Followers

nuffnang

Thursday, 21 June 2018

HADIS BERKAITAN HUTANG YANG TIDAK DILUNASI



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ﺃَﻳُّﻤَﺎ ﺭَﺟُﻞٍ ﻳَﺪَﻳَّﻦُ ﺩَﻳْﻨًﺎ ﻭَﻫُﻮَ ﻣُﺠْﻤِﻊٌ ﺃَﻥْ ﻻَ ﻳُﻮَﻓِّﻴَﻪُ ﺇِﻳَّﺎﻩُ ﻟَﻘِﻰَ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺳَﺎﺭِﻗًﺎ

“Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.”  HR. Ibnu Majah no. 2410. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيدُ إِتْلاَفَهَا أَتْلَفَهُ اللَّهُ
“Barangsiapa yang mengambil harta manusia, dengan niat ingin menghancurkannya, maka Allah juga akan menghancurkan dirinya.” (HR. Bukhari no. 18 dan Ibnu Majah no. 2411). Di antara maksud hadits ini adalah barangsiapa yang mengambil harta manusia melalui jalan hutang, lalu dia berniat tidak ingin mengembalikan hutang tersebut, maka Allah pun akan menghancurkannya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ رَجُلاً قُتِلَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ أُحْيِىَ ثُمَّ قُتِلَ مَرَّتَيْنِ وَعَلَيْهِ دَيْنٌ مَا دَخَلَ الْجَنَّةَ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ دَيْنُهُ

“Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih punya hutang, maka dia tidak akan masuk surga sampai hutangnya itu dilunasi.” HR. Ahmad No. 22546, An Nasa’i No. 4684, Ath Thabarani dalam Al Kabir No. 556 Syaikh Al Albani mengatakan: hasan. Lihat Shahihul Jami’  No. 3600

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,

نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

“Jiwa seorang mukmin tergantung karena hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya.” HR. At Tirmidzi No. 1079, Ibnu Majah No. 2413, dishahihkan oleh Syaikh Syu’aib Al Arnauth dalamTahqiq Musnad Ahmad No. 10607

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) karena di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah no. 2414. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih). 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الدَّائِنِ حَتَّى يَقْضِىَ دَيْنَهُ مَا لَمْ يَكُنْ فِيمَا يَكْرَهُ اللَّهُ
“Allah akan bersama (memberi pertolongan pada) orang yang berhutang (yang ingin melunasi hutangnya) sampai dia melunasi hutang tersebut selama hutang tersebut bukanlah sesuatu yang dilarang oleh Allah.” (HR. Ibnu Majah no. 2400. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ خِيَارَكُمْ أَحْسَنُكُمْ قَضَاءً
“Sesungguhnya yang paling di antara kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang.” (HR. Bukhari no. 2393

Monday, 4 June 2018

Kenapa isteri yang baik lemah lembut berubah menjadi isteri yang garang dan kuat marah-marah...


Tadi selesai beri ceramah ada seorang tahan saya sebelum sampai rumah. Saya terkejut juga. Abang tu stress. Katanya isterinya kuat suka marah-marah. Anak-anak asyik kena marah jer. Cepat naik angin. Suka masam jer muka. Berubah perangai. Dah lama juga perangainya. Ramadhan ini semakin menjadi-jadi. Tak nak layan suami. Dah tak nak bercakap..ustaz tolonglah saya. Apa saya perlu buat..
Abang, sayang abang kerana Allah. Nak tahu tak sebab apa isteri kita jadi begitu. Dulu isteri yang baik dan lemah lembut. Suka bermanja. Bergurau sama-sama. Kini semuanya berubah..lagi teruk ada yang sampai stress dan kemurungan..mereka cuma manusia macam kita.
Sebabnya ialah,mereka rindu suami mereka. Mereka perlukan suami yang beri perhatian pada mereka. Mereka penat abang. Dari pagi sampai waktu tidur cuma untuk keluarga. Mereka perlu rehat. Mereka nak suami dengar mereka. Bantu kerja-kerja rumah. Urus anak-anak..kasihan mereka..
Dari pagi sahur. Asyik terjaga-jaga nak siapkan sahur buat suami dan anak-anak. Mereka rindu nak solat dan baca Al-Quran bersama suami...mereka dahaga bimbingan dan kasih sayang..
Saya nak tanya abang ada tak buat semua tu. Kita para suami gagal bimbing mereka.
Erm betul lah ustaz. Saya sibuk kerja. Balik rumah saya sibuk dengan telefon tak berhenti. Tak tolong basuh berak anak. Tak tolong buang sampah. Tak tolong ajar anak-anak sekolah. Semua isteri saya buat. Dah lama tak berbual-bual dengan isteri. Dia cakap, saya lambat jawab. Sebab tengok tv dan main telefon. Ya Allah tuhanku..lepas tu kadang-kadang lepak mamak malam-malam. Pergi bersukan dengan kawan-kawan. Mesti wife saya stress..
Betul ler tu abang. Itulah sebabnya. Bukan tak boleh buat semua tu. Tapi jika kita nak rehat. Tengok dulu isteri kita dah rehat ke belum. If kita nak beli apa-apa untuk hobi kita tengok dulu isteri kita pencuci muka pun takde duit. Sebelum kita pergi berurut tengok isteri kita dah berurut dah ke belum. Kita solat tarawih bantu juga supaya isteri kita sempat tarawih..mereka juga manusia dan perlu masa nak solat dan zikir pada Allah..buat Taklim sama-sama dengan isteri dan anak-anak..
Gitulah abang. Baru betul suami soleh. Ayah yang baik. Hamba Allah yang disayangi Allah. Barulah hidup rezeki kita berkat. Barulah Ramadhan ini telah mengubah kita. Kita berjaya dalam sekolah Ramadhan ini. Asas dia mula di rumah. Bagaimana layan suami atau isteri.
Abang tu kata,ustaz izin saya peluk ustaz. Doaakn saya ustaz. Saya nak jadi hamba Allah yang baik. Teringin nak buat dakwah dengan ustaz.
Saya doakan abang bahagia sampai syurga bersama isteri dan semua anak menjadi anak soleh dan solehah-ebitlew
JemputDatangKeluargaSunnah 29september2018

SUMBER:
USTAZ EBIT LEW

Wednesday, 2 August 2017

Sedih Dengan Dosa



hatiku tidak susah diwaktu aku dihina..
aku tidak bersedih diwaktu aku menderita
aku tidak sedih diwaktu aku disisih
jiwaku tidak menderita ketika aku ditohmah dan difitnah
aku ditohmah dan difitnah

aku tahu itu semua penghapusan dosa
tapi aku sedihkan dosa yang kulakukan
orang yang sepertiku ini
sudah pasti tidak terlepas daripadanya

yang aku sedihkan
kesalahan dan kesilapanku
bahkan dosa-dosaku  itu setiap hari memburuku

aku takut
pintu syurga tertutup buatku
pintu neraka terbuka untukku

aduh Tuhan
tidak ada erti kekayaan , kesenangan
kalau dosa tidak diampunkan..
itulah yang mengganggu selalu

wahai Tuhan..
jiwaku tidak tenang dibuai oleh dosa

DOSA-DOSA
itulah yang mengganggu fikiranku
Tuhan maafkan aku....
Tuhan ampunkanlah aku..

kalaupun bukan dengan rahmatMu
tapi dengan kemaafanMu
tapi dengan kemaafanMu..


SEDIH DENGAN DOSA
sebuah nukilan almarhum Ustaz Ashaari
dinyanyikan oleh Siti Fatimah Ashaari (anak perempuan beliau)

dengarkan...


Monday, 12 December 2016

1 Tahun Yang Panjang

Part 1

Bismillah..
Lama rasanya tidak menulis di sini..

Last entry dalam blog ni adalah pada oktober 2015. Kemudian ia menjadi 1 tahun yang panjang dan menguji.

September 2014 adalah tarikh keramat yang besar dalam hdup saya kerana ia menjadi bulan terakhir saya makan gaji. Sebelum buat keputusan besar memulakan perniagaan sendiri,makanan jalanan dari Jepun iaitu Takoyaki.

Almaklum benda baru, tak ramai yang tahu tentang takoyaki..masa tu sambutan sangat2 luar biasa. Alhamdulillah..

Kalau ikut mentor bisnes, nak meletak jawatan dan tumpu pada perniaagaan sendiri sepenuh masa perlu ada simpanan sekurang kurangnya 6 bulan gaji. Itu tidak berlaku kepada saya. Kerana gaji terakhir itulah simpanan saya. Tetapi syukur kerana perniagaan saya menjadi dan saya boleh survive tnpa simpanan yang cukup. TAPI jangan sekali2 newbie perniagaan cuba2 ikut macam saya yee..

Banyak lagi kesilapan saya di awal2 perniagaan yang banyak mmberi impak dalam hidup saya..

Antaranya, saya tidak buat kira2 kos, belanja, untung dan rugi dengan betul.
Selepas sekian lama baru sedar perniagaan saya tak berapa menguntungkan. Malah menanggung rugi serta kesulitan selama beberapa bulan akibat kecuaian ini.

Saya tidak membuat kajian pasaran sehabis baik dan saya jual terlalu murah. Kalau di shopping2 mall kotaraya, harga takoyaki ialah paling kurang 3 biji rm 5.30  ..tapi saya jual 4 biji rm 3.50 jika delivery dan 3.00 jika ambil sendiri di rumah..

Kemudian saya buat penstrukturan harga sehingga RM 5 bagi 4 biji takoyaki. Barulah boleh bernafas sedikit. Namun GST pula muncul..
Selepas gst, kenaikan harga minyak petrol serta minyak masak, harga saya masih sama. Kini amatlah perlu kepada penstrukturan baru harga kerana amat terasa kesannya..

Yang kedua kesilapan pada harga ialah, mentor menyatakan jika benda baru dan kita adalah pencetus serta tiada lagi seumpamanya disitu, letak lah harga yang tinggi. Kerana bukan mudah didapatkan di kawasan kejiranan itu. Sebab itu jika musim perayaan, hrga ayam boleh naik mendadak. Ini kerana akibat kekurangan bekalan. Pembeli tiada pilihan selain menurut sahaja hrga pembekal. Maklumla nak ternak dan sembelih ayam sendiri memang tak kuasa kan..

Ok guys..akan bsambung.
Tupun jika ada yg membaca.hehee
Wassalam n have a nice weekend!




Friday, 2 October 2015

SKIM CEPAT KAYAP

SKIM CEPAT KAYAP

Ini ingatan buat anda yang suka diingatkan dan ambil perhatian sebelum buat keputusan untuk melabur duit takut-takut melebur:-

1/ Jangan “melabur” wang atau cuba fikir banyak kali bila ada orang approach anda untuk buat sebarang pelaburan samada emas, hartanah, perniagaan, tanam pokok kayu atau apa sahaja jenis yang mereka panggil “pelaburan” atau “perkongsian keuntungan”.

2/ Jika anda melabur beli emas anda sepatutnya dapat emas fizikal ditangan, emas tulen ikut nilai yang ada laburkan atau beli. Kecuali anda menyimpan di akaun simpanan emas di Bank seperti ArRajhi, Maybak atau Public Bank.

3/ Jika anda mahu melabur kepada syarikat orang lain, JANGAN serah duit bodoh-bodoh tanpa ada khidmat nasihat peguam luar anda sendiri serta kena faham apakah tahap pemilikan dan control anda terhadap wang tersebut serta syarikat tersebut.

4/ Ada satu lagi skim dan scam untuk buat anda melabur adalah dengan buat atas nama kononnya MLM/ Network Marketing Company sedangkan sebenarnya mereka tidak ada lesen AJL (Akta Jualan Langsung) dan skim mereka adalah Money Game. Dan kadang-kadang mereka ada lesen juga tetapi mereka create Money Game dengan pelbagai rupa. Bukan semua syarikat MLM/Network Marketing company tidak bagus, banyak yang baik samada dari Malaysia atau negara luar. Ia cara mudah untuk berjinak-jinak dengan perniagaan. Cuma disebabkan 2-3 syarikat yang buat skim cepat kaya, maka ia merosakkan yang lain. Saya tidak buat MLM, saya cakap fakta kerana saya mengkaji tentang business.

5/ Apa contoh Money Game? Anda masuk duit kononnya beli sesuatu tetapi pada harga yang tidak munasabah kemudian anda kena samada tunggu 2 kaki dibawah cukup dan mereka akan beritahu tak perlu cari orang, duduk mengangkang then tunggu dapat duit atau kononnya nak cepat, anda boleh ajak kawan-kawan join. Atau anda kononya beli kopi 100 gram berharga RM1,000 (Kopi apa harga RM1,000 untuk 100 gram, mungkin bukan kopi musang tapi kopi ziraffah). Kemudian kena dapatkan 2 kaki orang lain beli kopi macam anda then anda akan dibayar komisen pairing. Ada lagi power, leader beritahu anda tak yah buat apa-apa, berdoa sahaja then anda akan dapat duit atau cium duit tiap-tiap hari then duit datang.

6/ Illegal money deposit- Cuba faham perkara ni. Tidak ada sesiapa di Malaysia boleh collect duit atau ambil duit orang lain dengan sah untuk pelaburan melainkan anda adalah Bank, Syarikat Unit Trust, Koperasi, Tabung Haji, EPF dan syarikat Public Listed tersenarai di Bursa Malaysia melalui pembelian saham di syarikat stock broking firm. Anda boleh menjadi shareholder (pemegang saham) kepada syarikat sdn bhd atau berhad tetapi anda kena faham apakah syarikat yang anda laburkan duit anda?

7/ Pointnya macam ini, fahami apa risiko anda. Sekiranya anda melabur, apakah tahap risiko hilang duit itu?

