Followers

nuffnang

Showing posts with label the story of my life. Show all posts
Showing posts with label the story of my life. Show all posts

Wednesday, 8 April 2015

Update Perkembangan Diri

Salam and basmalah. @ Bismillahirrahmanirrahim

Sekian lama tidak mmbuat nota catatan perjalanan hidup diri. Mungkin yg terakhir adalah bila sy meletakkan jawatan di sebuah firma saham dan bagaimana manisnya kenangan bsama sahabat2 disana yg membuat jamuan2 perpisahan untukku. Alhamdulillah,blessed!

Sengaja mencoret kembali untuk tatapan diri juga di masa hadapan dan anak cucu mungkin? Maklumla jari malas menulis diari..inilah diari onlineku..heheh

Selepas meletak jawatan tu sy menghabiskan masa di rumah merancang perniagaan yg ingin diusahakan. Iaitu takoyaki, sejenis makanan jepun.

New career, and i enjoy it as i am looking for barokah in my earning,freedom of time and money. Its healthy fast food,  its takoyaki, its my ownbusiness! Alhamdulillah since october until..and on February I managed to registered my business- partnership with a young ,committed man who was my parttimer before. Alhamdulillah.

Keep us and our business in your dua ya. Hope can always update our stories here. InsyaAllah ^_^

Do follow us on instagram @my_oishiitako
Like us on fb OishiiTakoTakoyaki
Contact us for own business opportunity. Peace yaw!

Friday, 2 January 2015

Ummi Saya Part 1

Terlalu lama masa diambil untuk menulis ini. Mencari kekuatan barangkali...tidak mudah..

Beberapa bulan yang lalu, kami mndapat khabaran berita dari kakak di Kuantan bahawa ibu tiri kami, di panggil Ummi; sedang bertarung kanser payudara di tahap 4.
Allah sahaja tahu betapa terkejutnya kami ,dan betapa hiba mengenangkan ujian mereka. Anak2 umi ada 3 orang, adik-beradik kandung kami - dari ayah yang sama. Kak Long, Ishma Hana ; 25 tahun. Qaneah; 24 tahun. Lahir sama tahun dengan saya, tarikh sama, bulan sahaja berlainan. Saya 27.2, dia 27.6 Manakala yang bongsu M Dhiya'udddin, 21 tahun.

Saya cuba menghubungi Neah dan dengan berlapik cuba mendapatkan pengakuannya tentang keadaan umi sebenar. Sy lebih rapat dengan dia kerana kami sekelas sejak tingkatan 1, dan sering berutus surat melalui arwah abah sms skolah rendah...

Betapa pilu hati ini, rupa-rupanya mereka dapat tahu tentang penyakit ummi hampir setahun lalu, semasa abang ke lima kami melangsungkan perkahwinan. Padanlah mereka tidak hadir. Semuanya sedang terkejut dan bergelut dengan emosi. Kanser umi sudah di tahap yang teruk. Pada waktu itu kami tidak faham juga kenapa mereka tidak hadir? Dan abang Baraq ketika itu berkecil hati  ..

Selepas itu saya berusaha untuk bertemu dengan Umi yang sedang tinggal di rumah adik beliau di Bukit Jelutong bagi memudahkan rawatan kemoterapi dan susulan di PPUM. Pada masa tu Kak Long yang bekerja di Kuantan telah mengambil cuti tanpa gaji selama beberapa minggu, sebanyak beberapa kali. Dan akhirnya kaklong terpaksa meletak jawatan dengan notis pendek kerana ingin menjaga umi. Dalam masa sama neah yang bekerja di Seksyen 7 Shah ALam juga menetap bersama mereka di Bukit Jelutong.

Bila dapat berjumpa umi,  air mata ini tak tertahan lagi. Hiba melihat keadaan umi yang telah dipotong pendek rambutnya, dan badan yang menyusut. Manakala umi terpaksa bertongkat dan berpimpin untuk berjalan.
Banyak sangat kami bualkan dalam tempoh yang singkat itu...bergurau senda, bergelak tawa; di samping mendengar luahan rasa kesengsaraan mereka..
Sempat Umi minta adik umi yg datang melawat petang itu agar mencarikan jodoh untuk kami bertiga..dalam nada bergurau namun serius..

Dan akhirnya kukhabarkan jua pada adik beradik sebelah emak kandung tentang keadaan mereka. Aku hanya ingin segalanya menjadi baik. Biarpun mereka melarang keras aku memberitahu sesiapa.

Tidak berapa lama kemudian aku mengikut Neah balik ke Bentong selepas habis kerja,kebetulan ada kenduri kahwin serentak dua sepupuku yg berhampiran dengan rumah Ummi pada ahad. 
Umi membawa diri pulang ke Bentong semula biarpun Umi masih ada rawatan yang perlu dilalui di PPUM. Berlaku sesuatu yg membuat Ummi membawa diri pulang semula ke Bentong. Tuhan sahaja tahu derita mereka..sedang aku hanya mampu menangis di sudut hati dan cuba sehabis baik menjaga perasaan mereka.



Ummi kulihat kali ini lebih cergas dan boleh berjalan sendiri tanpa pimpinan mahupun bertongkat lagi. Cuma dia kerap mengadu penat, dan tiada selera makan. Kaklong kulihat sangat susah hati dengan keadaan Ummi yg hilang selera makan. Kak long dah cuba masak macam2 demi Ummi, tapi apakan daya..

Malam itu kami meluangkan masa bersama, berborak, bergurau senda, meluah perasaan hatiku, bercerita tentang impian perniagaanku, -Takoyaki dan Herbalife- dan segalanya.. Ummi seperti biasa suka memberi nasihat bernas sebagai pegangan hidup..ah air mataku! jangan kau keluar .menulislah dengan tenang..
Tiba-tiba aku menjadi speechless tatkala Ummi bertanya; "AWAK TAKNAK JAGA UMMI DILAH? TAK LAMA, KEJAP JE,  3 BULAN JE, KESIAN KAK LONG, DIA NAK KERJA.."..Pada masa itu kaklong telah berhenti kerja dan menjaga Ummi sepenuh masa..berbulan lamanya. sebelum itu kaklong telah beberapa kali mengambil cuti tanpa gaji.

Maaf posing yg entah apa2 tapi ini sahaja gmbar sempat diambil berkaitan Ummi..hanya koridor rumahnya

Selamat pengantin baru kak Mayah!
Esoknya aku menghabis separuh hari di rumah ibu saudara menghadiri majlis perkahwinan sepupu, dan pada masa itu abang sulung dan abang kelima turut hadir demi ingin bertemu Ummi sekali. Macam2 mereka bertanya kepadaku tentang Ummi, takut Ummi tidak sudi menerima kehadiran mereka. Hanya pagi itu abg sulung ada menghubungi Ummi dan katakan ingin datang berziarah. Beberapa minggu sebelumnya aku ada juga mendesak abang kakak yg kelapangan ziarahlah Ummi. Alhamdulillah ini harinya...Sengaja kutidak balik dari kenduri sepupuku lebih awal atas ajakan abang2, biarlah mereka bertemu empat mata dan berbicara hati ke hati..

Bila petang itu kupulang semula ke rumah Ummi, mereka telah pulang ke KL, dan ku dengar abang2ku itu menangis.. Tuhan, hibanya hati ini...
Abah..

bersambung...

Thursday, 30 October 2014

Farewell Kajang Part 1

Bismillah..
Sebulan lebih tak update. Nak tau kenapa?
I tell you one by one k..hehe
here is part 1.

30 September tarikh sy rasmi meletak jawatan sebagai Kerani Operasi Derivatif,
di sebuah syarikat Trading Participant Bursa Malaysia.
Such great experience to be in investment industry.
Such great journey. 
Alhamdulillah..

Saat mengumumkan peletakan jawatan itu sy lihat kesedihan di wajah housemate Mei Sze dan officemate Lim Jia Ho@Piol Im..Tetapi selepas itu kami jalani kehidupan seperti biasa dan cuba hargai masa yang tinggal bersama dengan sebaiknya..Sungguh terharu saat satu persatu majlis jamuan perpisahan dan hadiah tanda ingatan diberi rakan sekerja..



Mr Sia and Madam. Our back office system developer. Kadang2 kacau mr sia sampai masa public holiday dan malam hari. Both sangat cool and softspoken. Madam siap bagi angpow lagi masa #chinesenewyear lepas. Kita bagitahu dia minggu ni je, and last person tahu..tapi merekala yg firstttt sekali bagi cenderahati.  Thanks both of u bagi i kek #secretrecipe ^_^


 Kemudian masa weekend tu kak Aireena pulak belanja d Teh tarik Place Metropoint Kajang. Sis Aireena adalah seorang doktor di Hospital Kajang di bahagian Kecemasan. Kami baru sahaja berkenalan Ramadhan lalu semasa menjadi sukarelawan program Charity Rights anjuran Mercy Mission. Misi kami, mengumpul dana untuk membantu mengatasi kebuluran di 5 negara..bertemu di bawah program yang baik, dengan misi yang baik, insyaAllah kitakan ketemu sahabat yang baik. Perkenalan yg singkat, tetapi insyaAllah ukhwafillah till jannah. Amin2



Laksa BabaNyonya sekali dengan pemanis mulut Labu Sira (tak sure nama)









Wednesday, 17 September 2014

Takziah Sahabatku.. :'(

Kelmarin menerima kejutan bila mendapat khabar adik sahabatku hilang di Cherating..
tidak boleh menerima hakikat dia meninggal dunia, selagi tidak ketemu jenazahnya...
tetapi hari ini sekujur tubuhnya tanpa nyawa telah ditemui..

Takziah buat sahabatku, geng sekolah rendah (SK Bukit Ridan) atas kehilangan adik bongsu, Muhammad Aiman Ab Khalib,19 tahun dalam kejadian lemas di Cherating..
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihim wa'fuanhu..
semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman, 
semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran buat seluruh keluarga sahabatku..
amin3..

malam nanti sy akan update gambar..

KUANTAN: Mayat seorang pelajar institusi pengajian tinggi, Muhammad Aiman Abdul Khalib yang lemas ketika mandi di Pantai Cherating, dekat sini, Isnin lalu ditemui kira-kira jam 11 pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa ditemui di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman, Terengganu, kira-kira 15 kilometer (km) daripada lokasi kejadian.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, Muhammad Aiman dikatakan hanya sempat mandi kira-kira 15 minit di pantai berkenaan sebelum dibawa arus ombak.
Rakannya yang panik melihat Muhammad Aiman secara tiba-tiba hilang meminta bantuan orang ramai serta penduduk tempatan untuk mencari mangsa.




Sunday, 15 July 2012

Kembali Lagi!

Bismillahirrahmanirrahim..
apa khabar sahabat blogger sekalian?
rindunya dengan blog yang semakin kusam dan usang ni..
maklumlah kekangan masa dan keadaan melanda..
diharapkan dengan izin Allah dapatlah kiranya diri ini terus mencoret di sini berkongsi kisah hidup dan ilmu agama yang diperoleh dari para guru dan musryid...

Baiklah...apa cerita kali ini?
Alhamdulillah saya dapat dua orang anak sedara bulan Mac dan April yang lalu...
selang masanya dua minggu je..pada masa itulah juga kakak dirisik orang..
malangnya gmbar baby2 cumel itu tak dapat dikongsi di sini buat masa ini...nanti kalau ada saya share ya? ^-

setakat ni kita kongsi nama dulu ya
yang lahir bulan mac adalah anak sulung abang ketiga iaitu Abdullah Rawahah b Isharudin dengan Tengku Nurul Izzati bt Tengku Malin Busu..
Anaknya? diberi nama Muhammad Harris al Harras..sedap kan? sempena nama seseorang yang disabdakan Rasulullah SAW yang akan ada peranan masa kedatangan Imamul Mahdi nanti...
masa baru2 lahir tu gelap je..semua orang pelik sebab mak dia cun melecun macam maya karin, putih melepak pulak tu..ayahnya pun kulit cerah...
tapi sekarang dah mula cerah, cumel dan tembam ok!

Tidak sampai dua minggu, lahir pula cucu ke-enam keluarga ini, cucu ke-lima lelaki dan anak ketiga kepada pasangan Muhammad Abu Dujannah b Isharudin dan Siti NurMuthmainnah binti Jamil
Diberi nama Muhammad Nizamuddin..sangat cumel!! Masa lahir tu, putih je kulitnya..baby lain keluar2 merah, dia lain..Senang pulak tu keluar, kak ngah saya sakit dalam sejam dua je then keluarlah dia..sebabnya? Pandai jaga mulut dan akhlak..penting ya untuk ibu2 mengandung..sebab nanti anak nak keluar satu hal, hidup membesar lepas keluar pun satu hal...

Masa Kak Ngah saya balik habiskan pantang tu dia dapat berita tentang kawan dia dan juga isteri kawan abang ngah saya; akbibat mulut tak jaga, suka buruk2kan orang, aniaya orang; tiga hari tiga malam azabnya sebelum melahirkan..Nauzubillah!

Habis cerita tentang baby, kita cerita tentang orang baru ke-3 dalam keluarga kami, iaitu abang ipar sy. Pada 8 Julai yang lalu berlangsunglah majlis akad nikah kakak, Raihanah bt Isharudin dengan orang Perak, Muhd Abul 'Aliah bin Zulkifli. Datang dari keluarga yang besar; adik2 satu ibu ada belasan orang dan dia ada lagi 3 orang ibu! Kami pulak ada dua orang so, 4+2= 6! Enam orang mak kakak saya sekarang..hehe

tak nak cerita banyak; dah panjang membebel ni..these are some of  the picca masa akad nikah..masa majlis akan dimuat naik kemudian ye?
Masa aki minta kebenaran menikahkan

Alhamdulillah sah! lepas 9 kali lafaz.huhu

serahan mas kahwin..cantik kan?

saring cincin

bersalam dengan mak...ada air mata di situ..

bersalam dengan umi..

bersama ibu pengantin lelaki

bergambar dengan bujang2 yang tinggal dalam keluarga..adik bongsu je tak join

keluarga mentua 

terbinalah sebuah masjid...semoga sakinah, mawaddah wa rahmah

Sunday, 29 January 2012

Selamat Pengantin Baru Abangku!

Pada hari jumaat yang lepas berlangsungnya majlis akad nikah abang sulung saya dengan pilihan hati yang bernama Cik Ramizah Muyup...welcome to the family kak Long! selepas 3 orang adik lelakinya berkahwin akhirnya barula abang sulungku mendirikan rumah tangga..semoga menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dan fokus dalam kehidupan..lets share the picca!
with mak teh, adik arwah abah dkat homestay



singgahsana persandingan puteri boubsu keluarga ;-)
mak ngah (kakak arwah abah) wit daughter; siti and cucu saudaranya

mak teh, pak embong, mak embong n 5th bro ( which is the next to get married, insyaAllah)







3 generations, my aunt, my cousin, my cousin's children




 

terpancor kegumbiraannya dapat kakak ipar baru ye..



sepupu; sarah dngan anak saudaraku; syafikah
my singaporean sis in law-mak budak2 tembam bernama syafikah n miftah..huhu



mak saudara yang happy go lucky with cucu saudara-di belakang; bride to be in march ;-)


I luv babies! ^_^

Friday, 25 November 2011

Masih di Sini...

Bismillahirrahmanirrahim...
lama sudah tidak mengupdate blog kesayangan ni...
sibuk dengan kerja...
dan sekarang kontrak kerja pun dah tamat dan here come classes!
kini saya memasuki semester 7 diploma Analisis Pelaburan di UiTM Segamat...
harap-harapnya boleh memperbaiki keputusan dan menaikkan CGPA...
berbekalkan ubat dari doktor pakar, semoga semester ini dilalui dengan lebih sihat...
bila difikir-fikir, ada kesayuan di situ...
kawan-kawan lain dah grad, kita masih tersangkut dekat sini...
tapi sebenarnya ramai lagi diuji dengan dugaan berat berbanding saya...

Minggu lepas, semasa masih berkhidmat di pejabat Hal Ehwal Pelajar, seorang adik junior ni datang untuk mendapatkan cop HEA dan itu adalah cop terakhir untuk diisi di dalam borang BERHENTI. Adik ni bakal berada di semester 6 iaitu semester terakhir diploma dengan permulaan semester baru ini...

Dia telah menerima surat daripada pihak UiTM yang kemungkinannya isinya memberhentikannya..jadi dia datang ke uitm untuk membuat clearance dengan mengambil segala cop pengesahan daripada bahagian-bahagian di dalam UiTM ni...
Saat dia hendak melangkah pergi kami bersalaman, berpelukan erat....bergenang air mata lalu ditahan-tahan tatkala nampak genangan air matanya....tidak mahu menambah hiba topik perbualan di ubah...berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...saya hanya mampu katakan kepadanya "kuat ya"....hanya itu...kerana saya sendiri amat lemah dalam menggagahi ujian yang diberiNya...

sekali-sekala merenung nasib diri, saya akan mengenang dirinya yang jauh lebih berat diuji kerana terpaksa diberhentikan...lalu kembali semula semangat dalam diri untuk meneruskan perjuangan di medan ini...

biasalah bila dah extend ni, penginapan kena cari sendiri sebab dah tak dapat kolej( kolej hanya layak untuk pelajar diploma sem 1-6 sahaja dengan syarat aktif aktiviti kolej mahupun kampus ), kena juga kerja part time bagi menanggung pengajian kerana pinjaman ptptn telah tamat...juga kena fikirkan pengangkutan keluar masuk kampus...
buat masa ni saya masih duduk di kolej kerana sepanjang tempoh SKP kami diberi kemudahan kolej dan sedang menunggu permohonan rayuan kolej...jika berjaya saya dapatlah tinggal di dalam tetapi dikenakan bayaran sebanyak rm 210 untuk satu semester...ok lah tu daripada rm 100 sebulan kalau menyewa di luar...

hidup ini bila memandang orang yang lebih senang serba serbi memang cemburu...
tapi bila memandang orang yang lebih susah...alangkah beruntungnya diri ini...
Aku bersyukur ya Allah..
Aku redha ya Allah...





