Followers

nuffnang

Showing posts with label tentang abah. Show all posts
Showing posts with label tentang abah. Show all posts

Sunday, 21 August 2011

Bila Kerinduan Menghimpit..


people in the pisc::
Abu Hanif- 4th bro
Mustapha Kamal- Abang Mus; abah's fren; fren of family..
Sabariah Ishak- Mak Teh, his sis
Salmiah IShak- Mak Embong - His sis
Hashim Mat Akil- family fren

abah pergi sebelum Ramadhan 2008, kini tiga tahun sudah Ramadhan dilalui tanpanya...
benci untuk menangisi pemergiannya..
tapi bila rindu bertandang, air mata tidak dapat diseka...
kenangan Ramadhan dengannya cukup banyak...
dia rajin masak sahur, masak berbuka, lepas masak dia akan duduk tengok Jejak Rasul sambil suruh kami hidangkan makanan..
dia jugalah yang mengimamkan kami solat terawih, kejut simbah air kalau yg spesis susah nak bngun tu...
dia rajin bawak kami ke masjid, 
dia akan sentiasa pastikan kami berbaju raya walaupun akhirnya baju yang dia pakai di 1 syawal adalah baju yang bertampal dan koyak.
Kini Syawal menjelang tiba...mengenangkan itu semua dan banyak lagi kenangan Ramadhan dan Syawal bersamanya...hati bagai ditusuk sembilu..terlalu kejap masa bersamanya...
ya Allah sungguh aku rindu...
aku rindu suaranya mengejutkanku
aku rindu suaranya menghubungi aku
aku rindu suaranya mengimamiku
aku rindu kelibatnya mengimamiku..
aku rindu perhatiannya semasa ku sakit...
aku rindu mencium tangannya setiap kali solat dan kesekolah
aku rindu abahku ya Allah...

Ya Allah ampunilah dosa-dosanya dan dosa-dosaku padanya, rahmatilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka telah mengasihi diriku sejak kecil lagi...

Wednesday, 13 April 2011

BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH


Bismillahirrahmanirrahim
Segmen baru dari abang Ben Ashaari :Kaulah Pelita Hatiku

Ayah saya, saya panggil abah.
Tapi kini ditambah 'arwah' dihadapan...
Sangat sedih kehilangan dia..
Sangat terasa kehilangannya..
Terasa berbeza dengan manusia-manusia lain..

Kami bukanlah dari keluarga yang kaya harta, tapi arwah sangat kaya dengan ilmu agama, Sedari kecil kami membesar dalam didikan Islam, contohya mesti bertudung walaupun dihadapan rumah atau menjemur/mengangkat kain,makan berjemaah, solat berjemaah, pergi ke masjid, menjaga pergaulan, pandangan mata, pendengaran, kata-kata dan sebagainya. Tak boleh tengok cerita sebarangan; terutama kalau ada kissing scene-mesti dia akan suruh kami tutup mata atau pandang tempat lain, takpun alih channel. Kat rumah kami hanya ada kaset nasyid, dia tak izinkan kami dengar nyanyian selain nasyid. Kalau beli paper hari Ahad, paper artis akan dicensor dulu; sama ada tak bagi langsung atau bagi, tapi yang dah terconteng  dengan marker; tak nak bagi kami tengok artis seksi punya pasal. Yela, dosa mata kan.


Waktu zaman muda-muda dulu, arwah pernah terdengar seorang sheikh dari Mekah datang, dari kampung kat Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub tu, arwah dengan aki berjalan kaki ke Kuala Lumpur. Semata-mata untuk belajar Alfatihah. Kemudian balik, ajarkan pada orang kampung. Sebab orang kampung tak reti sangat. Yela, kampungkan...

Masa kecik-kecik dulu kami selalu solat subuh dimasjid. Arwah akan kejut dan ajak, kalau tak nak pergi dia tak paksa, tapi biasanya kami akan pergi. Satu sebab taat, satu sebab nak jaga hati.hehe..sampai satu tahap, orang-orang masjid kenal kami adik-beradik. Kami ke masjid naik kereta, sebab masjid agak jauh. Kereta Mitsubishi putih yang ada ruang luas kat belakang..kalau ramai-ramai pergi, kat belakang la saya dengan kakak duduk..

