya tidur agaknya..
Tidak dilupakan kes perceraian artis yang berderet. Kebanyakannya dari rancangan Sehati Berdansa di Astro. kata orang, ia badi.. kata saya? lain kali jagalah maruah diri dan rumah tangga elok-elok.. ini pergi bergelek, terkangkang, terlompat lagi...waktu latihan tak payah cakaplah... apatah lagi di atas pentas tarian tersebut..Nauzubillah!
dengan alasan untuk program amal tapi matlamat tak menghalalkan cara! Ramai je selebriti cina, india dan kaum-kaum lain, kenapa mesti Melayu Islam jugak yang masuk rancangan merosakkan macam tu..hebatnya korang nak jawab soalan malaikat dalam kubur dan di hadapan Allah nanti. Hebat!
Hakikatnya dosa yang dapat tu lebih banyak dari duit yang dapat..sedih betul!
Selepas Sehati Berdansa rancangan mari Menari pula..-speechless!
Balik je cuti sem lepas, bukak tv tutup balik..MOSTLY rancangan yang rosak! rasa berdosa sangat tengok...dosa mata, telinga dapat, dosa mulut sebab mengutuk, dosa dia pun kita tambah, lebih baik tutup...
Siang malam je la hadap laptop- main game, tengok movie, dengar nasyid dll..
Kemudian nasib baik dapat kerja kat petronas, tak terbuang sangatlah masa..
Tahun ini ditutup dengan kemenangan Malaysia dalam Piala AFF Suzuki ke atas Indonesia. Bermula dengan kemenangan kontroversi di stadium Putra Bukit Jalil kemudian di Indonesia kalah 1-2 tetapi Malaysia menang dengan aggregat 4-2. Alhamdulillah
Hakikatnya penonton Indonesia dahulu yang menyuluhkan laser kepada penjaga gol Malaysia semasa perlawanan peringkat kumpulan di Indonesia yang menyaksikan kekalahan teruk Malaysia 5-1. tetapi sekali pun Sharbini tidak bising kepada wartawan hatta K Rajagobal.
Ramai berpendapat Marcus sudah tidak dapat mengawal tekanan akibat kemantapan permainan skuad Harimau Malaya dan laser yang disuluh itu..Nak buat macam mana, dah rezeki Malaysia..
Dan perlawanan di Indonesia memberikan persepsi yang amat negatif terhadap rakyat negara sana. Sedangkan majoritinya adalah beragama Islam. Sanggup mengganggu pemain Malaysia di padang latihan, tunjuk perasaan di hotel sehingga K Rajagobal terpaksa membatalkan latihan demi keselamatan pemain daripada 40000 lebih fanatik yang sedang menanti di padang..Dan barangkali Indonesia telah mencipta sejarah kerana pemain-pemain Malaysia terpaksa diangkut dengan kereta perisai untuk ke perlawanan akhir kedua tersebut..Belum pernah rasanya di dengar di mana-mana..
Akhirnya piala tetap mnjadi milik Malaysia di sebalik tekanan dan ancaman yang melampau..
dan kemenangan ini dikatakan menamatkan kemerosotan bola sepak negara semenjak 20 tahun yang lalu. Penyerang negara, Safee Sali dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak dan disebut-sebut sebagai menandingi lagenda Bola Sepak tanah air; Allahyarham Mokhtar Dahari. Namanya dan khairul fahmi kini sedang hangat kerana keperwiraan mereka dalam perlawanan lalu. serentak dengan itu teman wanita Khairul Fahmi juga mendapat kesannya.. Sedang glamor dalam kalangan blogger..
dan tahun ini ditutupi dengan satu berita buruk, pembunuhan seorang lelaki yang telah bersepah tubuh badannya di mana tubuh badannya ditemui dalam loji kumbahan...
Sama-sama kita doakan agar tahun 2011 mnjadi lebih baik dari tahun 2010..dan semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang telah lalu...aminn
Sekian, thanks reading!
No comments:
Post a Comment