“Bermula dengan ruang chatting di internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA.” – ust hasrizal
ZINA bukan kesudahannya.
ZINA adalah permulaannya.
ZINA adalah najis maksiat.
Usah kita pergi jauh kepada zina fizikal. Zina sebenarnya bermula dengan hati yang bersih. Namun dek kerana proses evolusi cinta berbaur nafsu menyebabkan rasa fitrah bercinta bertukar kepada daerah hitam.
Sukarnya untuk merubah diri.
Sukarnya untuk bertaubat
Sukarnya untuk menangis kerana Allah.
Sukarnya untuk berzikir memujiNya.
ZINA HATI
“Kami jarang berjumpa. Hanya berhubung dengan YM dan call. Cuma kadang-kadang saya merindui dia dan seringkali menatap gambar dia”.
Zina hati, bukanlah sebenarnya mengkhayalkan zina di dalam imaginasi kita. Tetapi zina hati ini adalah apabila kita tidak mengawal rasa cinta kita, dengan melakukan perkara-perkara yang mendekati zina, tetapi kita tidak melakukan zina.
Zina hati ini boleh terjadi melalui pelbagai medium. Contohnya, telefon, yahoo messenger, sms, e-mail dan sebagainya. Maksudnya, kita tidaklah bercouple bersentuh tangan, atau keluar berdua-duaan, atau berkhalwat bersama pasangan, tetapi kita sentiasa berhubung dan akhirnya timbul satu perasaan di dalam hati yang menganggu kebersihan jiwa kita.
Zina hati, biasa berlaku jika kita tidak menjaga perhubungan kita. Namun boleh juga berlaku jika kita sendiri yang berlebihan mengingati pasangan yang kita cinta, atau orang yang kita admire. Semua ini hakikatnya adalah lorong-lorong yang membawa kita kepada zina.
Perasan tak, apakah yang ALLAH arahkan kepada kita berkenaan zina?
ALLAH SWT berfirman, “ Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk” (al-israa' 17 : 32)
ALLAH mengarahkan kita, supaya jangan mendekati, bukan jangan buat. Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita, kerana zina hati adalah kesan dari kita mendekati zina. Bagaimana?
Lihatlah sabda Rasulullah SAW ini, “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti"
Lihat, zina mata adalah memandang, zina lidah dalah berkata, dan zina hati adalah keinginan. Bila kita tidak menjaga tatacara perhubungan yang ISLAM dah tetapkan, kita akan terdedah kepada pasangan kita.
Kita akan sentiasa memandangnya, atau jika tidak memandang, melalui telefon contohnya, maka kita akan sentiasa merindui suaranya, bila bersembang, kadangkala kita sengaja berlebih-lebihan dalam berbicara, atau kemungkinan kita akan sengaja melembut-lembutkan suara kita dengan kelembutan yang ganjil bila berbicara dengannya.
Fokus kita untuk kerja-kerja lain pun akan terganggu. Malah berkemungkinan, kita akan mengingatinya walaupun waktu solat dan membaca al-quran. Lebih teruk lagi, kita akan lalai, bertelefon, bersms, beremail, berYM hingga membazir wang dan masa. Bagaimana? Adakah ini satu perkara yang baik?
Apabila kita asyik merindui pasangan kita, sentiasa berfikir mengenainya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayang dan keramahannya, kelembutannya dan betapa kecintaan kita kepadanya, atau kecintaannya kepada kita, maka zina telah berlaku, walaupun tidak bersua dari segi pancaindera. Semua itu menimbulkan bintik hitam dalam hati kita.
Zina hati ini, oleh kerana namanya pun zina hati, maka tidak akan ada sesiapa yang dapat menangkapnya melainkan diri kita sendiri. Maka kes ini adalah AMANAH. Kita sahaja yang dapat menyedarinya apakah kita ini sudah dijangkiti zina hati atau tidak. Tetapi biasanya, bila manusia terjangkit dengan penyakit ini, dia sukar untuk sembuh. Maka perkara yang terbaik adalah menjauhinya.
Sebab itulah ayat zina itu dinyatakan dengan arahan tidak mendekati.
CABARAN BUAT SI DAIE
Suatu cabaran besar buat si aktivis dakwah. “Sumpahan” ini tidak pernah kenal sasarannya termasuklah diri ini. Ingatlah, ketika Allah bercerita padamu tentang Zulaikha dan Yusuf, sebenarnya Allah mahu berbicara mengenai kamu dan hakikat nafsu dalam dirimu yang sentiasa dalam persimpangan. Pilihlah jalan Yusuf dan jauhilah jalan Zulaikha. Qad shaghafaha hubba...
CINTA YANG TIDAK PASTI - Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang..
CINTA YANG PASTI HANYALAH ALLAH…
muslimdoktor.blogspot.com
3 comments:
zina hati ? baru saya tahu ada zina hati. sbnrnya manusia ni tak boleh kawal pun bila bercinta. sy ada kawan..dia lelaki dan budak sekolah agama..tp dia bercinta yet siang malam bergayut telefon. em..cinta ni kdg2 buat kita tak sedar kan. wallahualam. terima kasih utk sharing ini. sy sgt suka entry ni. banyak bnda yg sy baru tahu.
wujud...bacalah buku tentang cinta karya Ustaz Pahrol Mod Juoi
ya Allah.....
boleh ana share post nie??
Post a Comment