Kalau bulan puasa, arwah abah rajin masak untuk berbuka. Lepas siap masak, dia akan tunggu depan tv sambil tengok Jejak Rasul. Arwah masak sedap sangat. Mak kata, arwah pernah jadi pembantu chef.Dan dia selalu berpesan kepada saya setiap kali masak, tengok abah masak; nanti 'senang kalau abah takde'...
 setiap kali makan, arwah suka tanya soalan 'cepuk emas', sape lagi sedap masak, abah ke mak? Kalau jawab mak, dia ugut tak boleh ikut balik kampung. Tapi dua-dua sedap masak..memang konfius nak jawab soalan tu sebab kami nerd lagi, tak pandai menipu dan tak diajar menipu.. *.* Kadang-kadang dia ketuk kepala orang yang makan tak pakai penutup kepala (sebagai tanda adab kita terhadap rezeki Allah bagi, dia suruh makan tutup kepala). Arwah juga suka jirus kami dengan air suam dia. Selalunya dia siap makan dulu, lepas tu mulala nak kacau kami makan.huhu..


Kalau balik kampung, bila suasana sunyi sebab kitorang tido ke ape, arwah suka bawak kereta senget-senget takpun main2 brek..bosan la tu..hehe..Kalau  kitorang ni jenis liat nak bangun subuh senang je, arwah akan spray air. memang ada spray khas untuk kami..Biasanya saya akan bangun dulu berbanding adik-beradik lain sebab telinga ni sangat sensitip bunyi..dan takut kena spray punya pasal..jadi jarang sekali lah saya jadi mangsa..kakak abang biasalah, bukan setakat spray, mandi pun ada. Pastu kalau jenis yang liat nak bangun sahur tu, memang tak sahur la jawabnya. huhu..

Kalau hujung minggu, dia akan bawa anak-anak umi datang rumah main dengan kami, atau kami datang rumah umi. Dulu kami tinggal di daerah berlainan, tapi bila dah dekat, setiap minggu la jumpa. Kadang-kadang arwah buat kelas fadhu ain. Ada yang arwah dah ajar masa sekolah rendah, form 4-form 5 baru kami belajar kat sekolah ilmu-ilmu tu..


Saya ingat lagi, arwah pernah jadi posmen saya waktu sekolah rendah. Setiap kali dia nak ke rumah kami atau ke rumah umi, saya dengan adik di belah sana akan berutus surat. Mula-mula kami bagi kat dia, tapi lama-lama dia malas, suruh letak je kat kereta...huhu. kami sebaya, tapi berlainan sekolah. Dan di sebelah petang ada sekolah agama, so student2 dua sekolah ni bergabung la. Dari surat tu la kami bergosip tentang pelajaran, kawan-kawan, dan pertandingan [sebabnya kami rajin masuk public speaking dan pidato]. Tapi kami tak masuk pun sekolah agama tu..kawan kami adalah berkawan di sekolah tu, jadi paham-paham je la yer..:-))


Bila dah sekolah menengah,dah tak ade sangat orang kat rumah tinggalla saya dengan mak, abang nombor tiga tu pulak kerja pagi balik pagi..huhu..jadi perhatian tu lebih sikit la..pernah sekali dia nak pergi pasar minggu, dia tanya nak beli apa?saya cakap nak keropok lekor. Semenjak tu, kalau dia pergi pasar minggu, dia akan bawak balik keropok lekor untuk saya...sekali lagi, waktu bulan puasa, dia tanya nak beli apa, saya cakap nak agar-agar santan yang warna hijau. 


Semenjak tu, kalau dia pergi bazar Ramadhan atau pasar minggu, dia akan belikan kuih tu juga untuk saya...Beberapa bulan sebelum arwah sakit, dia ada berikan saya tuala mandi baru, pemberian orang padanya, tanpa saya minta. Mungkin dia faham, sebab tuala saya yang dibeli masa tingkatan dua dah lusuh dan koyak. Sekarang masih ada lagi tuala tu kat rumah. Masih pakai lagi kalau balik. Sayang sangat, lagipun masa beli tu, beli dengan arwah.. Tapi tuala baru tu tak panjang umur.disonglap orang.hanya sempat pakai beberapa kali..

Sejak kecik saya ada asma, kadang-kadang tengah malam dia akan bersusah payah hantar saya ke hospital. Bila dah sampai, dia akan dukung saya masuk wad kecemasan. Dalam sebulan beberapa kali juga saya akan ke hospital kerana asma. Dialah yang bersusah payah hantar..kadang kadang bernanah jugak telinga kena bebel sebab tak pandai jaga kesihatan..huhu..

Antara kenangan manis yang tak boleh dilupakan ialah menerima pemberian hadiah daripada arwah semasa darjah tiga; arwah menunaikan umrah-dapat jubah dan tudung..memang cantik sangat..kemana-mana pergi dok pakai je tudung tu. Masa darjah berapa tah, dapat hadiah jam sempena hari jadi. dan bila dapat 5 A UPSR, arwah belikan souvenir dari Sarawak ala yang buatan tangan yang boleh letak air tu...entah ape nama..lepas tu siap ada ucapan lagi..

Banyak kisah pahit manis dengan arwah...
yang paling pahit sekali tentulah bila dia dijemput pulang.. 
tak sanggup rasanya untuk meneruskan taipan disini..
kalau nak baca kisah dia, bolehla rujuk sini dan sini..

Maaflah panjang mengomel, sebab lama tak update blog kan..
Untuk soalan abang Ben, cara terbaik untuk didik anak di zaman penuh mencabar ini adalah dengan didikan Islam, berdasarkan al-Quran dan sunnah. Pada diri Rasulullah SAW itu adalah contoh ikutan terbaik untuk para ibu bapa mendidik diri dan keluarga. Yang penting ibu bapa kena perbaiki diri dulu, perbanyakkan taubat kepada ALlah, dan memohon petunjuk dalam segala hal, agar tidak jauh tersasar terutama dalam soal didikan terhadap anak-anak. Ibu bapa juga tidak boleh terlalu percaya anak, dan tidak boleh terlalu mengongkong. Mulakan secara berperingkat, di usia kanak-kanak dengan belaian kasih yang cukup, di usia remaja tegas; dan di usia dewasa, jadikan  anak-anak seperti rakan. InsyaAllah..selagi kita menjaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan mejaga segalanya untuk kita...

Last raya with him..waktu ni baru sorang kakak ipar..tahun 2007
Tetap dengan kopiahnya...Mei 2008-first attack

kali terakhir balik kampung dengan arwah, semasa kenduri kahwin sepupu..sangat suka budak-budak,sangat suka menyakat mereka..pemergian arwah sangat dirasa anak-anak buah...baby in the picture is cousin..



perkahwinan abang ketiga tahun lepas..Alhamdulillah, nak masuk 4 dah anak sedara...tapi sorang pun arwah tak sempat jumpa..



Tuesday, 14 September 2010

1 Syawalku

Bismillahiraahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Macam mana sambutan Syawal kalian? ade yang meriah..ada yang hambar..macam-macam gaya sambutannya kan? Ada yang merasa pertama kali menyambut dalam suasana baru; bersama suami atau isteri yang baru dinikahi, bersama keluarga baru iaitu keluarga mentua, bersama orang baru; contohnya anak baru, ayah baru, mak baru,adik-beradik baru..ada juga yang kali pertama menyambut raya dalam kesedihan..tanpa insan tersayang; suami, isteri, ibu atau ayah atau kedua-duanya, adik-beradik, tanpa anak tersayang, dan ada juga kali pertama tanpa anggota yang lengkap dek kerana kamalangan terutamanya mercun...

Walaupun ini tahun kedua kami sekeluarga hilang tonggak, tapi ia adalah Syawal ketiga tanpanya. Alhamdulillah, jiwa ini lebih kuat dari sebelumnya..cuma yang kukhuatirkan sepupuku dan sahabatku yang baru kehilangan ayah mereka..tambahan pula mereka sangat rapat dengan ayah mereka..buat Hartini Haji Baharuddin, Amirah Syuhada Rostin, Siti Sarah Rostin dan Amar- semoga kalian sentiasa kuat dan tabah dalam menempuh kehidupan mendatang tanpa insan bernamaabah dan melalui raya ini buat kali pertamanya tanpa mereka.

Pagiku dimulakan dengan mmbuat kuah kacang untuk ketupat..entah jadi entahkan tidak..semalam siap sanggup online lagi cari resepi..alih-alih time goreng kacang tu da terlebey plak..ade harapan tak sedap nih..time2 nak buat ni la teringat kenangan dengan abah..biasanya pagi2 raya macam ni abah akan masak kuah kacang tu..tukang prepare bahan sape lagi kalau buka anak dara dia sorang ni..pastu siap cakap "tengok abah masak..esok kalau abah takde senang.."sepotong ayat yang sentiasa terngiang-ngiang di cuping ini..dulu, kini dan selamanya..dulu dengar ayat tu sepintas lalu je; sekarang ayat-ayat tu tinggi nilainye.. Napela tak tgok abah masak btol2?kan da tak pandai masak?huhu. setiap kali abah didapur [sebab memang kegemarannya masak sedap2] saya akan menyemak disitu..terpacak di tangga..kadang2 buat2 basuh pinggan..yele, bapak pulak masak; anak bini tgok je..huhu..tapi ikut mood jugak abah ni..besenye memang makla masak.
Sambil memasak kuah kacang di pagi raya yang hening ni saya pasang takbir..maklumlah jap lagi takde can nak solat sunat Aidilfitri. red flag..

