Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud: Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui. Baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Kesimpulan Hadis: 1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat. 2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku. 3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak sumber |
Perjuangan yang paling besar ialah memperjuangkan Tuhan. Memperjuangkan Tuhan mengatasi perjuangan kerana bangsa, ekonomi, ideologi dan agama. Jangan perjuangkan syariat Islam tetapi perjuangkanlah Tuhan. Kalau perjuangkan syariat, Tuhan akan tertinggal. Mula-mula perjuangkan Tuhan supaya hidup mati kerana Tuhan. Bila kita perjuangkan Tuhan, syariat akan ikut sama.
Tuesday, 29 November 2011
Mutiara Hadis 1: Bumi Akan Menjadi Saksi
Labels:
Mutiara Hadis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
entri hadis ni agak susah nak faham
maklumla.. liat nak baca hadis..
hehee
btw baru skrg nak asah membaca hadis2 sahih nabi :)
salam..
perlu menjauhi maksiat.Insyaallah..hidup akan lebih bahagia dan dirahmati Allah.
terima kasih for this sharing. :) esok bumi juga yg jadi saksi segalanya. manusia mmg tak dapat sorok.
Post a Comment