Followers

nuffnang

Saturday, 11 June 2011

Muhasabah Ringkas

Sabda Rasulullah saw bermaksud : “Bergomolan dengan khinzir itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.” [Riwayat Ibnu Majah]

Sabda Nabi saw lagi yang bermaksud : “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” [Riwayat at-Thabrani dan Baihaqi]

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah ia bertemu sendirian di satu tempat dengan seorang wanita yang tidak ada serta mahram bersamanya, kerana sesungguhnya yang ketiganya itu adalah syaitan.” [Riwayat Imam Ahmad dari Jabir ra]

Sabda Rasulullah saw bermaksud : “ Memandang wanita itu adalah panah beracun daripada iblis. Sesiapa meninggalkannya kerana takut kepada Allah, nescaya dianugerahi oleh Allah iman yang didapati daripada kemanisan hati.”

Sabda Rasulullah saw bermaksud : “Apabila datang (melamar) kepadamu orang yang kamu sukai akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia. Kalau tidak engkau perbuat demikian, akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” [Hadis riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Hakim]

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda : “Wanita dinikahi kerana empat perkara : Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan ketaatannya kepada agama. Pilihlah wanita yang taat kepada agama, nescaya kamu akan bahagia.” [Sahih Bukhari]





No comments: