Followers

nuffnang

Tuesday 1 February 2011

Krisis di Mesir: Apa Khabar Warga Kita Di Sana?

Bismillahirrahmanirrahim..
Rasa macam nak tampar diri sejuta kali sebab tak alert dengan suasana dunia. Alkisahnya bila ber-blog walking pagi tadi terbaca la entry incik Umar dan lihat gambar print screen tu ialah facebook rakan; Syafiq Muzakkir a.k.a Fieq Eum; pemilik blog Permaisuri Hatiku. Huh kawan sendiri rupanya. Jelas la tak ambil berat kan. Yela, dia tengah berjalan-jalan kat area sana, dok update pasal perjalanan dia je lah. So tak jenguk muka buku di sangat. Sekali dia update pasal keadaan di Mesir terus jadi bahan orang untuk tulis blog. 

Untuk pengetahuan, dia update status Facebooknya melalui Celcom SMS. Jadi jangan pelikla, kalau kata dah blok tapi boleh lagi dia update status. Then bila pergi ke wall dia, last sekali dia update status 12jam yang lepas dan last sekali balas komen 5 jam yang lepas. Katanya berada di Alexandria/ Iskandariah. Banyak sangat komen dan tulisan dekat wall dia. Tak terbalas agaknya. Senyap je...tapi risau jugak. Lagi pula rakan sekelas sekolah rendah pun adalah rakan sekelas dia di sana-Qurratu Aini Afiqah- Semoga Allah menyelamatkan mereka semua..



Sampai tahap rogol????
MasyaAllah...Ya Allah peliharalah keselamatan warga Malaysia di sana...

Kepada yang berkenaan ;

Perdana menteri malaysia,
Timbalan perdana menteri malaysia,
Menteri hal ewhal luar negara malaysia,
Media perdana malaysia,
Rakyat malaysia.

Perkara : Bawa pulang rakyat malaysia dari mesir.

Saya yang bernama Mohd Hasfman bin Asnin meminta kerjasama dan bantuan segera dari kerajaan untuk membawa pulang rakyat malaysia yang berada di mesir dengan kadar segera kerana memikirkan keselamatan mereka di sana.

Beberapa perkara yang perlu menjadi perhatian perdana menteri malaysia dan kerajaan malaysia ialah ;

- terdapat laporan mengatakan ada pelajar medic di rogol dalam rumah mereka oleh kumpulan banduan di mesir.

- terdapat juga laporan tersebar bahawa 2,3 orang student malaysia terkena peluru sesat ketika keluar mencari makanan dan usaha untuk menghubungi ahli keluarga bagi meminta bantuan.

- terdapat laporan mengatakan bahawa ada sekumpulan student kehabisan wang untuk membeli makanan dan kini ketakutan. Bank2 di seluruh mesir tertutup dan mereka kebuntuan untuk meminta bantuan kerana talian komunikasi terputus.

- Kebanyakkan student perempuan yang berada di hostel berasa cemas, kaget dan ketakutan.

- Ada hostel student malaysia dan indonesia yang dipecah masuk dan dirompak.

- Ada yang masih sabar berkampung di lapangan airport alexandaria untuk menunggu flight yang tertangguh. 

- Ada yang tiada wang untuk pulang selain mengharapkan ihsan kerajaan dan pihak yang sudi menaja. Harga tiket dilaporkan naik 7kali ganda di samping harga makanan yang mendadak naik dalam tempoh kurang 5 hari demonstrasi di mesir.

- Di maklumkan hanya student MARA dan JPA sahaja yang akan di bawa pulang ke malaysia dan ini tidak adil. Kenapa perlu wujud double standard? Saya harap berita ini tidak sahih.

- Protes di mesir di jangka akan berlarutan untuk suatu tempoh yang lama dan panjang dan brkemungkinan akan berjangkit di negara2 kejiranan mesir.

-hospital, balai polis dan pusat bantuan lumpuh kerana dibakar, diserang dan kekurangan kakitangan untuk mengawalselia keadaan di sana.

- ramai penjenayah bebas di atas jalan2 di mesir dan keselamatan orang awam tidak terjamin.

- Terdapat laporan mengatakan bahawa ada beberapa warga malaysia akan berkampung di negara kejiranan mesir. Saya mencadangkan lebih baik bawa mereka pulang terutamanya student2 dari malaysia. Selain boleh mengurangkan kos makanan, penginapan dan perbelanjaan lain, ahli keluarga mereka di malaysia juga tidak akan sentiasa risau memikirkan keselamatan anak2 mereka di sana.

2. Jepun, Amerika, Jordan, Turki, Kanada, Syria, Australia dan China sudah membawa warganegara mereka menaiki kapalterbang yang khas yang digunakan untuk mengangkut rakyat mereka di sana.