8/ Jangan melabur kepada individu. Jangan percaya dengan mudah sesiapa pun bila ia melibatkan hal duit. Hati-hati bila mereka janji anda boleh dapat pulangan yang dijanjikan seperti 10-12% sebulan. Jika ia bagus, Bank Negara pun akan simpan duit dengan mereka der! Hubungi talian Bank Negara atau layari laman web mereka untuk pengesahan.

9/ Pelaburan Hartanah, Emas, Saham, Amanah Saham, Perniagaan dan instrumen yang lain adalah bagus TETAPI anda mestilah ada ILMU dan STRATEGI yang terbukti berjaya

10/ Pelaburan ilmu juga bagus dan penting tetapi jangan melabur hanya untuk dapatkan ilmu tetapi melabur untuk belajar pelajaran dari kesilapan orang lain, formula kejayaan dan pengalaman orang lain yang telah terbukti berjaya berulang kali bukan hanya kepada dirinya tetapi setiap mereka yang MEMPRAKTIKKAN formula mereka. Ia meningkatkan peluang anda berjaya In sha Allah.

Setiap pelaburan ada risiko tetapi risiko paling besar adalah bila anda tidak tahu apa yang anda laburkan atau mana pergi duit tersebut.

Di dalam membina kewangan, ilmu penting sebelum belajar buat duit samada melalui business atau investment adalah :-

1/ Belajar JAGA DUIT atau PROTECT DUIT anda. Ilmu lindungi duit sebab ibarat tanaman padi, bila ianya dah masak dan bakal ada hasil, banyak seranggan dan binatang yang nak datang ambil hasilnya

2/ Belajar uruskan duit. 90% orang yang saya kenal dan hadir seminar-seminar saya samada mengenai bagaimana membina perniagaan atau bagaimana memperbaiki kewangan, majoriti mereka tidak tahu ataupun gagal dalam bab menguruskan wang mereka. Jika anda tidak tahu uruskan wang anda walaupun sedikit, macamana anda akan uruskannya bila ianya banyak nanti?!

3/ Lepas mempunyai disiplin untuk 2 perkara di atas, barulah anda belajar buat duit melalui perniagaan yang sebenar dan melalui pelaburan yang sah serta legal.

Ingatan ini penting terutamanya buat anda yang bekerja kerana anda tidak mampu buat silap yang banyak kehilangan duit bukan?

Ingatan ini juga buat mereka yang bakal VSS. Jangan lompat terjun masuk bisnes yang perlukan modal yang besar atau melabur kerana ditakuti lebur semua duit anda. Anda akan melopong nanti hilang semuanya.

Ingatan ini juga buat anda yang berniaga. Berniaga sepatutnya cara pantas untuk mencapai tahap kewangan yang bagus dan menjadi jutawan tetapi ramai orang berniaga cukup-cukup makan sebab ego tidak mahu belajar dari orang lain yang telah terbukti berjaya. Tetapi lebih rela buat silap yang menghabiskan banyak wang.

Jangan salahkan sesiapa bila anda telah buat keputusan setuju untuk serahkan duit anda kepada orang lain. Ingat, duit tidak salah. Yang salah kita bila kita tidak ada ilmu sebagai penyuluh keputusan kita. Jangan percaya sesiapa dengan mudah walau dia kata dia kawan baik dengan MALAIKAT sekalipun.

Saya amat konvensional dalam hal ini. Saya sendiri pernah buat silap dalam mempercayai orang paling dekat dengan saya satu masa dahulu dan nilai jadi “kawan baik” tersebut telah meleburkan lebih setengah juta ringgit dan kesilapan keputusan dalam pelaburan tanpa ilmu ketika itu telah meleburkan lebih tiga juta ringgit.

Sebab itu hari ini saya percaya, ilmu dari mentor yang terbukti berjaya itu penting. Sebelum saya mahu mengajar orang lain jadi jutawan, saya telah mencapainya melalui syarikat pengiklanan dan pemasaran saya sejak tahun 2006 lagi Alhamdulillah dan syukur ramai anak didik saya yang perbaiki kewangan mereka dengan cara yang betul iaitu berniaga dengan betul serta melabur ditempat yang betul.

Yuran kebodohan yang tinggi akan kita bayar bila kita tidak ada ilmu.

Anda mungkin tidak suka saya tetapi ingatlah ingatan ini. Anda akan hargainya bila duit anda dah “hilang” nanti.

Sharing is caring.

Sama-sama.

P/S Anda juga boleh baca blog ustaz Dr zaharuddin untuk informasi skim yang halal ikur syariah atau tidak sebagai panduan.

Love

‪#‎AzizanOsman