Followers

nuffnang

Wednesday 2 February 2011

Update:: UiTM Turut Banjir dan Khabar Mesir..

Berikut adalah gambar di jalan masuk UiTM dan sekitarnya::










Huhu....nanges!
tapi nanges takde air mata la-hati yang nanges :""(
gamba ni di ambil ahad lepas..dan dicurik dari fb bilal masjid kite, Ustaz Adam yang berbaju biru di atas tu. Katanya siang tadi dah surut sikit. Yang berbaju merah tu Ustaz Azrul. Sedap gila suara dia, lantang pun ya. Kalau solat Subuh tu confirm segar lah kalau dia jadi imam..hehe..Ustaz Adam pulak dah terngiang-ngiang dah suara dia kalau balik rumah, sebab suara tu la azan, kadang-kadang jadi imam, lead Yassin dan baca doa..
Ha mulala nak melalut..back to banjir issue::
Ada jalan yang mendap dan runtuh, so tak lepas nak ke mana-mana.Full stop. 
gambar lain ada di sini. dan di sinun
[ Malas pulak tepek gamba ]

Sekarang sambung bab rusuhan di Mesir-
Update dari Bernama jan 00:15 tadi, PM DS Najib memutuskan untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir melalui laut dan udara berikutan pergolakan yang semakin meruncing di sana. Baca lanjut DI SINI
Alhamdulillah!! Lega sikit. 
Mesti lega punya kaum keluarga mereka di sini. 

Antara langkah yang di ambil ialah meminta Kapal Bunga Mas 5, sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh TLDM yang bertugas di Teluk Aden untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia. DS Najib juga telah berunding dengan DS Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan MAS dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah bagi membawa pulang pelajar2 di sana. 
keputusan daripada MAS dan AIRASIA akan diketahui hari ini. 
kali ni memang depa betul2 nak keluarkan dengan apa cara dan apa kenderaan pun.. antaranya ialah pesawat C-130 Charlie yang akan digunakan mengangkut mereka ke negara jiran terdekat. Kerajaan juga sedang berusaha menempatkan mereka di Tabung Haji di Jeddah sehingga ada penerbangan pulang ke Malaysia. 

Dalam masa yang sama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menubuhkan bilik operasi 24 jam yang membolehkan ibu bapa dan keluarga pelajar Malaysia di Mesir mendapatkan maklumat mutakhir mengenai keadaan pelajar di negara tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri, Dr Halimah Ali berkata bilik operasi itu boleh dihubungi di talian 03-55143520/3534/3538/3539/3576 mulai pukul 8.30 pagi hari ini. 
Kita doakan segala-galanya lancar dan semua warga Malaysia di sana selamat.
Kini zaman kebangkitan sistem khilafah telah bermula...


No comments: