Followers

nuffnang

Wednesday, 2 February 2011

Info Bantuan di Mesir

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah...

Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka. "Pukul 12 (tengah hari) ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur.

“Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung dan lain-lain lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.”...Sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu,” katanya. Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar.

Berikut adalah info tambahan mengenai bantuan di sana ::


1-  3 PENERBANGAN - 2 CHARLIE & 1 PENERBANGAN AWAM AKAN KE CAIRO UNTUK HANTAR MAKANAN DAN SEMUA FLIGHTS TERSEBUT AKAN PINDAHKAN SEBILANGAN PELAJAR KE JEDDAH. ALHAMDULILLAH. :)


2- GOLONGAN PERTAMA YANG AKAN DI PINDAHKAN KE JEDDAH - Pelajar Perempuan, dan Wanita warganegara Malaysia yang hamil.


Laporan di terima Pada Selasa 1/2/2011 , Jam 23:10pm


3-  1. PENERBANGAN TUDM dari KAHERAH ke JEDDAH

     2. PENERBANGAN TUDM dari ISKANDARIYAH ke JEDDAH
     3. PELAYARAN TLDM dari PELABUHAN AL- ADABIYAH ke PELABUHAN JEDDAH
     4.JEDDAH menjadi PUSAT TRANSIT PELAJAR MALAYSIA.


4. Universiti yang mengumumkan cuti
    1. Universiti Kaherah  : Bercuti 3 bulan

    2. Universiti Al-Azhar : Bercuti 1 tahun
    3. Universiti Ain Shams : Bercuti 6 bulan


maklumat TERUS daripada PEJABAT YANG BERHORMAT MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA.

1 comment:

Anonymous said...

assalam...alhamdulillah...syukur2.mari sama2 doakan agar semuanya selamat dapat kembali ke tanah air...