Followers

nuffnang

Dr Badrul Amin

halwa kalbu

halwa kalbu

Monday, 24 March 2014

Penguasaan Yahudi Dalam Dunia Perniagaan

Jewish_group
Yahudi merupakan satu bangsa yang tidak asing lagi di mata dunia.  Menurut statistik yang diperoleh daripada Wikipedia, dianggarkan terdapat lebih kurang 14 juta penduduk dunia yang berbangsa Yahudi, atau lebih kurang 0.2% daripada populasi dunia.  Majoriti mereka ini iaitu 6 juta orang berada di negara Israel, 5 juta berada di negara Amerika Syarikat dan selebihnya di Asia, Eropah dan Afrika.  Walaupun bilangan bangsa Yahudi ini agak kecil jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa yang lain, namun mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam sejarah dunia.  Bangsa Yahudi sememangnya terkenal sebagai bangsa yang bijak dan amat berkuasa daripada sudut ekonomi dan teknologi.  Tidak terkira ramainya tokoh-tokoh ilmuwan dunia berbangsa Yahudi yang banyak memberi sumbangan di peringkat global dalam pelbagai bidang yang ada.  Antaranya ialah tokoh ilmuwan fizik yang terkenal Albert Einstein, Paul Samuelson yang merupakan penerima hadiah Nobel untuk Sains Ekonomi, Milton Friedman Greyscale yang merupakan pakar makroekonomi dan mikroekonomi juga penerima hadiah Nobel dan Jonas Salk yang menemui vaksin Polio pertama.  Yang disebutkan ini cuma sebilangan kecil sahaja, ramai lagi ilmuwan berbangsa Yahudi yang telah berjasa kepada dunia.
Seperti mana yang disebut dalam sejarah, perpindahan bangsa Yahudi ke Amerika Syarikat bermula pada tahun 1492.  Pada tahun itu, Christopher Columbus bersama 300 lagi bangsa Yahudi telah belayar untuk memasuki benua Amerika.  Sejak daripada hari itu, beberapa gelombang kedatangan bangsa Yahudi ke benua Amerika telah berlaku.  Sehingga kini, terdapat kira-kira 5 juta penduduk berbangsa Yahudi di Amerika, dan mereka ini pula telah menguasai hampir 70% kemewahan yang ada.  Ini tentulah satu angka yang tinggi jika dibandingkan dengan populasi mereka yang hanya lebih kurang 3% daripada populasi penduduk di Amerika Syarikat.  Penguasaan bangsa Yahudi di Amerika Syarikat sememangnya sesuatu yang amat jelas dilihat, antaranya:-
  • Mereka telah memonopoli sektor kewangan dengan penubuhan syarikat-syarikat kewangan dan hartanah
  • Menubuhkan syarikat-syarikat gergasi dan secara tidak langsung mengukuhkan ekonomi dunia.  Antara usahawan dunia berbangsa Yahudi yang kaya dan terkenal adalah seperti Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi’s Jeans), Howard Schultz (Starbucks), Sergey Brin (Google), Micheal Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rosenberg (Dunkin Donuts).  Syarikat-syarikat ini tentulah tidak asing lagi bagi deria pendengaran kita.
  • Secara virtualnya boleh dikatakan hampir kesemua media-media utama di Amerika adalah milik bangsa Yahudi.  Antara contoh mereka yang terkenal dalam bidang ini adalah seperti Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times)
  • Mereka juga melibatkan diri dalam bidang seni dan secara tidak langsung turut mencorakkan minda kita di ruang tamu rumah kita sendiri.   Contohnya pelakon Harrison Ford, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman dan Michael Douglas.  Manakala pengarah dan penerbit yang berbangsa Yahudi pula adalah seperti Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone dan Aaron Spelling
  • Penglibatan individu-individu berbangsa Yahudi dalam politik negara Amerika Syarikat juga amatlah tinggi sehingga mempengaruhi dasar-dasar politik dan hubungan luar Amerika dengan negara lain, antaranya ialah Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat di bawah Ronald Reagan, George Bush, Bill Clinton dan George W Bush)