Seperti yang dijangka kuah kacangku tak menjadi sebab kacang nye terlebey hangus..
Lepas solat sunat Aidilfitri, saya, kakak, abang ketiga dan isteri serta abg kelima menziarahi pusara arwah abah tercinta..waktu kami sampai Imam Malik sedang mengetuai bacaan Yassin di kawasan lapang tanah perkuburan..selepas itu kami beredar ke pusara Abah tercinta..kami sedekahkan Tahlil..masih ada kesedihan..cepat-cepat kuelakkan air mata ini dari menitis dengan menarik nafas dalam2 dan menenangkan fikiran serta meliarkan mata ke arah lain drpada memandang nisan arwah abah..

Pulang dari kubur kami beraya ke rumah Pok Ya..depan rumah je..setiap kali pagi Syawal mesti anak dia akan dipos ke rumah kami menghantar juadah..tak penah lagi kami dulu hantar..hihi..Tahun depan lah nampaknya [azam telah ditanam] Selesai rumah Pok Ya terus bergerak ke rumah Uyah @Munirah Pairon. Tapi takde pulak kat rumah makcik sorang ni, then kakak uyah telefon dia, dekat rumah Aina rupanya..tak sempat menjamah apa-apa pun Aina suruh kerumahnya, kata kakak Uyah, Aina halau ke rumahnya..tak ke pelik bunyinya?[ gelak-gelak] 

Tengah borak-borak ngan cik aina tu, babah uyah call, balik segera sebab mereka nak pulang kekampung dan dipelawanya saya dan kakak sekali. Saya no hal je, sebab selalu sangat dah ikut mak ayah Uyah berjalan. Kami pun bersalaman nak balik, sampai luar rumah Aina tu Along Uyah dah menunggu, wah tak menyempat-nyempat..teruslah kami menaiki kereta itu dan menghantar kakak ku pulang lalu mintak ijin mak untuk ke kampung Uyah di Rompin; kurang sejam dari sini..menaiki kereta bawaan abang Uyah ini rasa macam terbang; teringat semalam waktu tulis kat facebook, then Uyah komen kat status saya " esok aku fly ke rompin".. This is it Uyah..huhu..beberapa kali kami terjerit kerana terlanggar dan terlompat dengan tingginya..ayah segala laju pemanduan encik Along ni..walaupun kami agak lewat sebab hantar kakak tadi sempat jugak kejar babah Uyah..laju amat la namenye.
inilah adat n adabnye kalau anak dare di rumah org..menyental pinggan mangkuk
Seharian kami disini..beraya ke rumah saudara-mara Uyah dan menziarahi pusara datuknya, paling tak boleh dilupakan peristiwa mahu ke tandas kerana mahu membuang air kecil. Tandas di rumah ibu saudara mak Uyah tu tersumbat kata ahli rumah itu, jadi kami pun heretla cebok dan baldi. Mula2 cedok air dari perigi, lepas tu jalan la beberapa puluh langkah ke rumah sebelah yang juga saudara Uyah tapi telah berpindah. Nasib baikla try simbah air dulu dalam mangkuk yang kotor airnya itu..ku anggap lumpur..rupanya dot dot dot..terbantut hasratku..dengan tandas yang tersumbatnye, baik batalkan jela niat suci lagi murni itu..Kami pun pulang kembali ke rumah tok sedara Uyah..diikuti oleh nyamuk2 dari belukar tempat jamban itu terpacak..sampai ke dalam rumah nyamuk tu masih ada..jarang jumpa darah manusia gamoknye..

Yang kelakar lagi lucu tu, yang berhajatnye saya, yang digigit nyamuknye Uyah dan kakaknya..sampai berbintatla..walaupun dok dekat2 situ jugak, tak kena gigit pun..agaknye nyamuk2 lain nampak kot macam mana saya hempuk kawan2 diorang sampai maut dan kumpulkan jenazah2nya sekali..huhuk
Demikianlah kisah 1 Syawal saya, kisah anda?
Walaupun tak direzekikan balik kampung, tapi dapat berjalan ke kampung orang ni seronok jugak..

Apa-apapun semoga daku direzekikan Allah Yang Agung lagi sekali untuk bertemu RamadhanNya yang mulia dan memanfaatkan sebaiknya..mungkin antara sebab rasa hambar raya ini sebab Ramadhan yang banyak kucuaikan..malah puasa dan solatku itu belum tentu Allah terima..

Tuhan, terimalah ibadahku yang tidak sempurna ..
ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya..
Tapi apakan daya, 
Ini yang kumampu mempersembahkan kepadaMu

-next entry lagu Qatrunada Indonesia; Tuhan Terimalah Ibadahku..
wassalam..
Thanks reading!

Thursday, 12 August 2010

Tentang Abah..





2 tahun telah berlalu..setiap detik dan saat peristiwa itu masih terbayang-bayang...