Wednesday, 2 November 2011

Student Service Scheme Truly Helps Students of UiTM

Bismillahirrahmanirrahim..
In the labels: The Story of My Life

I am now doing Student Service Scheme or Skim Khidmat Pelajar among tens of other student..mostly are the extended student. This programme is made by the university to help students get financial sources to continue their study and at the same time helps them to do the administration works.. some of us were placed at the college office, sports office, and as for me, i am placed at the Students Affair Office or Pejabat Hal Ehwal Pelajar..

When I first started on 10th of October 2011, i was placed at one of the college offices (Sector A).but on the second day i was severely sick. i was vomitted for 7 times! I messaged kak Nad, one of the clerk in the office and she told the manager, Puan Zalina Hitam whom we preferred called as Bonda or Mum. She was worried about my condition and called Mr Mohd Faizul, the deputy registrar and he then transferred me to the HEA offices..

Well...quiet sad there...because I already love the environment and the people at the college (hostels) office..
But Bonda did it because UiTM Johor will be hosting the KARISMA stands for Karnival Sukan Mahasiswa..the sports carnivale for all uitm students with 4800++ participants..for your information, uitm has more than ten branches..i dont remember the number..and the contingents will be staying at the hostels...therefore a lot of works await! So, its better to send me to another department then to let me suffer because of my poor health condition and at the same time hinder the working progress..

On the other hand, I managed to stayed at the hostels in Sector C..with other students making the SKP and the Bachelor students, whom payed for a rented house but the house isnt ready...it is the outsiders contractor and not the UiTM project....but the admin was so kindhearted that they let these unlucky students stay at the hostels..
together, there are 15 of us...

Eventhough it is called the SKP, but we do works like the other staffs...we do the clerical works..
Well there are a lot of confidential issues that I have to keep my mouth zipped...
And there are also a lot of things that are prohibited for me to do because I am still the students of this beloved campus..

We were paid RM 4 per hour and our working hour is 9 hours per day; from 8:00 am till 5:00 pm..so you do the math ;-))

With the money I earn, it can help me to pay for the fees, and make living here with increasing life costs..
and at the same time gives me working experiences...it will helped me a lot before I entered the real working life...






Tuesday, 1 November 2011

Kenangan Masuk Dewan Bedah-OGDS

Bismillahirrahmanirrahim...
Siang tadi saya saya melalui proses Endoscopy-OGDS  (oesophago-gastric-duodeno-scopy) . Mula-mulanya macam tak berdebar la..sebab doktor cakap 'pembedahan kecil'. Keluarga pun tak berapa tahu. Abang ketiga tu tahu pun saya ada appointment dengan doktor pakar je, malas nak elaborate lebih-lebih... Alih-alih dalam kebosanan menunggu, mesej la kakak. Then kakak reply;"mak, sume dah tahu ke?"
My answer was-"ntah"-
then she replied-"bagila tau, kalau ko ade suami kene mintak izin, ko ade abang2, mak..setiap inci tubuh badan kite ni ade tuan punye..walaupun minor, atleast bagitahu.."
oklah, bagilah tahu...saya pun mesej abang ketiga, kedua dan kelima.....

setelah menunggu dan dipuasakan dari jam 12 malam tadi, akhirnya dekat nak pukul 12 tengah hari tu tibalah giliran saya..Masa tu Allah je tau macam mana sakitnya perut sebab lama sangat kosong..saya diberi sepersalinan baju untuk disalin..kata doktor tu, awak cabut semua kecuali yang dalam2..
bila dah kat bilik persalinan,. tudung dengan jubah je saya cabut..baju yang saya pakai ni berlapis-lapis..stokin, armguard, dll masih melekat..yang sakit dalam perut, buat apa nak cabut habis...biaq pi la..hehe..
Kemudiannya jenuh la nak mengikat baju operate tu dengan talinya kebelakang..dan kain dia pulak labuh semacam...sudahnya saya lipat sikit kain tu kedalam dan ikat macam kain batik..

susunan bilik persalinan tu macam bentuk U, masuk ikut sebelah sini, keluar ke dewan bedah pintu sebelah sana..berdepan dengan  pintu masuk dewan bedah tu ada sinki dan cermin serta tempat macam bangku. tengah dok berdiri atas bangku sambil mengadap pintu dan membelakangkan cermin untuk mengikat tali baju tu, tiba2 doktor Melayu, lelaki yang tadi bukak pintu, mana tak terkejut mak! Nasib baik tak tersembul mukanya dan dia pun tutup balik, pastu mintak maaf dan barula panggil elok2..Cik Adilah, awak dah siap? Dah2..tapi tutup kepala? -Kejap ye- Kemudian masukla cik nurse memberi penutup kepala dan mengiringi saya ke dewan bedah..tak selesa sangat sebab nampak sebahagian anggota badan...nasib la ada 3 je doktor lelaki dalam tu, then doktor Cina sorang ni je yang pandang sambil menemuramah saya...saya dah jalan macam ketam sambil bercakap dengan doktor tu supaya tak nampak bahgian belakang badan..hiuhiu..

Kemudian masuklah akan daku ke dewan bedah itu...mak aih...mulala debaran nak datangkan...
Kemudian saya disuruh baring di atas katil bedah tu...tengok segala kelengkapan macm dalam tb la...tak caye la den..huhu. Terkial-kial saya nak baring atas katil yang tinggi tu, then barula cik nurse yang sebaya saya tu hulur  tempat pijak...
diorang suruh baring mengiring, nganga mulut, keluarkan lidah dan disembur sesuatu..lepas beberapa belas titik saya disuruh telan.
Ya Allah payau, pahit!!urghhh dengan mimik muka yang dah tak cover sampai sister terpaksa pujuk n cakap memang tak sedap pun, tahan je la ye...waktu tu ada 3 nurse..dua yang muda dan  pelajar praktikal, sorang tu yang tua sikit..

