Followers

nuffnang

Dr Badrul Amin

halwa kalbu

halwa kalbu

Friday, 2 January 2015

Ummi Saya Part 1

Terlalu lama masa diambil untuk menulis ini. Mencari kekuatan barangkali...tidak mudah..

Beberapa bulan yang lalu, kami mndapat khabaran berita dari kakak di Kuantan bahawa ibu tiri kami, di panggil Ummi; sedang bertarung kanser payudara di tahap 4.
Allah sahaja tahu betapa terkejutnya kami ,dan betapa hiba mengenangkan ujian mereka. Anak2 umi ada 3 orang, adik-beradik kandung kami - dari ayah yang sama. Kak Long, Ishma Hana ; 25 tahun. Qaneah; 24 tahun. Lahir sama tahun dengan saya, tarikh sama, bulan sahaja berlainan. Saya 27.2, dia 27.6 Manakala yang bongsu M Dhiya'udddin, 21 tahun.

Saya cuba menghubungi Neah dan dengan berlapik cuba mendapatkan pengakuannya tentang keadaan umi sebenar. Sy lebih rapat dengan dia kerana kami sekelas sejak tingkatan 1, dan sering berutus surat melalui arwah abah sms skolah rendah...

Betapa pilu hati ini, rupa-rupanya mereka dapat tahu tentang penyakit ummi hampir setahun lalu, semasa abang ke lima kami melangsungkan perkahwinan. Padanlah mereka tidak hadir. Semuanya sedang terkejut dan bergelut dengan emosi. Kanser umi sudah di tahap yang teruk. Pada waktu itu kami tidak faham juga kenapa mereka tidak hadir? Dan abang Baraq ketika itu berkecil hati  ..

Selepas itu saya berusaha untuk bertemu dengan Umi yang sedang tinggal di rumah adik beliau di Bukit Jelutong bagi memudahkan rawatan kemoterapi dan susulan di PPUM. Pada masa tu Kak Long yang bekerja di Kuantan telah mengambil cuti tanpa gaji selama beberapa minggu, sebanyak beberapa kali. Dan akhirnya kaklong terpaksa meletak jawatan dengan notis pendek kerana ingin menjaga umi. Dalam masa sama neah yang bekerja di Seksyen 7 Shah ALam juga menetap bersama mereka di Bukit Jelutong.

Bila dapat berjumpa umi,  air mata ini tak tertahan lagi. Hiba melihat keadaan umi yang telah dipotong pendek rambutnya, dan badan yang menyusut. Manakala umi terpaksa bertongkat dan berpimpin untuk berjalan.
Banyak sangat kami bualkan dalam tempoh yang singkat itu...bergurau senda, bergelak tawa; di samping mendengar luahan rasa kesengsaraan mereka..
Sempat Umi minta adik umi yg datang melawat petang itu agar mencarikan jodoh untuk kami bertiga..dalam nada bergurau namun serius..

Dan akhirnya kukhabarkan jua pada adik beradik sebelah emak kandung tentang keadaan mereka. Aku hanya ingin segalanya menjadi baik. Biarpun mereka melarang keras aku memberitahu sesiapa.

Tidak berapa lama kemudian aku mengikut Neah balik ke Bentong selepas habis kerja,kebetulan ada kenduri kahwin serentak dua sepupuku yg berhampiran dengan rumah Ummi pada ahad. 
Umi membawa diri pulang ke Bentong semula biarpun Umi masih ada rawatan yang perlu dilalui di PPUM. Berlaku sesuatu yg membuat Ummi membawa diri pulang semula ke Bentong. Tuhan sahaja tahu derita mereka..sedang aku hanya mampu menangis di sudut hati dan cuba sehabis baik menjaga perasaan mereka.



Ummi kulihat kali ini lebih cergas dan boleh berjalan sendiri tanpa pimpinan mahupun bertongkat lagi. Cuma dia kerap mengadu penat, dan tiada selera makan. Kaklong kulihat sangat susah hati dengan keadaan Ummi yg hilang selera makan. Kak long dah cuba masak macam2 demi Ummi, tapi apakan daya..

Malam itu kami meluangkan masa bersama, berborak, bergurau senda, meluah perasaan hatiku, bercerita tentang impian perniagaanku, -Takoyaki dan Herbalife- dan segalanya.. Ummi seperti biasa suka memberi nasihat bernas sebagai pegangan hidup..ah air mataku! jangan kau keluar .menulislah dengan tenang..
Tiba-tiba aku menjadi speechless tatkala Ummi bertanya; "AWAK TAKNAK JAGA UMMI DILAH? TAK LAMA, KEJAP JE,  3 BULAN JE, KESIAN KAK LONG, DIA NAK KERJA.."..Pada masa itu kaklong telah berhenti kerja dan menjaga Ummi sepenuh masa..berbulan lamanya. sebelum itu kaklong telah beberapa kali mengambil cuti tanpa gaji.

Maaf posing yg entah apa2 tapi ini sahaja gmbar sempat diambil berkaitan Ummi..hanya koridor rumahnya

Selamat pengantin baru kak Mayah!
Esoknya aku menghabis separuh hari di rumah ibu saudara menghadiri majlis perkahwinan sepupu, dan pada masa itu abang sulung dan abang kelima turut hadir demi ingin bertemu Ummi sekali. Macam2 mereka bertanya kepadaku tentang Ummi, takut Ummi tidak sudi menerima kehadiran mereka. Hanya pagi itu abg sulung ada menghubungi Ummi dan katakan ingin datang berziarah. Beberapa minggu sebelumnya aku ada juga mendesak abang kakak yg kelapangan ziarahlah Ummi. Alhamdulillah ini harinya...Sengaja kutidak balik dari kenduri sepupuku lebih awal atas ajakan abang2, biarlah mereka bertemu empat mata dan berbicara hati ke hati..

Bila petang itu kupulang semula ke rumah Ummi, mereka telah pulang ke KL, dan ku dengar abang2ku itu menangis.. Tuhan, hibanya hati ini...
Abah..

bersambung...

No comments:

There was an error in this gadget