Followers

nuffnang

Tuesday, 18 October 2011

Manusia Makin Kejam....Mengapa?


sila pilih::
Bayi berusia dua tahun dilanggar sehingga hancur kakinya, tapi tdak dipedulikan LAPAN BELAS ORANG yang lalu lintas

atau

bayi baru lahir yang dikelar sehingga terburai isi perutnya oleh si ibu yang berusia ENAM BELAS TAHUN..( note::: kerana teman lelaki tidak mahu menerima bayi itu)

Mana satukah yang paling kejam....

atau nak tambah option lain lagi?Suami bakar isteri..Nauzubillah!!! Itulah tiga berita paling menyayat hati yang dibaca dalam akhbar2 hari ini...Menangis saya melihat video budak itu....nak tengok lagi sekali sebab nak kira orang, tapi dah tak sanggup dah...dan berita terbaru; budak tu dah pun meninggal dunia setelah diisytihar mati otak pada mulanya...

Semakin lama, manusia semakin kejam... tak kira lah tua ke, muda ke, kaya ke, miskin ke, bandar ke, kampung ke....kejahatannya tersendiri...di mana-mana sahaja boleh berlaku kejahatan yang tak tercapai dek akal manusia normal...ingat lagi kisah anak sembelih 4 orang ahli keluarganya iaitu adik, ayah, datuk dan nenek. Kepala si ayah dibawa menaiki motor menuju ke mana entah...Kenapa dia bunuh mereka??katanya terdengar bisikan.....

Kemudian kisah Puan Noraini, pensyarah undang-undang (dan Koordinator Undang-Undang UiTM Segamat) yang mengajar saya semasa semester 4 dan menjadi rapat dengan saya sehingga kini...Semasa beliau masih seorang 'freshie' dalam dunia guaman ni, beliau dikehendaki menjadi peguam bela kepada seorang lelaki yang telah mengelar a.k.a menyembelih imam dan bilal di surau kampung pada waktu subuh, dengan alasan "terdengar bisikan"...erkk!

dalam benak fikiran semua orang pasti hairan dan tertanya-tanya mengapa ini semua terjadi?
adakah cara untuk mengatasinya?
Jawabnya mestilah ada. Pasti ada. Kerana setiap penyakit di dunia ini ada ubatnya kecuali maut. 
Apakah ubatnya??


Firman Allah SWT::
"Dan berpegng teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai".    Ali Imran, 3:103.

"Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia". Ali Imran, 3:112.

Sabda Nabi Muhammad SAW::

"Ia (al-Quran) ialah tali Allah yang kuat dan jalanNya yang lurus".

"Al-Quran adalah tali Allah yang kukuh, sesiapa yang berkata dengannya benar, beramal dengannya mengikut petunjuk dan sesiapa berpegang kepadanya mendapat hidayah ke jalan yang lurus".

"Dari Abi Sa'ied berkata:  Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Kitab Allah (al-Quran) ia adalah tali Allah yang mengikat (menghubung) dari langit ke bumi".

"Sesungguhnya al-Quran ini adalah tali Allah yang kukuh, ia cahaya Allah yang menyinar, ia pengubat yang mujarab, selamat sesiapa yang berpegang dengannya dan berjaya sesiapa yang mengikutinya (berittiba' dengannya)".

"Sesungguhnya jalan itu adalah tempat lalu lalang, syaitan-syaitan selalu datang kepadanya.  Wahai Abdullah!   Ambillah jalan ini, kemarilah, tempuhlah jalan ini.  Maka mereka berpegang kepada tali Allah kerana sesunguhnya tali Allah itu adalah al-Quran".


Nah! sudah beribu tahun dulu Allah bagi kaedah penyelesaiannya. Tapi....manusia sengaja buat2 tak nampak...setelah Nabi SAW wafat, Allah utuskan pula Mujaddid di setiap awal kurun bagi memperbaharui agama dan membaiki kerosakan ummat...peringatan demi peringatan....
benarlah...kita menuju sudah pun berada di akhir zaman...peringatan-peringatan itu bagai mencurah air ke daun keladi...


Aku merindu kedatangan alImamul Mahdi alMuntazar ya Allah.....kerna ditangannyalah Islam akan kembali berdaulat dan manusia akan kembali berkasih sayang seperti di zaman Rasulullah SAW...


pstt:: kemengantukan-sikit jelah dapat bebel kali ni....

2 comments:

reza al-razi said...

kerosakan di akhir zaman.. semoga kita trgolong dikalangan pengikut2 imam Mahdi..

Namee Roslan said...

sedih sgt :( em smpai tak terkata bila tengok. manusia seolah dah tak waras .dan binatang lebih berperasaan dr manusia skang ;'(