Tak lama kemudian lidah mula rasa macam tak wujud..kebas! Setelah dibaring mengiring kekiri, dibetulkan segala kemudian saya disuapkan sesuatu seperti corong dan gigit.
Tak lama kemudian baru doktor cina tadi masuk..Doktor Lee Ching Hong; lulusan universiti Taiwan..
Baik sungguh doktor tu, dia cuba tenangkan saya..bersama sister tu, yang student praktikal dua orang ni dah pegang2 saya macam saya nak meloncat dari katil tu pulak..

Kemudian...
bermulalah situasi tergetir dalam hidupku..
Saat doktor memasukkan kamera tu kedalam dan menolaknya masuk dan terus masuk dan terus tolak lagi, ya Allah....sekuat hati saya gigit corong tu..kemudian saya diminta menelan..sakit jugakla rasa nak menelan..nasib baik sangat diorang dah bius siap-siap..Kemudian mereka kata kena tahan tau, kalau rasa nak muntah tu tahan je...tak lama kemudian bila dah sampai at certain depth, mereka masukkan cecair dan mulalah saya muntah. Sebelum prosedur dimulakan saya dialaskan kain dibawah mulut..dan straight kat bawah tu ada tong sampah..
jenuh saya muntah dan tak berhenti sampai jenuh jugak doktor dan misi nak pujuk.."tahan dik, jangan muntah, pejam mata, selawat banyak2". sebenarnya kalau muntah masa operate tu amatlah bahaya, nanti air boleh masuk paru-paru..sedar tak sedar, muntah (air yang dimasukkan tadi) keluar, air mata pun keluar...sampai basah2 muka...

isk3...lepas operate, mesj abang cakap dah siap, tapi rasa macam nak tercabut nyawa, nak terkeluar segala isi perut..tapi Alhamdulillah...selesai jugak..walaupun hampir diberhentikan kerana muntah tak berhenti..Nasib baik atas pujukan doktor dan pegangan kuat dari nurse2 tu saya mampu harungi saat2 getir itu tadi...
Alhamdulillah...

Dalam masa dua bulan saya harus kembali semula ke Doktor Pakar 4 Hospital Segamat(Perubatan dan Pembedahan)
Saya diberi ubat Omeprazole 40 biji, dan dua jenis antibiotik, satu tu sekali makan kena telan EMPAT biji dan satu lagi dua..so totally ENAM bijik antibiotik..isk3...


Kalau nak tahu lebih lanjut pasal prosedur ni,bolehla kalian search kat internet type; OGDS/endoscopy
atau ke link ni http://harraz-humyrah.blogspot.com/2009/10/pengalaman-endoscopy-ogds.html
atau http://www.gcgeorge.net/2007/05/01/endoscopy-ogds/

ok, terima kasih kerana meluangkan masa membaca disini..






Sunday, 21 August 2011

Bila Kerinduan Menghimpit..


people in the pisc::
Abu Hanif- 4th bro
Mustapha Kamal- Abang Mus; abah's fren; fren of family..
Sabariah Ishak- Mak Teh, his sis
Salmiah IShak- Mak Embong - His sis
Hashim Mat Akil- family fren

abah pergi sebelum Ramadhan 2008, kini tiga tahun sudah Ramadhan dilalui tanpanya...
benci untuk menangisi pemergiannya..
tapi bila rindu bertandang, air mata tidak dapat diseka...
kenangan Ramadhan dengannya cukup banyak...
dia rajin masak sahur, masak berbuka, lepas masak dia akan duduk tengok Jejak Rasul sambil suruh kami hidangkan makanan..
dia jugalah yang mengimamkan kami solat terawih, kejut simbah air kalau yg spesis susah nak bngun tu...
dia rajin bawak kami ke masjid, 
dia akan sentiasa pastikan kami berbaju raya walaupun akhirnya baju yang dia pakai di 1 syawal adalah baju yang bertampal dan koyak.
Kini Syawal menjelang tiba...mengenangkan itu semua dan banyak lagi kenangan Ramadhan dan Syawal bersamanya...hati bagai ditusuk sembilu..terlalu kejap masa bersamanya...
ya Allah sungguh aku rindu...
aku rindu suaranya mengejutkanku
aku rindu suaranya menghubungi aku
aku rindu suaranya mengimamiku
aku rindu kelibatnya mengimamiku..
aku rindu perhatiannya semasa ku sakit...
aku rindu mencium tangannya setiap kali solat dan kesekolah
aku rindu abahku ya Allah...

Ya Allah ampunilah dosa-dosanya dan dosa-dosaku padanya, rahmatilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka telah mengasihi diriku sejak kecil lagi...

Friday, 19 August 2011

Life Is Tough


Devotees: Tika Dinihari..

Tuhan, usah bebankan kami yang tidak terdaya...maafkan salah kesilapan, 
ampunkanlah dosa-dosa, rahmatilah kami...

this is the point that i'll cry deep in my heart or sometimes it tears out...
especially when i've been facing problems...
for now i am having hardship in performing my obligations to fast during Ramadhan and to study, doing assignments and stuff..especially i am now in semester 6 diploma in Investment Analysis; 
got project paper to do...it is now in the last stage...

for the whole week; not a single class i've been to...
i am suffering now for my gastric...

the smiling me~its hardly to smile nowadays~


ive been crying a lot..O Allah..
i accept the pain that You gave me...
for that I hope my sins is forgiven by You....
and I hope that there will be a better tomorrow for me..

Despite that i am trullt thankful to Allah because there are still people that care for me..
Yesterday the sisters in Permas took the break fast food for me
they even took two! thinking of nobody takes for me yet
but sadly I couldnt  eat that..
it is curry and spicy chicken...
i just break fast drinking soy milk
and slept after that
~so weak for holding the pain and crying a lot the whole evening~

today i've been given a medicine by Cikgu Halim; Medical Attendant at UiTM Segamat named Histac 150mg (Ranitidine Tablets)
he also bought me a full plastic of Chipsmore and boxed milks and Milos....
I want to pay for that; but he refuse the money...
may Allah pay his kindness with al Jannah... 


Sunday, 26 June 2011

Kolej Baru!