Majalah Forbes baru-baru ini telah menyenaraikan nama-nama 400 orang yang terkaya di Amerika Syarikat pada tahun 2011.  Amat mengejutkan apabila hampir 50% daripadanya adalah berbangsa Yahudi padahal populasi Yahudi hanya lebih kurang 3% peratus sahaja daripada penduduk Amerika Syarikat.  Antara yang tersenarai ialah Micheal Bloomberg, George Soros, Steven Cohen, Micheal Dell dan Mark Zuckerberg.  Tokoh-tokoh berbangsa Yahudi yang tersenarai adalah antara mereka yang berpengaruh dan dikenali.
Faktor Penguasaan Yahudi
Bangsa Yahudi juga memahami bahawa kekayaan sebenar bukan lah pada harta yang melimpah ruah, tetapi lebih kepada ilmu pengetahuan yang mereka ada.  Bagi mereka, politik bukanlah satu agenda yang besar dan dituntut, namun politik amat bergantung terhadap kuasa ekonomi yang dipegang oleh bangsa Yahudi.   Hal ini terbukti benar, apabila jika dilihat pada hari ini banyak negara-negara gergasi yang telah menjadi boneka kepada bangsa Yahudi.
Mengapa mereka dikatakan kuat? Ada yang mengaitkan kekuatan bangsa Yahudi itu dengan kisah silam mereka. Kata mereka bangsa Yahudi merupakan bangsa yang sangat kuat kerana mereka didorong oleh sifat patriotik terhadap bangsanya sendiri. Pengalaman pahit pada era zaman kepimpinan Hitler, menjadi dorongan untuk mereka bangkit semula dan menguasai dunia.  Malah kekejaman yang dilakukan oleh tentera Nazi ini telah diceritakan semula kepada dunia dalam bentuk filem.  Karya yang berjudul ‘Schindler’s List’ itu telah diterbitkan oleh karyawan yang berbangsa Yahudi yang tidak asing lagi, Steven Spielberg.  Kekejaman yang dilalui pada zaman silam ini menjadikan mereka seorang yang sentiasa berwaspada, proaktif dan kuat dalam semua bidang.
Ada juga yang mengaitkan kepandaian mereka dengan faktor genetik, dan ada juga yang mengaitkan kepandaian mereka dengan faktor pemakanan.  Dr. Stephen Carr Leon dalam artikel penyelidikan tesis Ph.D. nya telah menyenaraikan beberapa teori mengapa bangsa Yahudi bijak antaranya cara pemakanan ibu bangsa Yahudi ini ketika mereka mengandungkan anak mereka.  Katanya ibu yang mengandung akan makan kacang badam, kurma bersama susu, ikan tanpa kepala bersama salad juga pelbagai jenis kekacang.  Ibu ini juga akan membeli buku matematik dan mula menjawab soalan-soalan dalam buku tadi untuk merangsang otak bayi yang di kandungnya.  Begitu juga bagi anak yang telah lahir tadi, pemakanannya akan dikawal dengan melebihkan makan kekacang dan buah-buahan.  Apabila besar, anak itu tadi akan diajar muzik untuk kecerdasan otaknya.  Kanak-kanak ini juga akan didedahkan dengan sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi seperti memanah, menembak dan bermain dart daripada kecil lagi.  Mereka juga mengamalkan memakan pil kod ikan dan tidak menggalakkan merokok.  Bagi mereka merokok akan merosakkan sel utama pada otak manusia.
Terdapat beberapa faktor lain yang menjadi penyebab mengapa Yahudi kini boleh menguasai ekonomi dunia antaranya:-
Kekuatan Ilmu
Walaupun jumlah populasi penduduk berbangsa Yahudi di Amerika Syarikat adalah tersangat kecil jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk, namun mereka bukanlah bangsa yang lemah dan ketinggalan di belakang.
