Pertemuan syahdu antara ibu bapa Yueyue dengan Chen Xianmei |
Kanak-kanak berusia dua tahun, Yueyue yang telah dilanggar oleh van dan lori di China, kemudian diabaikan oleh 18 orang awam yang lalu lalang di situ, akhirnya meninggal dunia [salah fakta.sumber -www.chinasmack.com]setelah mati otak pada mulanya. Dia telah disahkan mati pada 17 Oktober yang lalu. Doktor mengatakan dia tidak mampu bernafas sendiri dan mati akaibat kecederaan teruk pada otak. dilaporkan semakin kritikal semenjak Selasa lalu dan mula stabil semalam (menurut Europe China Daily dan Washington Post) Manakala kedua-dua pemandu yang melanggar anak kecil itu telah berjaya dijejaki dan kini berada dalam tahanan polis. Berikut merupakan laporan berita yang memaparkan pertemuan syahdu di antara ibu bapa YueYue dengan Chen Xianmei, wanita yang telah mengalihkan anak mereka ke tepi jalan.
Journalists have located Chen Xianmei, the woman who came to the rescue of Yueyue, the two-year-old toddler who was knocked down by two vehicles and left to die by 18 passersby in Foshan, Guangdong province. 58-year-old Chen works as a domestic helper for a hardware shop in the market by day, and a trash collector by night. The girl's parents are inconsolable when they finally meet their benefactor and kowtow to her profusely.Chen says that when she found the toddler, Yueyue had one eye shut and the other eye open looking at her. After pulling the girl to the side of the road, Chen went around to all the shops in the neighbourhood asking if anyone had lost their daughter. Nobody responded.When asked if she was afraid of getting into trouble by helping the girl, Chen said, "I didn't think I was getting into any trouble. I didn't think so much. I just wanted to help her." And having said that, she excused herself form the journalists and returned to work.
www.chinasmack.com
(TERJEMAH)>>
Wartawan telah berjaya menemui Chen Xianmei, wanita yang datang menyelamatkan Yueyue, kanak-kanak malang berusia dua tahun yang dilanggar oleh dua kenderaan dan dibiarkan sahaja oleh 18 orang awam yang lalu lintas di sebuah pasar di Foshan, daerah Guangdong. Wanita berusia 58 tahun itu bekerja di kedai perkakasan pada sebelah siang dan pemungut sampah pada waktu malam. Ibu bapa gadis kecil itu terlalu sedih apabila bertemu dengan wanita itu dan tidak berhenti tunduk hormat kepada wanita itu. Chen berkata, bila dia bertemu anak kecil itu, sebelah matanya tertutup dan sebelah lagi terbuka sambil memandang ke arahnya. Selepas menarik Yueyue ke tepi jalan, Chen pergi ke setiap kedai bertanyakan sesiapa yang ada kehilangan anak perempuan tapi tidak mendapat respond. Bila ditanya adakah dia takut jika terlibat dengan masalah jika menolong kanak-kanak kecil itu, Chen berkata "Saya tidak fikir saya akan mengalami apa-apa masalah. Saya tidak berfikir banyak, Saya hanya mahu menolong dia." Kemudian Chen terus meminta diri dari wartawan dan kembali menyambung kerja.
Apa yang berlaku dikaitkan dengan insiden hakim Nanjing pada tahun 2006, yang mana seorang lelaki bernama Peng Yu yang telah menolong menghantar seorang wanita tua ke hospital selepas melihatnya terjatuh sebaliknya dituduh oleh perempuan itu yang menolaknya jatuh. Hakim Nanjing yang mengadili kes itu mengatakan 'common sense' kalau kita hantar orang ke hospital, kita akan menanggung kos bayaran perubatan. Itulah menjadi titik tolak mengapa ramai yang takut untuk menolong orang yang mengalami situasi yang sama.
Bila berlaku kejadian ini, masyarakat China menyalahkan hakim Nanjing itu sebagai punca utama mengapa mereka tidak menolong. Memang teruk betul keruntuhan moral di sana ya. Nasib baiklah pemerintah dan hakim-hakim di Malaysia ni kebanyakannya beragama Islam.Takdelah buat judgement 'bodoh' macam hakim tu yang akhirnya merubah suasana dan moral masyarakat. Huh! Tapi hakim-hakim kat Malaysia yang bukan beragama Islam so far so good as long as they are Malaysians! Masih ada hati perut lagi...
Tapi nak salahkan hakim tu 100% memang tak boleh la. Dalam banyak-banyak orang, hanya orang yang ke SEMBILAN BELAS baru menyelamatkan anak kecil tu. Kenapalah hati kering sangat yang 18 orang tu???
Basically, moral of the story, kalau ada anak kecik; janganlah bagi berkeliaran sesuka hati...
Ramai juga yang menyalahkan kecuaian ibu bapa Yueyue sehingga anak itu berada di tengah jalan seorang diri. Itu memang tak dapat dinafikan..tapi fokusnya di sini ialah sikap belas kasihan dalam masyarakat di sana yang semakin pudar.
Ramai juga yang menyalahkan kecuaian ibu bapa Yueyue sehingga anak itu berada di tengah jalan seorang diri. Itu memang tak dapat dinafikan..tapi fokusnya di sini ialah sikap belas kasihan dalam masyarakat di sana yang semakin pudar.
Dengan kejadian ni Allah nak tunjukkan pada kita supaya menjaga anak-anak kecil ni dengan lebih berhati-hati, jangan cuai sangat....
Dan juga, Allah nak tunjuk betapa masyarakat sudah kehilangan kasih sayang, sudah terlalu kering gersang hatinya... Lagi? Sudah tentulah Allah nak kita mengingati mati... Jangan terlalu lalai dengan nikmat dunia, jangan terlalu sombong nak taat perintahNya bila kita ni hanyalah menumpang di bumiNya..dan menghirup udaraNya dan makan rezeki kurniaNya...dan banyak dan lagi.....betapa banyaknya kita terhutang budi dengan Allah...justeru bersukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah!
fikir-fikirkan dan renung-renungkan....
4 comments:
tengs for kongsi dear.. mak saya kate budak tu selamat.. keluar kat berita... tak taulah betol ke tak..
malam tadi baru kesempatan nak usha video tu.. mak ai.. yang lalu lalang tu langsung macam tiada sifat perikemanusia.. mcm sampah!!!!! uwaa. marah sgt.. kesian kat budak kecil tu.. uwa. nak nangis rasanya..
sangat menyedihkan... hilang terus rasa kemanusiaan masyarakat China...grrrr!!
em adik Yue tu tengah koma kan? em u tahu tak kenapa ramai yg keliru samada adik tu mati ke tak? sbb China sekat dia punya berita dr keluar. xnak malukan negara kot. entah ape2.
Post a Comment