3. Selain dari krisis mesir yang tidak dapat dijangka akan berlanjutan sampai bila, kerajaan juga perlu menimbangkan aspek2 keselamatan dan kesihatan lebih dari 11,000 ribu warganegara malaysia di sana yang terdiri daripada pekerja2 dan pelajar2 di malaysia.

4.Dengan merujuk kepada paparan printscreen di atas, jelas terdapat kekacauan yang besar dan rakyat malaysia sedikit sebanyak sudah tentu akan terjejas. Tanpa perlu menunggu amaran merah, kerajaan perlu sedia bawa pulang rakyat malaysia segera kerana dikhuatiri ada nyawa yang mungkin melayang. Jika benar ada pelajar malaysia yang ditembak sudah tentu pelajar tersebut tidak boleh mendapatkan rawatan apatah lagi bekalan makanan dan wang mereka juga kian susut. Bank masih ditutup. Laporan kewangan juga mengesahkan bahawa bank2 di mesir berisiko tinggi kehilangan deposit. Jika ini berlaku, samada bank dibuka atau ditutup tiada beza kerana student tidak boleh keluarkan wang mereka dari bank yang tiada wang.

5. Apabila saya melihat berita menerusi kaca tv saya dapati kurangnya kesedaran tentang pelajar malaysia di mesir oleh kerajaan dan kerajaan mungkin tidak mendapatkan gambaran sebenar tentang apa yang berlaku di sana. Oleh itu izinkan saya share satu link yang melaporkan setiap perkara yang berkaitan pelajar malaysia di mesir dan mohon budi bicara kerajaan untuk bawa pulang mereka segera. Kerajaan boleh mendapatkan segala akses mengenai pelajar di mesir disini dan tolonglah bawa mereka pulang segera. Keselamatan dan kesihatan mereka mungkin dalam bahaya dan bukan semua sempat berkumpul di lokasi yang selamat. 

Kerjasama dan perhatian kerajaan dalam kes ini amatlah diperlukan.

Yang risau tentang nasib rakyat malaysia di mesir.
Mohd Hafsman Bin Asnin


Dipetik dari Ameno World

Pengumuman dari sukarelawan di sana::

1 dari Azhar Hamzah

Kepada semua pelajar Mesir yang telah selamat pulang ke Malaysia atau bercuti di luar negara, minta laporkan diri kepada Azhar Hamzah(+60197461059), Aina Azman (+20166947899) atau Ahmad Akmal Aziz (+60193521003).boleh juga dihubungi melalui FB mengikut nama yang tertera.

dari Ahmad Akmal Aziz
Ramai yg tnya macam mana nak hubungi anak/rakan mereka di mesir..
ade 3 cara mcm mne nak hunungi mereka kat mesir.. 
1) pki Telefon Bmbit.. sy mengunakan celcom.. letak +2 diikuti no mereka di mesir.
2) pki Voip melalui internet
3) pki telefon rumah (letak 002... diikuti no mereka di mesir)

klu tak boleh call.. maknanye no anak/rakan tersebut telah di block oleh Gov mesir, dan ianya slalu berlaku kpd no lelaki, hanya ade 1 cara shj utk hubungi.. iaitu 
3) pki telefon rumah (letak 002... diikuti no mereka di mesir



2. PENGUMUMAN PENTING : Kepada semua pelajar MESIR yang telah SELAMAT sampai ke MALAYSIA selepas krisis ini, sila LAPOR diri kepada setiausaha wakil pelajar di sini, AZHAR HAMZAH, untuk pangkalan data bagi membantu Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Boleh hubungi beliau di: +60197461059, sebarang kemusykilan bolehlah merujuk kepada kami. Sekian.

kemusykilan sila rujuk kepada saya, Azizi Al Fahri dan pembantu saya, Nurul Nadiya.. boleh hubungi kami secara personal di talian hp kami, num hp saya: +6013 5010365, num hp Nadiya: +60173193923.. harap semua pelajar dapat melapor diri bagi memudahkan segala urusan pegawai kita di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. kami akan hantar pangkalan data ni kepada mereka kelak, inshaAllah.

Selanjutnya boleh jelajah blog ini: 
(diuruskan pelajar Malaysia di Mesir )

dan page ini


Sampaikan pelajar di sana membuat blog dan page facebook khas untuk memudahkan urusan semua pihak. Kalau negara lain boleh sediakan pesawat khas untuk mengeluarkan rakyat mereka dari negara bergolak tersebut kenapa tidak Malaysia? Sudah-sudahlah dengan pilihanraya nya. Laksanakan kewajipan anda dengan segera. Sudah ada yang terkorban kerana kecuaian pihak pemerintah Malaysia, kita tak mahu dengar apa-apa berita buruk lagi, sebaliknya usaha-usaha mengeluarkan mereka. Dan kita berharap isu di Mesir tidak dipolitikkan. Wallahualam..

No comments: