Followers

nuffnang

Tuesday 8 April 2014

Pesawat 370: Satu Lagi Konspirasi AS?

terjemahan dari: 

www.veterenstoday.com

Pada 13 Mac 2014, Veterans Today menyatakan mereka boleh membuktikan bahawa pesawat 370 Malaysian Airlines telah berada ‘di darat’. Media arus perdana telah menemui serpihan tetapi keluarga penumpang ‘pesawat yang jatuh’ itu menghubungi penumpang-penumpang dan telefon mereka berbunyi; suatu kemustahilan.

Kami sekarang yakin bahawa kita sedang berurusan dengan suatu “operasi hitam” di peringkat tertinggi. Fakta ini sahaja tidak mengejutkan sesiapa. Isu yang lebih penting ialah implikasi penerimaan fakta yang tidak dapat diubah ini.

Hari ini tiada sesiapa menyangkal pesawat 370 ialah cubaan berat yang sedang melanda seluruh dunia. Tetapi cerita sebenar terlalu besar, bagaimanapun ia boleh dan tidak akan sama sekali diberitahu, sama seperti misteri 9/11, kita boleh menjangka dan bercerita dongeng tanpa henti untuk muncul dan menerima penghargaan rasmi. Hanya simati yang tahu kisah sebenar.

Berikut adalah petikan daripada pesara Kolonel Tentera Udara AS yang kini menerbangkan Boeing 777/200 untuk sebuah syarikat penerbangan utama.

“ Hanya sedikit perkembangan tentang apa yang saya tahu tentang kehilangan pesawat 777 Malaysia. Boeing 777 ialah pesawat yang saya terbangkan. Ia adalah sebuah pesawat yang hebat dan selamat untuk diterbangkan. Bagi kebanyakan bahagian,di dalam kebanyakan sistemnya ia memiliki kelebihan kuasa tiga, jadi jika satu sistem lengkap rosak (bukan hanya sebahagian daripada system sahaja), ada lagi dua untuk membawa bebanan. Ia juga direka untuk mudah digunakan supaya juruterbang dunia ketiga juga mampu menerbangkan dengan jayanya. Kadang-kadang itu juga tidak berhasil…

Terdapat banyak cara untuk menerbangkan 777 dan terdapat banyak kelebihan dan lapisan keselamatan terbina di dalam pesawat tersebut. Terdapat terlalu banyak system komunikasi di atas pesawat tersebut: 3 radio VHF, 2 sistem Satcom, ditambah dengan Transponder dan pantauan “masa sebenar” yang aktif melalui CPDLC dan ADS B ) Khidmat Data Udara) melalui system SatCom dan ACARS ( system laporan komunikasi  dan pengalamatan pesawat) melalui VHF, HF dan system SatCom. Pusat kawalan udara boleh beritahu di mana kami berada, kelajuan, ketinggian, dan sebagainya. Ini termasuk apa yang computer kami telah tetapkan pada panel kawalan kami. Walau bagaimanapun kebanyakan benda ini boleh dipadamkan.”

Tapi terdapat beberapa system yang tidak boleh dipadamkan dan salah satunya ialah system pemantauan enjin. Pesawat Malaysia itu seperti 777-200 kami, menggunakan enjin Trent Rolls Royce ( sedikit trivia, Rolls Royce menamakan motor mereka sempena sungai…kerana sungai sentiasa mengalir!) Rolls Royce menyewa-belikan motor in kepada kita dan mereka memantaunya sepanjang masa ia berjalan.

Malah, beberapa tahun lalu, terdapat kebocoran minyak dan sedikit kegagalan peralatan pada salah satu 777 kami. Ia tidaklah cukup teruk untuk menyalakan system penggera pesawat, tetapi RR sedang melihatnya pada computer mereka. Mereka di England, tetapi mereka menghubungi utusan kami di (DISUNTING), utusan menghantar mesej kepada kru melalui SatCom di utara pasifik memberitahu mereka bahawa RR mahu mereka memantau dengan rapi tekanan minyak dan suhu di enjin kiri.

Kru-kru melakukan semuanya dan mendarat tanpa sebarang kejadian tetapi selepas pendaratan dan diletakkan, enjin kiri terpadam sendiri menggunakan system operasi perkomputeran nya yang banyak dan mempunyai logic yang tidak akan membenarkannya padam jika pesawat di udara..hanya di atas darat. Teknologi yang agak bagus. Walau bagaimanapun bahawa RR memantau enjin-enjin tersebut 100% sepanjang masa ia beroperasi. Dan jangan SESEKALI menaiki Airbus!!
Sistem ini telah dipantau sekurang-kurangnya 5 jam selepas pesawat mula-mula dilaporkan telah terhempas, laporan yang ralat yang bukan tidak disengajakan. Bagi melihat cerita ini, anda perlu menjawa soalan yang tepat. Kadang kala soalan yang betul bukanlah yang terbaik, ia hanyalah sesuatu yang mampu anda jawab. “misteri” pesawat 370 bergantung kepada alat-alat analisis para pakar risikan yang membuktikan kewujudan konspirasi multi-nasional dan kerajaan berkuasa.

Ini adalah kenyataan selamba, mungkin juga andaian liar. Ianya bukan. “insiden 370” memberi asas pemahaman bukan sahaja 9/11 tetapi mozek revolusi terancang yang saling berkait, keruntuhan ekonomi, pertunjukan drama pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan minda generasi yang bersistematik. Anda lihat, “kehilangan” pesawat hari ini melampau mustahil, melampaui segala helah silap mata. Bilamana yang mustahil itu pernah terlaksana dan menerimanya pernah berlaku, melakukannya lagi tidak lagi boleh diagak…

Pusat kawalan udara boleh beritahu di mana kami berada, kelajuan, ketinggian, dan sebagainya. Ini termasuk apa yang computer kami telah tetapkan pada panel kawalan kami. Walau bagaimanapun kebanyakan benda ini boleh dipadamkan.”


