nuffnang

Doa #MH370

Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Yang Maha Penyayang, dengan berkat kekasih-Mu Nabi Muhammad SAW dan Kerajaan Ajaib-Mu, kami mohon, tolong zahirkan pesawat MH370 yang sudah 30 hari terlindung dari pandangan manusia di bumi ini. Segala yang berlaku adalah atas kehendak-Mu, kami hanya hamba-hamba-Mu yang lemah yang tidak ada kuasa apa-apa. Tolonglah kami ya Allah...


Followers

Dr Badrul Amin

Saturday, 6 August 2011

Puasa Umum, Khusus dan Khususul Khusus-Dimanakah Kita?

Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah sudah memasuki 6 Ramadhan.  Semoga dapat ditunaikan dengan jayanya..Janganlah hendaknya kita menjadi seperti yang disabdakan Nabi Muhammad SAW dalam sabda baginda yang berbunyi
"Ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripadanya selain lapar dan dahaga" (hadis riwayat al-Nasai dan Ibnu Majah)

Nauzubillah!moga-moga tidak tergolonglah ye..baiklah; kali ini di ruangan ini anaMuslimah ingin berkongsi sedikit dengan para pembaca mengenai kategori puasa. Menurut Imam Al-Ghazali; puasa terbahahagi kepada tiga iaitu; puasa umum, puasa khusus dan puasa khususul khusus. 
MasyaAllah, sampai tiga! 
jadi kawan-kawan, dimanakah kita???
Jom kita periksa....!

Puasa Umum
Puasa umum atau Shaum al Umum adalah puasa yang hanya menahan diri daripada makan dan minum dan keinginan syahwat. Selain daripada itu, mereka tidak menahan diri daripadanya seperti mengumpat, bercakap bohong, melihat maksiat, mendengar nyanyian melalaikan dan sebagainya.

Puasa Khusus
Puasa khusus atau Shaum al Khusus ni up sikit dari puasa umum.Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa; dan ditambah pula dengan menahan lidah, mata, telinga, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa. Misalnya, tidak mengumpat, mencela, memaki, membebel tak tentu pasal, mencarut, melihat maksiat atau perkara yang sia-sia seperti program tv atau drama yang tidak bermanfaat, melihat aurat orang, mendengar umpatan, mendengar lagu yang lagha, dan sebagainya.
Selain daripada itu tidak tidur berlebihan di siang hari, tidak boros berbelanja, tidak melakukan maksiat dan tidak makan berlebihan.

Puasa Khususul Khusus
Puasa Khususul Khusus atau Shaum Khusus alKhusus bermaksud berpuasa dengan menyertakan semua perbuatan di atas dan disertai dengan berpuasanya hati. Iaitu berpuasa daripada cita-cita kotor dan pemikiran duniawi. Puasa ini adalah puasa tahap Anbiya', Siddiqin dan Muqarrabin..




Cara untuk mencapai 3 tahap puasa adalah:
1. Menundukkan pandangan dan menahan diri kita daripada melihat perkara yang dilarang oleh syariat.
2. Lebih baik diam atau berzikir dan membaca Al-Quran daripada bercakap perkara yang tidak berfaedah, mengumpat dan sebagainya.
3. Menahan diri dari mendengar perkara yang dibenci oleh syarak.
4. Menahan anggota badan daripada melakukan perkara yang dilarang dan menahan perut daripada berbuka dengan makanan yang haram.
5. Jangan makan berlebihan ketika berbuka puasa.
6. Hendaklah timbul dalam hati rasa takut kepada Allah kerana kita tidak tahu samaada puasa kita diterima ataupun tidak.
7. Perbanyakkan ibadah sunnat seperti mengaji alquran, tadarus alquran, berzikir, memperbanyakkan bacaan agama, solat sunat isyraq, solat sunat dhuha, solat sunat rawatib, solat sunat taubat, tahajjud, tasbih, hajat, witir dan sebagainya...



Justeru lihatlah diri, dimanakah kita dan berusahalah mempertingkatkan amal ibadat dan mencapai tahap puasa tertinggi iaitu puasa Khususul Khusus dan berasa cemaslah dengan ibadah kita, apakah diterima atau sebaliknya...saya mendoakan para pembaca dikurniakan hidayah dan taufiq untuk beribadah dengan tepat dan ikhlas.. wassalam..

3 comments:

Shorim Kasih said...

terima kasih dgn entrynya..kdg2 ada antara kita tak tahu benda2 ni, inilah kepentingan kita dlm berblog untuk menyampaikan dakwah ..semoga terus successss..

Princess Nusy said...

nice info..slamat berpuasa.. =)

jiwakitamerdeka said...

jzkkk for this article.
teruskan dakwah di alam siber.