tiba-tiba tersentap. pelawak paling loyar buruk yang ak minati ni koma. satu Malaysia tersentap..tiba-tiba pada hari jumaat kak diya, my roomate dapat mesej dari kawan dia; din beramboi dah meninggal dunia..sentap lagi..takde reaksi..lama sket baru lah keluar juga ucapan Innalillah dan kusedekahkan AlFatihah buatnya..Alhamdulillah menjd orng pilihan Tuhan yang dijemput pada hari Jumaat ni..pagi tu kami mendengar radio era..bertali arus ucapan takziah drpd pendengar..
beberapa hari kemudian sajelah nak membuang mase, ak pun taip nama 'din beramboi',nak tengok fbook arwah..rupanya ada yang buat satu fanpage untuk mengenang arwah. ak pun join..tengah dok layan feeling bace sal arwah, tibe2 ade kata maki hamun tuk Rafiqin Darwisy....ape kes ni? melampau-lampau diowang maki die..setelah disiasat, maka jelaslah segala kekeliruan..
ade lagi satu statement die cakap dia budak sabah, bangsa 'khadazan', so die bukan islam..sah2 kene maki sebab khadazan tu dah la salah eja,bangsa plak tu..yang ada di sabah tu ialah suku kaum kadazan dik oi..kalakar pun ade..baru umur 14 taun nak tunjuk lagak..tak kene tempat la..ape la nak jadi budak2 zaman sekarang ni..sanggup mengaku bukan Islam plak tu..nauzubillah..tak tau la budak ni dah menucap ke belum..kalau pg kat page die, [yang dah didelete] die ade join grup sekolah indera mahkota Kuantan..kat situ pun kena maki jugak..memalukan sekolah plak..penghinaan terhadap mak ayah dan keturunan dia tak payah cakap r, bertren-tren!
setelah puas dimaki hamun, disumpah seranah dan dinasihat cara elok, baru la nak mintak maaf..tapi masih ramai yang tak maafkan dia, tetap dimaki..sesetengah orang bg hadis, nasihat n ayat Quran kat wall post 'kami benci rafiqin darwish kutuk kematian DIN BERAMBOI' dan 'Rafiqin darwisy patut minta maaf kepada keluarga arwah DIN BERAMBOI'..tapi mereka2 ni macam dah kene rasuk, macam la diriku dan kamu-kamu sekelian bila mula2 baca statement brani mati dia..tapi aku cepat2 istighfar..memanglah kerja setan nak hasut n laga2kan anak Adam, sebagai orang Islam yang sembahyang 5 waktu, berpuasa dsbg, bukan sikap kitalah kalau nak maki budak tu macam kene rasuk pulak..kalau gtu takde beza lah kita ngan dia..sama2 dapat dosa..sama2 masuk neraka!
di sini ingin saya kongsikan nasihat dari seorang hamba Allah kat fbook yang diposkan ke dalam discussion board 'Rafiqin Darwisy patut minta maaf kepada keluarga Arwah Din Beramboi'
Homby Ketomby Pri
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH.
Sungguh perbuatan mempersendakan agama Islam sangat dilarang oleh ALLAH S.W.T. Barangsiapa yang mempersendakan agama Islam,akan mendapat azab dari ALLAH S.W. Saya dapati kamu semua tidak bersetuju dengan tindakan Rafiqin Darwisy yang mempersendakan Islam.Rafiqin ni hanyalah budak kecil yang kemungkinan besar belum baligh lagi.Maknanya dia belum lagi berakal dan belum boleh berfikir dengan baik.Dan ini mungkin antara faktor yang mendorongnya untuk melakukan kemungkaran ini. Oleh itu,kita tidak patut untuk memaki dia dan mencacinya.Ini kerana perbuatan tersebut(mencaci/memaki) dilarang oleh ALLAH S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.
Yang wajib kita lakukan ialah mengingatkan Rafiqin dan memberinya tunjuk ajar.Dan kita juga boleh mendoakan untuknya supaya ALLAH S.W.T mengampunkan dosanya dan memberinya hidayah untuk berubah dan menjadi insan yang beriman kepada ALLAH S.W.T.Insyaallah.
Tetapi tahukah kamu masih ada lagi kemungkaran yang NYATA di luar sana?Contohnya,orang Islam yang meminum arak lebih2 lagi mereka yang masih muda.Ada juga mereka yang mengamalkan pergaulan bebas dan ini sangat berleluasa di kalangan kita sekarang.Ada juga yang suka mencarut dan menggunakan perkataan kesat dalam perbualan.Ini antara contoh2 yang nyata di kalangan masyarakat kita.Dan ini semua dilakukan oleh ORANG2 YANG SUDAH BALIGH DAN BERAKAL.
Jadi mengapakah kalian tidak mengecam perbuatan mereka?Bahkan ada juga dikalangan kita yang masih melakukan maksiat dan berbangga dengannya.Bukankah mereka ini juga mempersendakan Islam?Mengapakah kamu bersemangat dan bersungguh untuk mencari Rafiqin,sedangkan kamu tidak bersungguh-sungguh untuk mencegah kemungkaran yang dilakukan di kalangan kamu dan dilakukan oleh anak2 muda sekarang?Bukankan itu juga merupakan kewajipan kita?
Selain itu bukankah kamu sendiri juga telah mempersendakan agama?Kerana kamu telah menzahirkan perkataan yang kesat untuk Rafiqin.Bukankah ALLAH S.W.T telah melarang kamu dari menggunakan perkataan yang kesat?
Di sini saya ingin mengambil sedikit bahagian dari Surah Al-Hujurat : Ayat 11 iaitu “…dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk”.
Oleh itu bertaubatlah kalian dari menggunakan perkataan yang kesat dan tunjukkanlah contoh yang baik.
Oleh itu ingatlah wahai saudaraku,bahawa kita bertanggungjawab untuk mencegah kemungkaran terutama sekali yang berlaku di kalangan kita sendiri.Kalau kesilapan yang dilakukan oleh seorang budak yang belum boleh berfikir dengan baik boleh kita cegah dengan bersungguh2,mengapakah mereka yang melakukan maksiat di kalangan kita sendiri tidak kita cegah?
betul sangatlah apa yang dikatakn saudara kita ni..tak perlu nak ulas2 lagi..kamu pun pandai membaca kan..adik RD ni pun dah memohon maaf..jadi sama2 lah kita doakan agar adik Rafiqin ni benar2 insaf dan kembali ke pangkal jalan..masih jauh perjalanan yang harus dilalui..sedangkan Rasulullah yang dicampak batu, dibaling najis, dihina, dicerca pun boleh maafkan bahkan mendoakan musuh..sebab itulah Islam begitu mudah tersebar kerana keindahan peribadi Baginda..kita hari ni semakin menjatuhkan maruah agama dan bangsa adela..
akhir sekali, dari jauh kutadahkan tangan memohon ke hadrat Illahi agar diampunkan dosa2 arwah Din Beramboi sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan dan kusedekahkan ALFATIHAH kepada adik Rafiqin Darwisy agar dikurniakan taufik dan hidayah yang berkekalan..amiinn..
No comments:
Post a Comment