Followers

nuffnang

Saturday 2 April 2011

“CONTEST GIGS(Gaya Islam Gaya Saya)- Miss Yuu"


Bismillahirrahmanirrahim..
macam pernah nampak gambar ni di facebook...
tapi bila dan siapa ya?

hurmm....contest lagi...
saya telah ditag oleh FIEQ EUM
syukran rakan!

contest >INI< bertajuk (GIGS) Gaya Islam Gaya Saya, bukan Gaya Indie Gaya Saya taw!
ok nak letak gambar apa ye??hmm, tengok je lah.. kat bawah nun...
sebenarnya agak segan nak letak gmbar muka yang jelas tapi kalau amik gmba tu memang tak pernah segan! pernah seorang blogger menasihati saya, ke'comel'an tu simpan untuk suami je.. (comel ker??)huhu

saya sebenarnya teringin sangat berpurdah, tapi yelah, takde kekuatan lagi. sedangkan diri pun masih banyak mazmumah lagi. bukan calang-calang dugaan berpurdah ni. rakan  sekampus saya pernah berpurdah sebentar di rumah,tapi menjadi perhatian. Ibu dia pun tak berapa merestui niat suci lagi murni sahabat yang mulia ini. kemudian ada seseorang menasihati, Muslimah kalau berpurdah ni elok duduk dalam rumah je. ada kebenaran juga di situ; selari dengan hadis Nabi Muhammad SAW:
 Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

memandang akan dia tu saya fahamkan sebagai syaitan akan cuba sedaya upaya menggoda dia. tak kira lah melalui manusia atau melalui bisikan-bisikan. Kalau manusia, ada yang akan memuji, ada yang akan kutuk, ada yang akan cuba mendekati.. bila dah puji kembanglah kan?bila kena kutuk perasaan benci dan dendam pula timbul bagi  yang tak kuat iman, dan bila dah cuba dekati ramailah yang 'tersungkur di pintu syurga' huhu..

tak kira berpurdah atau tidak, wanita itu adalah fitnah, sebaik-baik tempat adalah di dalam rumah dengan menjaga kehormatan diri, suami dan keluarga. Bagaimanapun syariat membenarkan wanita keluar rumah atas alasan-alasan mustahak, misalnya mencari duit bagi membantu keluarga, belajar dsbgnya, tapi haruslah beringat selalu akan batas-batas sebagai Muslimah, tak kira isteri ke, ibu ke, anak gadis ke, Cina ke, Melayu ke, India ke, Mat Saleh ke. Yang penting MUSLIMAH. 

sebagai penutup; ayat yang biasa sangat kita dengar::

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan

Say to the believing men that they should lower their gaze and guard their modesty: that will make for greater purity for them: And Allah is well acquainted with all that they do.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty that they should not display their beauty and ornaments except what (must ordinarily) appear thereof that they should draw their veils over their bosoms and not display their beauty except to their husbands, their fathers, their husband`s fathers, their sons, their husbands` sons, their brothers or their brothers` sons, or their sisters` sons, or their women, or the slaves whom their right hands possess, or male servants free of physical needs, or small children who have no sense of the shame of sex and that they should not strike their feet in order to draw attention to their hidden ornaments. And O ye Believers! turn ye all together towards Allah, that ye may attain Bliss.

AN-NUR:30-31

Kesimpulannya, menutup aurat itu satu kewajipan! Tidak salah bergaya tapi ingatlah batas-batas yang telah ditetapkan seperti dalam ayat di atas. Ingat, kita seorang ISLAM dahulu sebelum seorang Melayu. Agama adalah keutamaan. Pandangan ALLAH juga adalah utama. Janganlah cantik pada mata kita dan orang, tapi dalam masa sama mendapat laknat Allah, para malaikat dan seluruh isi alam. Sekian untuk perkongsian.. Wassalam.. 


saya tag :
@uitm dungun-debating for piala debat piala sultan zainal abidin; hosted by us..ada satu round tu dapat best speaker.walla!
-berjubah hitam-
saye tak mengandung! perut bunchet selepas beraya ke bbrapa buah rumah..huhu
@uitm dungun@part 2@2009-kenangan outing last time wif best buddy sana, Ammarah Azme..kitorg beli keychain burger tu 2 dalam 1...she has one, me either..tapi tataw kemana dah benda alah tu..
dengan lilitan selendang yang baru dipelajari sem lepas. Hanya dua org je tahu macam mana pakai..hehe

dekat bilik lepas dinner kolej..muka mekap sebenarnya..tapi berjaya disorokkan dalam gamba ni..heheh



2 comments:

Unknown said...

miss yuu::maaf kalau terkasar bahasa dalam menulis :-))

Jeszyuu said...

ehh.. x kisah pon.. lagi suke ade lah! :)