6 Ogos 2008
Abah menghantar mesej kepadaku, menyuruhku membelikan roti dan majerin..waktu tu aku sedang bekerja..balik dari kerja aku belikan roti dan majerin untuknya dengan wang gaji aku..walaupun hanya roti dan majerin, aku bangga dapat membelikannya untuk abah dengan wang gajiku..mak pula, hari2 dah merasakan..aku belikan keperluannya, barang dapur dan makanan..selalunya dapat makanan lebih dari kantin hospital muadzam shah, tempatku bekerja, jadi tak payah susah2 masak balik nanti..semasa sedang bekerja kawan mak dan abah ada datang beli makanan di situ dan bertanyakan keadaan abah...aku nyatakan yang abah memerlukan buah pinggang baru dan aku serta adik beradik rela mengorbankan salah satu buah pinggang kami..aku nyatakan jua bahawa abangku berkata yang abah sudah tiada harapan untuk sembuh, bila2 masa Allah akan ambilnya..itu hanya dimulutku, di hatiku aku yakin abah akan sembuh..kemudian makcik Zan menenangkanku dan menyuruhku banyakkan berdoa..

Malam tu umi hantar abah..kepulangan yang dinanti setelah sekian lama menerima rawatan di hospital dan dijaga umi..aku sambut abah dipintu kereta, dia hulurkan tangan kepadaku agar aku dapat memegangnya sebab abah masih lemah. Dia pegang aku kuat sangat..sebak juga waktu tu, tapi aku buat2 biasa sahaja..abah kurus sangat menggambarkan kesakitan, penderitaan yang dialami..sampai ke dalam rumah mak pula yang pimpin abah ke dalam bilik..

7 Ogos 2008
Aku terjaga dari tidur sewaktu mak melayan abah bersarapan..abah cakap sedapnye dapat makan, katanya lagi lepas ni nak tambah balik berat badan..biasanya abah akan kejutku solat jemaah sekali, pelik pulak hari ini..lepas tu macam dah tahu-tahu pulaj yang aku dah terjaga, dia menyuruhku solat..kemudian aku berkata padanya aku nak sambung belajar tingkatan 6. abah cakap terpulanglah padaku nak belajar mana. Kuanggap itu adalah restunya. Dulu sebelum keadaan dia teruk, aku pernah menyatakan hasrat ingin mengambil jurusan undang-undang di uitm..dia bersetuju, malah suruh aku ambil di uitm pahang agar mudah untuk dia menjenguk nanti..tapi, bila keadaan abah makin teruk, aku terpaksa melupakan hasrat itu untuk sementara waktu..hanya melihat dari jauh sahabat2 melangkah ke IPT..

Selepas itu mak memimpin abah ke bilik..baik sungguh mak melayan abah waktu tu..aku pun bekerja macam biasa..petang tu dapat mesej dr abah, dia cakap jangan bawak balik lauk, abah beli nasi beriani..tak tahu pulak aku hari itu abah pergi kuantan untuk cuci darah lagi. kalau tahu aku nak ikut sebab selama terlantar di hospital abah tak benarkan aku jaga dia, kerana aku anak perempuan..wad tu wad pesakit lelaki..agak terkilan juge tak dapat jaga dia..

malam tu abah pun sampai dari kuantan..aku tengah bersiap-siap pakai tudung n tutup lengan bila die dah sampai kat muka pintu dan memanggilku..eh, dah larat??..lepas tu depan mata aku dia berjalan sampai kat tempat biasa dia sangkut baju tu, dan cabut sendiri baju luarnya..biasanya dia akan perlukan bantuan kami..dia tanya mak mana? aku jawab di bilik..aku pun menuju ke kereta untuk mengambil barang2..dari luar aku nampak sesusuk yang kurus itu berjalan menuju ke bilik mak..senang hati bila kulihat abah sudah kuat untuk berjalan sendiri. Usai mengangkat nasi beriani, aku kembali ke bilikku untuk menukar kembali pakaian..kemudian abah bertanya kenapa tak bagitau mak abah beli nasi beriani..kelu pulak lidah..ingatkan abah nak beli yang dekat Muadzam jew, rupanya nun jauh kat Kuantan..special pulak tu..maafkan Dilah abah...waktu tu tak mampu jawab soalan abah..kelu lidah..beberapa kali abah tanya, Dilah diam je..ampunkan anakmu ini.

Kemudian kami pun makan bertiga..sebelum makan ada ubat yang harus abah ambil..jadi aku dan mak sama2 bukakkan ubatnya..banyak sangat..dos tinggi2 pulak tu..dalam hati rasa gembira sangat..kalau lah adik-beradik lain tau ni mesti jeles..dilah makan nasi beriani bertiga je dengan mak abah..abah jamah sikit je..tiba-tiba dia kata pening kepala..kemudian dia habiskan makan dan duduk di kerusi di tengah rumah..dia ambil communicatornya dan telefon umi; ingin menyuruhnya mengurut abah..kemudian abah suruh aku bentangkan toto untuk dia baring..bila umi datang abah kata makin pening dan mata kabur..tak berapa nampak..sebelum umi sampai aku beritahu abah aku ada belikan pau ahmad untuk dia..beberapa kali terpaksa aku ulangi..kenapa abah tiba2 tak berapa dengar ni?kemudian dia berpusing kepada ku dan bertanya lagi sekali. Ya Allah, terkejut aku..merah sungguh matanya! kemudian aku terpaksa menjawab dengan suara yang kuat supaya dia dapat dengar..bila Umi sampai umi ajak abah ke hospital..kemudian aku dan Umi pimpin abah menuju ke kereta..pegangan Abah sangat kuat..di luar rumah rakan sekerjaku sedang menungguku..dia suka lepak denganku didepan rumah..terkejut Umi dan Abah dengan pemakaianya yang tidak menutup aurat dan seksi..di dalam kereta Abah berpesan supaya aku jangan berkawan dengan orang macam tu, dua tahun berlalu dan kini aku faham kenapa..

sampai dihospital aku dan adik tunggu di luar..tak lama kemudian abangku, abdullah rawahah sampai dengan sahabatnya safwan..

kemudian kami dengar dari luar wad kecemasan tu bunyi orang muntah..aku dan adik lihat dari luar..abah muntah teruk sangat..tak pernah aku sendiri alami malah lihat orang lain muntah seteruk itu..risau nya keadaan abah waktu tu..tak lama kemudian kami dengar doktor memanggil nama abah kuat2..'isharudin..isharudin..!!' Kami bergegas masuk, aku lihat abah sudah tidak sedarkan diri.. Kami diminta keluar semula oleh doktor. Tidak lama kemudian doktor keluar dan memaklumkan berita yang aku terima dengan gelengan kepala..abah dah mati otak..harapan nak sedar sangat nipis, mereka dah tak mampu nak buat apa2..kalau dihantar ke HTAA pun mereka hanya akan monitor abah sahaja.. Aku meminggir diri dan menitis jua air mata ini saat kuberdoa kepada Allah agar menyelamatkan nyawa abah..tidak kusangka ini akan terjadi, tidak ku tahu begini kritikal keadaan abah..selama ini aku pohonkan dalam doa setiap kali selepas solat agar abah kembali pulih seperti sediakala. Salahku jua yang tidak bersungguh-sungguh memohon kepada Allah..Kemudian adik datang memujukku..Setelah berbincang dengan saudara mara, umi membuat keputusan untuk menghantar abah ke HTAA..

Malam tu waktu abangku menemani arwah menaiki ambulans untuk menuju ke HTAA, katanya;  jam 1 lebih tu arwah dah menghembuskan nafas yang sangat berat; seolah-olah nafas terakhir..selepas itu dia macam orang tidur..berkeruh macam biasa..sehinggalah kami datang esok pagi macam tu juga keadaan dia..aku, umi, adik menumpang kak ina dan abang mus menuju ke htaa..dalam perjalanan umi bawa bantal abah, aku bawa nasi beriani yang dia beli malam tadi serta barang2 peribadinya..mengharapkan dia akan sedar dan mahu menggunakan handphone nya serta baju2nya..lagipun semasa kami[abah, mak, dan aku ] makan bersama malam tadi, dia suruh aku simpan sikit untuk dia makan keesokan pagi sebab nasi tu sedap sangat...

Tiba-tiba umi meraung..dengan rembesan air mata aku dan Kak Ina memujuk..setelah sekian lama bertahan, jatuh jua air mata Umi..

Sesampainya kami di wad kecemasan HTAA kami diberi tahu hanya 2 org boleh masuk dalam satu2 masa..aku mula masuk dengan Umi... petugas di wad memberi kami Yasin..Aku terima Yassin itu dengan hati yang berat. Baru lafaz Bismilllah, sudah berjujuran air mataku..begitu payah hendakku teruskan ayat2 seterusnya....kini kutahu kesedihannya bila aku bakal kehilangan seorang ayah, salah satu tulang belakang kehidupanku...kenapa aku tidak menjadi anak yang solehah selama ini?kekesalan yang takkan dapat dipadamkan sehingga hujung nyawa..bila tiba ayat 'Innama amruhu....', semakin lebat air mata membasahi pipi dan tudung..

Ya Allah, apa yang aku sedang alami ni??aku tanya diriku..selama ini aku lihat adegan2 ini didalam tv, dan aku tumpang menangis sekali, tapi bila kulalui sendiri, Tuhan je tahu PEDIHNYA..habis je bacaan aku terus meluru keluar mencari Kak Ina..aku menangis, meraung semahu-mahunya di bahu Kak Ina..biarlah aku menangis sekarang supaya bila adik beradik dn saudara mara datang nanti aku tidak menangis lagi..waktu tu kawasan itu sangat lengang. hanya ada seorang makcik disitu dan dia memandangku kehairanan..

Aku sempat bertanya kepada MA disitu keadaan abah, katanya abah pernah kena strok sekali, tapi tak kuat ( kami pun tak tahu)..dan yang ini terlalu kuat..scan menunjukkan otak Abah yang telah dipenuhi darah..
mereka kata, mungkin abah akan 'pergi' dalam waktu tengah hari...
Pelawat semakin ramai, sanak-saudara belah abah, mak, umi serta sahabat handai..ruang kecemasan HTAA tu dipenuhi oleh mereka..di dalam bilik yang ditempatkan abah pun ramai walaupun pada asalnya sepatutnya hanya 2 orang pelawat pada satu-satu masa..tapi situasi tak terkawal lagi..pihak hospital terpaksa bertolak ansur..sehingga ke waktu Zuhur abah masih 'ada'..pulang dr menemani mak solat zuhur, suasana terasa lengang. rupa-rupanya kesemua abang-abangku dan umi dipanggil doktor..lama kemudian baru mereka keluar..semua telah bersetuju untuk membawa pulang abah ke rumah..waktu tu aku disisi abah, aku bertanya pada abang habis tu macam mana?jwbnya,  nak cabut wayar...kemudian kupegang tangan abah dan kucium tangan itu yang akan meninggalkan kami sebentar lagi..basah tangan itu dengan air mataku, memikirkan kawan2 abang turut berada di situ aku terpaksa menahan perasaan, kemudian ak terduduk, dan mereka turut mencium tangan abah..mereka turut menangis..inilah sahabat dunia akhirat..sepanjang hayat abah, mereka sangat menghormati abah, abah sakit pun mereka ziarah..

Tak lama kemudian Wan Cik  mengajak mak pergi lunch dan menyuruh aku menemani mak walaupun berat terasa kaki ni nak melangkah..

sampai di kedai makan, aku tgok je nasi goreng kampung tu, susah nak keringkan air mata ni..bila dah kering aku cuba jugak suap, perlahan-lahan aku cedok nasik tu, dan bawa ke mulut ku...baru nak menganga mulut merembes lagi air mataku, tanpa disedari sudu tu dah terjatuh..membazir nasik..aku berlari ke tepi kedai dan menangis lagi semahu-mahunya...aku tarik nafas dalam2 dan cuba tenangkan diri..aku kembali lagi ke meja makan..cubaan kedua berjaya walaupun akhirnya aku makan sambil menangis..waktu tu lah bateri nak mati..dah cuba beberapa kali akhirnya hidup jugak, kemudian dapat mesej dr abang nom 4, abu hanifah suruh balik cepat, mereka nak bawak balik abah dah.. kami segera sudahkan makan kami dan kembali..waktu tu wad kecemasan HTAA dah terlalu sesak...semua yang ada mengambil kesempatan untk menatap wajahnya buat kali terakhir..mereka sedang menunggu aku dan mak untuk salam dan cium abah..usai kucium dahi itu aku meluru keluar..aku mahu pergi jauh dari situ..suasana cukup memilukan..aku tak mahu orang melihat air mataku walaupun ia mengalir tak henti dari tadi..di luar bilik aku ditarik oleh adik Umi, dia peluk aku..erat sangat..kulepaskan sekali lagi air mataku...tidak lama kemudian abah pun dibawa keluar menuju ke ambulans..disebabkan aku diluar bilik jadi aku agak ke depan berbanding yang lain..bila abah diangkat menaiki ambulans aku sempat lagi berdoa agar berlaku keajaiban..'abah bangunla..jangan tinggalkan dilah..''Ya Allah sedarkanlah abah..'

Kemudian, pintu ditutup......dan aku teresak-esak disitu..terdengar juga esak tangis yang lain2..terutama abangku yang baru nikah dan belum sempat kenduri..Tiba-tiba aku ditarik dari belakang dan dipeluk..Pak Anjang rupanya...pelukan pak anjang sangat erat...cuba memujukku..mak anjang, pak long dan maklong pun turut mengesat air mataku dan memelukku..
kemudian kami menyusul ambulans..aku, mak dan kak tikah[kakak ipar baru] naik kereta mak embong..kami juga yang mula2 sampai..mak nak balik rumah dulu, nak rehat katanya, kemudian kami ke rumah Umi, tempat mereka hantar abah..ambulan masih ada dan aku bertanya kepada petugas hospital, macam mana abah?dia jawab; dah selamat dah.. aku yang masih tak dapat terima hakikat ni fikir abah dah sedar..bodoh sungguh..kemudian aku melangkah lagi dan bertembung seorang pakcik yang sedang menghubungi rakannya mengatakan "Isharudin dah MENINGGAL.." Itulah kalimah yang aku tak nak dengar sekali...tersentap aku disitu...aku pusing kiri dan kanan mencari kepastian dan aku nampak abangku memandang ke arahku dan mengangguk...kemudian dia kata "jangan menangis.............."

Dengan langkah yang longlai aku masuk ke rumah umi dan kulihat sekujur tubuh yang sedang diuruskan oleh pekerja hospital.. mereka baru selesai mencabut segala tiub dan wayar..dengan tenang aku pergi mencari plak dan caskan hp ku dan menghubungi kakak serta memberitahu guru2 serta rakan2..

Kemudian kuambil Yasin dan kubacakan..waktu tu Tuhan je tahu betapa bencinya aku dengan air mata yang tak berhenti mengalir ni...
Malam tu ramai cikgu2 sekolah, jiran tetangga kedua-dua buah rumah, ahli2 masjid, serta sahabat handai menziarahi jenazah abahku...urusan mandi disempurnkan setelah ketibaan mak teh elly dan abang nombor 2 dari kedah..pilu sungguh suasana waktu tu, sebab mereka tinggal paling jauh..mak teh paling sedih sebab dia tak berkesempatan langsung jumpa arwah semasa sakit..kami yang melihat tangisan pilu mak teh menjadi bertambah pilu..

Arwah abah dimandikan oleh kesemua 6 anak lelaki sambil dibantu bbrapa yang lain..hensetku menjadi lampu suluh mencari kekotoran atau kesan pelekat..waktu kecik2 abah mandikan mereka..hari ni mereka semua mandikan abah...semasa urusan aku tunggu diluar..menenangkan diri..aku ambil nafas dalam2..waktu tu hatiku sangggggggggat sakit..terasa ada batu berat menghempap..setelah itu kak ina memanggilku untuk memberi ciuman buat kali terakhir..aku masih kaku disitu..dipanggil kali kedua baru aku bergerak masuk ikut belakang..waktu tu air mata dah kering..yang kulihat air mata yang lain2 semakin lebat, esakan semakin kedengaran..aku cium dahi abah, pipi kanan dan kiri abah dan aku letakkan pipiku di hidungnya membayangkan aku menerima ciuman terakhir darinya...

Kemudian jasad nya disempurnakan, dan dibawa ke masjid untuk solat jenazah sebab terlalu ramai yang hadir...lagi pula arwah rajin ke masjid..itulah tempat solatnya kalau tak dapat berjemaah di rumah kerana ke'uzur'an kami..atau atas sebab2 yang lain..
Sewaktu mengambus tanah, kesemua anak2 lelaki dan sepupu2 lelaki turut serta..hanya seorang bukan ahli keluarga menyertai, sahabat sejati abangku dunia akhirat, mohd safwan..

inilah kisahku sewaktu berpisah selama-lamanya dengan ketua keluargaku, nakhoda kapal, penasihatku, penegurku, pendidikku, guruku, dan abahku......
Ya Allah ampunilah dosa-dosa arwah abah, Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya..
Ya Allah ampunilah dosa-dosaku terhadapnya..Engkau jua yang Maha Mengetahui..
Ya Allah pertemukanlah kami di akhirat kelak...perkenankanlah doa hambaMu yang hina ini..

Wednesday, 4 August 2010

040808


Dua tahun lalu..
04/04/08
aku menghantar mesej kepada arwah abah, 'salam, abah, hari ni hari jadi adik yang ke 15 dan hari jadi dilah yang ke 19 dalam kalendar Islam..' Abah balas, 'SELAMAT HARI LAHIR, SEMOGA DIBERKATI ALLAH, ABAH SEDANG CUCI BUAH PINGGANG, KEJAP LAGI SELESAI..'
Arwah tulis dengan huruf besar sebab penglihatannya kurang baik..memudahkan dia untuk menulis dan mungkin mahu memudahakan anaknya ini membaca..
Terharu sungguh dengan mesej yang dibalasnya..
Mesej itu aku simpan dalam draf hensetku..tapi, henset tu dah rosak baru2 ni..itulah satu-satunya perkara yang paling membuat aku terkilan dengan kerosakannya..sebelum ni hampir setiap hari aku menatap mesej itu bila ku rindu padanya..tapi sekarang?mungkin aku akan taip yang baru dalam hensetku sekarang..bolehlah dibaca hari-hari..
Abah, ampunkan dosa anak yang tak berbudi ni..semoga abah tenang di sana bersama mak abah dan anak2 tersayang..mungkin dah lama mereka tunggu kepulangan abah..abah juga dah lama menanggung rindu pada mereka..sungguh kami rindu pada abah kini
...alfatihah...