Kebiasaannya jenayah merangkumi 3 komponen; hasil, motif dan peluang. Kita tidak akan pernah tahu kenapa MH370 diambil, kenapa para penumpang dan kru dibunuh. Sesiapa yang tahu dan bercakap tentangnya mungkin akan mati juga seperti yang di dalam pesawat tersebut. Apa yang kita mesti terima ialah terdapat banyak persoalan yang mempunyai jawapan tak terjangkau dek akal.

Kita perlu hadapi dengan apa yang kita tahu dan apa makna disebaliknya. Kita tahu sebuah pesawat udara telah diambil dan diterbangkan ribuan batu. Kita menyimpulkan bahawa pesawat itu telah mendarat di Diego Garcia, mayat-mayat telah dialih dan dihapuskan. Tak guna untuk bertanya tentang kargo yang dialih itu.

Yang pasti bukan bateri “lithium ion” seperti yang dilaporkan. Kami tahu perkara-perkara berikut dengan yakin sekali:-

§        - Mereka yang bertanggungjawab adalah penjenayah yang dibenarkan sepenuhnya oleh kebanyakan kerajaan dan mempunyai kawalan luas terhadap media antarabangsa


§        -Kesediaan melakukan sesuatu yang kurang ajar seperti ini adalah bukti yang amat nyata ini bukan kali pertama. Ia membawa semua dakwaan yang telah berlaku pada 2001/09/11 bukan sahaja dalam persoalan, tetapi jelas menetapkan kedua-dua keupayaan dan niat. Jika "mereka" lakukan  sekarang, mereka melakukannya dahulu dan akan melakukannya sekali lagi jika "mereka" mahu.  

§       -Rancangan terbaru untuk serangan pengganas terhadap kemudahan Tentera Udara Ukraine seperti yang didedahkan dalam email yang dipintas dan disebarkan oleh “Anonymous Ukraine” menunjukkan niat yang serupa dan kemampuan yang hampir serupa. Pesawat udara moden tidak boleh hilang. Ia tidak boleh dirampas atau dicuri tidak dengan penglibatan sepenuhnya oleh SOCOM atau Special Operations Command (Arahan Operasi Khas) dengan kemampuan untuk mengawal laporan berita, menahan bukan sekadar radar tetapi juga data sensor, terlalu banyak data sehingga hanya sedikit yang mempunyai idea jauh betapa pelik kisah ini.
    
     Pesawat udara moden tidak boleh hilang. Ia tidak boleh dirampas atau dicuri tidak dengan penglibatan sepenuhnya oleh SOCOM atau Special Operations Command (Arahan Operasi Khas) dengan kemampuan untuk mengawal laporan berita, menahan bukan sekadar radar tetapi juga data sensor, terlalu banyak data sehingga hanya sedikit yang mempunyai idea jauh betapa pelik kisah ini.
  
    Kami telah mendengar, mula-mula sekali; bagaimana pesawat mengikut jalan sendiri dengan cara yang tidak boleh dimatikan. Kita juga tahu bahawa pasukan di Rolls Royce boleh memberitahu kita dalam 30 ela di mana enjin mula-mula dipadamkan tetapi mereka tidak pernah mengatakan sepatah perkataan pun
    Saya menerima ini sebagai bukti bahawa agensi risikan British adalah sebahagian besar dari nasib pesawat 370. Kini ia adalah suatu ‘pemberian’. Empat negara-negara mempunyai keupayaan mengesan Malayan Airlines Penerbangan 370. Malah, melumpuhkan pesawat komunikasi adalah mustahil.

   
    MENJEJAK YANG TIDAK TERJEJAK

    Segala-galanya di dunia ini adalah tertakluk kepada apa yang dipanggil "ISR Berlapis" ISR bermaksud Perisikan, Pengawasan dan Peninjauan. Dengan "berlapis" kita merujuk kepada satelit, bermula dengan orbit geosynchronous ke LEO, atau "Orbit Bumi Rendah."

    Satelit-satelit ini memantau seluruh spectrum elektromagnetik termasuk SAR (Keupayaan Aperture sintetik). Semua yang bergerak, di atas tanah atau laut, di bawah laut, malah  bawah tanah, diperhatikan dan didengari. Di bawahnya adalah sensor nano yang dikekalkan di atmosfera atas. Saya tidak akan sama sekali mula menjelaskan apa sensor ini lakukan tetapi fungsinya lebih “hyperspatial” berbanding “hyperspectral”. Bila bercakap tentang “hyperspatial” akan membuatkan ahli-ahli fizik menjadi kecut perut.

    Setiap yang dibawahnya ditonton, dipantau dan dikesan. Anda harus sedar bahawa kita tidak begitu memerlukan radar. Seluruh atmosfera kita ialah sup electromagnetic, sebuah ‘pulau’ kerana terdapat isyarat wifim radio AM, pelepasan zarah, jutaan sumber; semuanya digambarkan, diperlahankan, diserap, ataupun dikuatkan, melukis sebuah gambar lengkap setiap yang yang bergerak.  Semuanya dikesan, dirakam, diperiksa oleh algoritma kompleks untuk tindakan di luar kebiasaan yang menggambarkan “ancaman”. 

   **bersambung**


1 comment:

Tengkubutang said...

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 196
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/