Followers

nuffnang

Dr Badrul Amin

halwa kalbu

halwa kalbu

Tuesday, 29 November 2011

Mutiara Hadis 1: Bumi Akan Menjadi Saksi



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini:
Yang bermaksud:
Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: 

Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? 
Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui. 


Baginda s.a.w. bersabda: 
"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).


Kesimpulan Hadis: 
1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat. 
2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku. 
3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak


sumber

3 comments:

nas said...

entri hadis ni agak susah nak faham
maklumla.. liat nak baca hadis..
hehee
btw baru skrg nak asah membaca hadis2 sahih nabi :)

Sekamar Rindu said...

salam..

perlu menjauhi maksiat.Insyaallah..hidup akan lebih bahagia dan dirahmati Allah.

Namee Roslan said...

terima kasih for this sharing. :) esok bumi juga yg jadi saksi segalanya. manusia mmg tak dapat sorok.

There was an error in this gadget