Bismmillahirrahmanirrahim..
Alhamdulilllah...dah masuk kolej akhirnya..kat sini kolej di maksudkan sebagai bilik ye a.k.a asrama.. Kolej di Sektor A, iaitu Kolej Suluk Berlingkung (SB). Sektor A ni adalah kolej lelaki. Jadi hendak dinyatakan di sini bahawa kami tinggal tak jauh je dengan pelajar lelaki UiTM Segamat ni....Kolej ni ada 4 blok, yang mana dua di bahagian depan pelajar lelaki tinggal dan dua di bahagian belakang, kami; the ladies..sebelah menyebelah tak sampai 10 meter pun kolej siswa dan siswi..


Pelajar perempuan semuanya semester 6 dan pelajar lelaki bercampur....kebanyakannya memang dah tinggal dekat luar sebab polisi Unit Pengurusan Kolej ialah pelajar lelaki sem 4 ke atas tak layak dapat kolej..tapi bergantung pada syarat-syarat tertentu...


mulanya saya dapat blok B, tapi entah kenapa seseorang dah  masuk dan letak cadar dia siap2 kat katil yang sepatutnya jadi katil saya...lepas tu ahli bilik tu dua orang masuk, dan saya tegurlah, tapi diorang macam hairan je tengok saya..sebab saya duduk dekat katil kososng yang telah dicop orang lain. Siapakah??? 


huhu...dia pun penghuni asal bilik itu...bila dia masuk dan lihat saya di situ tiba-tiba dia jadi hangin, macam nak mengamuk pun ada...tapi kalau orang jadi api, kita la kena jadi airnya..takpelah; buang ego jap; cool-kan dia and then ajak dia pergi solve problem ni kat kaunter pendaftaran...patutnya dia pergi sendiri da boleh dah....


bersambung>>>


<<
Barulah tahu, bila si pemilik cadar mengaku dirinya dan mahu menukar bilik..lepas tu bermula la adegan rayu-rayuan, pujuk memujuk supaya saya sudi bertukar bilik dengannya. Well, bilik sekarang pun macam saya tak selesa je disebabkan attitude seseorang yang hangin tak pasal tu, jadi apa salahnya kan? Tapi kena tengok roomate jugak dulu.ok ke tak. hurmm...kemudian dia( Su) hubungi orang itu, kami pun menjejaki si dia dan oh!! Nur Azyan rupa-rupanya, my fren yang amik Diploma Accounting! Straight away saya setuju..!


Hari dah makin petang, dan saya kembali ke P.I untuk solat. Lagi pula arah kiblat di kolej baru ni tidak ketahuan. Singgah sebentar di benteng Taming Sari untuk beli makanan..perut sudah berkeroncong nampaknya, dan ia tidak boleh lambat diisi, kalau tidak perlu diisi dengan tiga jenis ubat sekaligus karang...tak mao!!!


Petang sikit, Alhamdulillah ada seseorang yang saya ibaratkan ibu saya di UiTM ini; sudi menolong saya mengangkat barang-barang saya. Seorang pensyarah di sini yang baru menunaikan Haji tahun lepas-semoga Mabrur ya Allah!- hatinya begitu baik dan mulia. Hanya Allah yang boleh membalas segala kebaikan dan kasih sayangnya kepada saya. Saya? belum tentu mampu...




then...my lives in the new college begins!Bismillahirrahmanirrahim


Ps:: dalam hati kerap kali merintih agar Allah kurniakan roomate yang baik dan solehah, serta mentaati perintahNya..tak sanggup rasanya mengulang sejarah semester lepas...ketiga-tiganya tidak solat dan menutup aurat... masyaAllah! Nauzubillah....bagaimanapun mereka tetap di dalam doa ini agar Allah kurniakan hidayah...Amin ya RAbb!


Pstt:: dah lama kemudian, cuba la juga usha blog Hanis Zalikha lepas Yan kata dia tulis pasal bilik baru...oh baru kutahu, satu bangunan rupanya, dia base floor n saya second floor..


room for 4....luas, boleh main bola!hee
awal2 masih semak

Sunday, 19 June 2011

Riadah Bersama Yang Tersayang

Pagi semalam, lepas solat subuh berjemaah di masjid as-syakirin uitm segamat, dan selepas membaca al-ma'thurat dengan adik-adik, dan mendengar sedikit tazkirah dari kak Rabiatul Hasanah Muhammad Nasib a.k.a kak Hasan, saya menyampaikan perancangan saya pagi itu iaitu untuk strolling. Saya ajak adik-adik join sekali. Tapi ada yang tak dapat sertai, misalnya adik-adik sem 1 yang ada modul. Kemudian Siti Aisyah Muhd Mustaffa, dip information management sem 3; kata yang Ruby( Nik Siti Robiah Mohd Ali) dah tempah basikal untuk beriadah pagi ini. Alhamdulillah, meriahla jugak aktiviti pagi ni. Kemudian aktiviti kedua yang dirancang ialah membasuh telekung Masjid As-Syakirin ini. 

Pada mulanya saya, kak Hasan, Intan dan empat orang adik-adik pra-diploma perdagangan berjalan-jalan dahulu, sementara Aisyah dan Shira pergi mengambil basikal yang ditempah. Kami bertujuh bermain-main sebentar di taman berdekatan masjid dan membuat pertandingan siapa paling lama dapat bertahan di tiang besi, main jongkang-jongket dan kemudian mula berjalan ke tempat lain pula tapi tak lama kemudian saya ajak Intan untuk berjoging. Peluang diambil dengan niat untuk mencergaskan badan yang selalu sakit-sakit ni dan yang makin bertambah-tambah lemak...:-(( dalamberjoging tu Intan yang duduk luar menceritakan sebuah kisah seram yang pernah dilalui oleh seorang pensyarah lelaki baru semasa baru melaporkan diri di sini...

Oleh kerana tiada tempat tinggal, beliau ditempatkan di villa yang sedang kami lalui ini...villa ini terletak berhadapan masjid sahaja yang sekarang dihuni oleh penuntut lelaki yang dapat kolej, tetapi tiada bilik (tak cukup bilik). Kata Intan, sewaktu lecturer tu nak tidur, dia hendak menutup pintu bilik, kemudian nampak satu makhluk yang tiada wajah dan badan hanya sampai ke pinggang sambil memegang kek. Makhluk tu nak bagi lec tu makan kek tersebut. Kemudian lect tu baca ayat2 suci dan kek tu pun cair. Kemudian cepat-cepat la lect tu pecut. Nasib baik tak jadi apa-apa macam dalam movie2 seram kan??huhu...

Tak lama kemudian, basikal pun sampai. Cik Shira menyerahkan basikal kepada saya, dan berbasikallah saya dan Aisyah, melepasi kolej Taming Sari(lelaki) dan sampai je di kolej baru yang sedang menghitung hari je boleh masuk, saya mengajak Aisyah menjelajah ke sana...kolej 'Siluk Berlingkung', untuk pelajar-pelajar sem 6 perempuan dan pelajar lelaki junior. 

Tak pernah rasanya pelajar perempuan dan lelaki ditempatkan sekali macam ni. Asalnya kolej ini untuk lelaki, tapi disebabkan  tidak cukup kolej dengan kolej Nilam yang masih terbengkalai (renovate tak siap-siap lagi!) maka ramailah yang merempat, menyewa luar dan tak dapat kolej. Yang merempat tu pelajar sem 6 perempuan lah; seperti yang empunya tulisan ini... :""(( dan Intan, dip in Accountancy-Dekan setiap sem dan CgPA 3.87- pun tak dapat kolej. Katanya sem depan pelajar-pelajar perempuan sem 5 dan 6 pun dah tak terjamin tempat...setiap sem kemasukan akan banyak, dan sebelum ini penuntut lelaki sem 4 dan ke atas tak layak secara automatik menduduki kolej, mungkin sem seterusnya pelajar perempuan akan lalui perkara yang sama...hurmmm...

teringat awal-awal sem dulu planning nak menyewa sama-sama dengan Fatin dan Intan...Tapi tak lama kemudian Fatin dah dapat kolej dan Intan menyewa luar...macam-macam kami planning dan angan-angankan...huhu...walaupun housemate tak menjadi, kami tetap rapat sekarang, malah saya dan Fatin dah jadi macam P.I-mate...iaitu rakan masjid(Pusat Islam) sebab kami selalu tidur di Masjid ni bersama dan suka loyar buruk bersama juga... ;-)) Kami juga ada nama sendiri -FALAH-(Fatin&Adilah) terpinga-pingala orang kalau kami saling memanggil nama macam tu, kot-kotla cakap pasal persatuan Al-Falah yang mana Fatin adalah NYDP nya...huhu..pening3...

bersambung bab riadah....selesai pusing satu uitm berbasikal dan berjalan dengan aisyah, Intan, ruby, Jira, kak Hasan dan adik-adik pra, kami pun pulang ke Masjid As-Syakirin untuk mengambil barang masing-masing. Sempat dulu singgah di taman bersebelahan bangunan admin untuk bergambar sakan dan kemudiannya makan di benteng(kedai makan) kolej Taming Sari.  

Selepas itu?Asy-Syahidah lah semuanya kepenatan...huuu...petang pula saya dan kak Hasan ke perpustakaan  buat research dan study...harap-harap ada lagi peluang beriadah macam ni....bukan senang nak pegi ramai-ramai bergumbira sambil menyihatkan badan...Alhamdulillah...

Wednesday, 13 April 2011

BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH


Bismillahirrahmanirrahim
Segmen baru dari abang Ben Ashaari :Kaulah Pelita Hatiku

Ayah saya, saya panggil abah.
Tapi kini ditambah 'arwah' dihadapan...
Sangat sedih kehilangan dia..
Sangat terasa kehilangannya..
Terasa berbeza dengan manusia-manusia lain..

Kami bukanlah dari keluarga yang kaya harta, tapi arwah sangat kaya dengan ilmu agama, Sedari kecil kami membesar dalam didikan Islam, contohya mesti bertudung walaupun dihadapan rumah atau menjemur/mengangkat kain,makan berjemaah, solat berjemaah, pergi ke masjid, menjaga pergaulan, pandangan mata, pendengaran, kata-kata dan sebagainya. Tak boleh tengok cerita sebarangan; terutama kalau ada kissing scene-mesti dia akan suruh kami tutup mata atau pandang tempat lain, takpun alih channel. Kat rumah kami hanya ada kaset nasyid, dia tak izinkan kami dengar nyanyian selain nasyid. Kalau beli paper hari Ahad, paper artis akan dicensor dulu; sama ada tak bagi langsung atau bagi, tapi yang dah terconteng  dengan marker; tak nak bagi kami tengok artis seksi punya pasal. Yela, dosa mata kan.


Waktu zaman muda-muda dulu, arwah pernah terdengar seorang sheikh dari Mekah datang, dari kampung kat Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub tu, arwah dengan aki berjalan kaki ke Kuala Lumpur. Semata-mata untuk belajar Alfatihah. Kemudian balik, ajarkan pada orang kampung. Sebab orang kampung tak reti sangat. Yela, kampungkan...

Masa kecik-kecik dulu kami selalu solat subuh dimasjid. Arwah akan kejut dan ajak, kalau tak nak pergi dia tak paksa, tapi biasanya kami akan pergi. Satu sebab taat, satu sebab nak jaga hati.hehe..sampai satu tahap, orang-orang masjid kenal kami adik-beradik. Kami ke masjid naik kereta, sebab masjid agak jauh. Kereta Mitsubishi putih yang ada ruang luas kat belakang..kalau ramai-ramai pergi, kat belakang la saya dengan kakak duduk..

Kalau bulan puasa, arwah abah rajin masak untuk berbuka. Lepas siap masak, dia akan tunggu depan tv sambil tengok Jejak Rasul. Arwah masak sedap sangat. Mak kata, arwah pernah jadi pembantu chef.Dan dia selalu berpesan kepada saya setiap kali masak, tengok abah masak; nanti 'senang kalau abah takde'...
 setiap kali makan, arwah suka tanya soalan 'cepuk emas', sape lagi sedap masak, abah ke mak? Kalau jawab mak, dia ugut tak boleh ikut balik kampung. Tapi dua-dua sedap masak..memang konfius nak jawab soalan tu sebab kami nerd lagi, tak pandai menipu dan tak diajar menipu.. *.* Kadang-kadang dia ketuk kepala orang yang makan tak pakai penutup kepala (sebagai tanda adab kita terhadap rezeki Allah bagi, dia suruh makan tutup kepala). Arwah juga suka jirus kami dengan air suam dia. Selalunya dia siap makan dulu, lepas tu mulala nak kacau kami makan.huhu..


Kalau balik kampung, bila suasana sunyi sebab kitorang tido ke ape, arwah suka bawak kereta senget-senget takpun main2 brek..bosan la tu..hehe..Kalau  kitorang ni jenis liat nak bangun subuh senang je, arwah akan spray air. memang ada spray khas untuk kami..Biasanya saya akan bangun dulu berbanding adik-beradik lain sebab telinga ni sangat sensitip bunyi..dan takut kena spray punya pasal..jadi jarang sekali lah saya jadi mangsa..kakak abang biasalah, bukan setakat spray, mandi pun ada. Pastu kalau jenis yang liat nak bangun sahur tu, memang tak sahur la jawabnya. huhu..

Kalau hujung minggu, dia akan bawa anak-anak umi datang rumah main dengan kami, atau kami datang rumah umi. Dulu kami tinggal di daerah berlainan, tapi bila dah dekat, setiap minggu la jumpa. Kadang-kadang arwah buat kelas fadhu ain. Ada yang arwah dah ajar masa sekolah rendah, form 4-form 5 baru kami belajar kat sekolah ilmu-ilmu tu..


Saya ingat lagi, arwah pernah jadi posmen saya waktu sekolah rendah. Setiap kali dia nak ke rumah kami atau ke rumah umi, saya dengan adik di belah sana akan berutus surat. Mula-mula kami bagi kat dia, tapi lama-lama dia malas, suruh letak je kat kereta...huhu. kami sebaya, tapi berlainan sekolah. Dan di sebelah petang ada sekolah agama, so student2 dua sekolah ni bergabung la. Dari surat tu la kami bergosip tentang pelajaran, kawan-kawan, dan pertandingan [sebabnya kami rajin masuk public speaking dan pidato]. Tapi kami tak masuk pun sekolah agama tu..kawan kami adalah berkawan di sekolah tu, jadi paham-paham je la yer..:-))


Bila dah sekolah menengah,dah tak ade sangat orang kat rumah tinggalla saya dengan mak, abang nombor tiga tu pulak kerja pagi balik pagi..huhu..jadi perhatian tu lebih sikit la..pernah sekali dia nak pergi pasar minggu, dia tanya nak beli apa?saya cakap nak keropok lekor. Semenjak tu, kalau dia pergi pasar minggu, dia akan bawak balik keropok lekor untuk saya...sekali lagi, waktu bulan puasa, dia tanya nak beli apa, saya cakap nak agar-agar santan yang warna hijau. 


Semenjak tu, kalau dia pergi bazar Ramadhan atau pasar minggu, dia akan belikan kuih tu juga untuk saya...Beberapa bulan sebelum arwah sakit, dia ada berikan saya tuala mandi baru, pemberian orang padanya, tanpa saya minta. Mungkin dia faham, sebab tuala saya yang dibeli masa tingkatan dua dah lusuh dan koyak. Sekarang masih ada lagi tuala tu kat rumah. Masih pakai lagi kalau balik. Sayang sangat, lagipun masa beli tu, beli dengan arwah.. Tapi tuala baru tu tak panjang umur.disonglap orang.hanya sempat pakai beberapa kali..

Sejak kecik saya ada asma, kadang-kadang tengah malam dia akan bersusah payah hantar saya ke hospital. Bila dah sampai, dia akan dukung saya masuk wad kecemasan. Dalam sebulan beberapa kali juga saya akan ke hospital kerana asma. Dialah yang bersusah payah hantar..kadang kadang bernanah jugak telinga kena bebel sebab tak pandai jaga kesihatan..huhu..

Antara kenangan manis yang tak boleh dilupakan ialah menerima pemberian hadiah daripada arwah semasa darjah tiga; arwah menunaikan umrah-dapat jubah dan tudung..memang cantik sangat..kemana-mana pergi dok pakai je tudung tu. Masa darjah berapa tah, dapat hadiah jam sempena hari jadi. dan bila dapat 5 A UPSR, arwah belikan souvenir dari Sarawak ala yang buatan tangan yang boleh letak air tu...entah ape nama..lepas tu siap ada ucapan lagi..

Banyak kisah pahit manis dengan arwah...
yang paling pahit sekali tentulah bila dia dijemput pulang.. 
tak sanggup rasanya untuk meneruskan taipan disini..
kalau nak baca kisah dia, bolehla rujuk sini dan sini..

Maaflah panjang mengomel, sebab lama tak update blog kan..
Untuk soalan abang Ben, cara terbaik untuk didik anak di zaman penuh mencabar ini adalah dengan didikan Islam, berdasarkan al-Quran dan sunnah. Pada diri Rasulullah SAW itu adalah contoh ikutan terbaik untuk para ibu bapa mendidik diri dan keluarga. Yang penting ibu bapa kena perbaiki diri dulu, perbanyakkan taubat kepada ALlah, dan memohon petunjuk dalam segala hal, agar tidak jauh tersasar terutama dalam soal didikan terhadap anak-anak. Ibu bapa juga tidak boleh terlalu percaya anak, dan tidak boleh terlalu mengongkong. Mulakan secara berperingkat, di usia kanak-kanak dengan belaian kasih yang cukup, di usia remaja tegas; dan di usia dewasa, jadikan  anak-anak seperti rakan. InsyaAllah..selagi kita menjaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan mejaga segalanya untuk kita...

Last raya with him..waktu ni baru sorang kakak ipar..tahun 2007
Tetap dengan kopiahnya...Mei 2008-first attack

kali terakhir balik kampung dengan arwah, semasa kenduri kahwin sepupu..sangat suka budak-budak,sangat suka menyakat mereka..pemergian arwah sangat dirasa anak-anak buah...baby in the picture is cousin..



perkahwinan abang ketiga tahun lepas..Alhamdulillah, nak masuk 4 dah anak sedara...tapi sorang pun arwah tak sempat jumpa..