Pada masa lampau, bangsa Yahudi Amerika menghadapi diskriminasi untuk memasuki university-universiti di Amerika Syarikat. Mereka terpaksa mematuhi kuota jumlah pelajar yang dibenarkan untuk menuntut di satu-satu universiti.  Namun, syarat itu kini sudah dihapuskan dan mereka kini diberi peluang sama rata dengan penduduk tempatan di Amerika Syarikat.  Mereka boleh memohon untuk mendapat tempat di mana-mana pusat pengajian tinggi di Amerika dan juga untuk mendapat biasiswa.  Kekuatan ilmu yang dimiliki ditambah dengan sikap rajin mereka menyebabkan ramai antara mereka yang diterima masuk ke universiti-universiti yang terkenal di serata Amerika Syarikat.  Terdapat satu kajian yang mendapati bangsa Yahudi Amerika lebih berpendidikan tinggi dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi berbanding penduduk Amerika Syarikat sendiri.  Statistik yang diperoleh daripada Hillel, sebuah badan yang membantu anak-anak bangsa Yahudi ini untuk memilih tempat pengajian mereka, telah menyenaraikan 60 universiti di Amerika Syarikat yang menerima kemasukan anak-anak bangsa Yahudi ini sebagai mahasiswa mereka.  Antara universiti yang disenaraikan adalah Universiti New York, Universiti Boston, Universiti Yeshiva, Universiti Columbia dan Universiti George Washington.   Di Universiti New York sahaja, dianggarkan terdapat lebih daripada 11,000 penuntut dengan jumlah keseluruhan penuntut pula dianggarkan kira-kira 42,000 orang.  Manakala di Universiti Boston pula terdapat lebih kurang 4000 pelajar daripada jumlah penuntut yang dianggarkan seramai 30,000 orang.
Sokongan Daripada Komuniti Bangsa Yahudi
Dewan Perniagaan Yahudi atau Jewish Chamber of Commerce, yang terletak di kota raya New York adalah merupakan satu badan yang bersedia membantu mereka yang berbangsa Yahudi untuk memulakan perniagaan dengan memberi khidmat nasihat dan juga pinjaman tanpa faedah sekiranya mereka memerlukan modal untuk perniagaan mereka.  Selain itu, badan ini juga bertindak membantu individu, pemilik perniagaan dan syarikat-syarikat untuk mengembangkan perniagaan mereka dan membina jaringan kerjasama sesama bangsa Yahudi yang lain.  Ini juga mungkin antara faktor mengapa bangsa Yahudi itu boleh berjaya.  Mereka tidak takut untuk berkongsi pelanggan, jaringan perniagaan demi untuk membantu rakan-rakan berbangsa Yahudi yang lain.
Graduan Yahudi dari fakulti perubatan di New York pula akan disarankan untuk mendaftar menjadi ahli di Dewan Perniagaan Yahudi ini.  Mereka kemudiannya akan diberi galakan untuk memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan modal yang diberikan oleh yayasan ini.
Dewan Perniagaan Yahudi ini ada di serata tempat di Amerika Syarikat antaranya seperti di Toronto, Montreal dan Los Angeles.  Syarikat-syarikat ternama seperti Dell, Coca Cola, Oracle, Starbucks, Dunkin Donut dan beberapa lagi syarikat ternama yang lain merupakan antara contoh syarikat yang lahir dan bernaung di bawah naungan Dewan Perniagaan Yahudi ini.
Kesimpulan
Siapa yang gemar membaca, mereka akan mendapat informasi. Siapa yang mendapat informasi, mereka mendapat pengetahuan. Siapa yang menguasai pengetahuan, mereka menguasai teknologi. Dan siapa yang menguasai informasi, pengetahuan dan teknologi, maka layaklah mereka digelar `Raja Dunia’.
Bangsa Yahudi sebenarnya mempunyai kualiti sebagai kaum yang tekun, pintar dan kreatif.  Mereka ini tidak melalui jalan singkat untuk berjaya.  Mereka bekerja keras untuk membina empayar masing masing.  Selain tidak berpecah belah, mereka saling bersatu dan membantu antara satu sama lain demi bangsa mereka sendiri.
Akhir sekali, kerajinan dan kepintaran bangsa Yahudi ini sudah pun diiktiraf di mata dunia.  Dengan mencontohi sifat dan sikap bangsa Yahudi ini yang terkenal sebagai bangsa yang bersatu, bekerja keras dan sentiasa sanggup mendepani tentangan, mungkin kita boleh menjadikan mereka contoh untuk mengangkat martabat bangsa kita sendiri di mata dunia.

No comments:

There was an error in this gadget