"terlihat
video seorang DR hnya ada sijil phd menghina ulamak pondok , dn lihat
juga seorang yg menghina pengajian sifat 20 . sungguh hati ini sangat
tergores b
----
peganglah akidah , mantap akidah agar tidak mudah terpesong dn terima ajaran menyeleweng dri aswj .
KENAPA SIFAT 20 DAN KENAPA
WAJIB BELAJAR SIFAT 20 ?
"kadang kala ada pertanyaan, “Mengapa sifat Allah yang wajib diketahui
oleh setiap mukallaf hanya 20 sifat ? bukankah sifat-sifat Allah yang
terdapat dalam al-Asma’ al-Husna ada Sembilan puluh Sembilan 99 ?”
“perlu diketahui bahawa Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah tidak membataskan
sifat-sifat Allah kepada 20 sifat kerana sifat 20 itu adalah sifat Dzat
Allah yang menjadi syarat ketuhanan (syarat al-Uluhiyyah). sedangkan
sifat-sifat Allah yang lain adalah sifat af`al (sifat yang berkaitan
perbuatan) Allah ta`ala. Dan sifat-sifat af`al Allah itu jumlahnya
banyak serta tidak terbatas.”[1]
MENGAPA WAJIB MENGETAHUI SIFAT 20 ?
dalam ma`rifatullah, Mazhab Ahl al-Sunah Wa al-Jama`ah telah
mengetengahkan pemahaman terhadap konsep sifat 20 yang wajib bagi Allah.
konsep ini sangat masyhur dan wajib diketahui oleh setiap individu
muslim yang mukallaf.
Akhir-akhir ini terdapat satu golongan
yang dikenali sebagai Wahhabi telah mempersoalkan sifat 20 tersebut
dengan mengemukakan beberapa alasan yang antara lainnya adalah; tidak
terdapat di dalam al-Qur’an dan al-Hadis nas yang mewajibkan pengetahuan
umat Islam terhadap sifat 20. Bahkan termaktub di dalam hadis sendiri
bahawa nama-nama Allah (al-Asma’ al-Husna) jumlahnya sembilan puluh
sembilan. Dari kenyataan ini, timbul sebuah pertanyaan; mengapa sifat
yang wajib bagi Allah yang harus diketahui itu hanya terhad kepada 20
sifat sahaja, bukan sembilan puluh sembilan sebagaimana yang terdapat di
dalam al-Asma’ al-Husna ?
para ulama’ Ahl al-Sunnah Wa
al-Jama`ah dalam menetapkan sifat 20 tersebut sebenarnya bersumberkan
daripada kajian dan penelitian yang cermat dan mendalam. Terdapat
beberapa alasan ilmiah yang logik serta relevan dengan fakta nas yang
sedia ada yang telah dikemukakan oleh para ulama’ berhubung latar
belakang wajibnya mengetahui sifat dua puluh yang wajib bagi
Allahsubhanahu wata`ala, antaranya ialah:
"pertama ;
setiap
orang yang beriman harus meyakini bahawa Allah ta`ala wajib memiliki
semua sifat kesempurnaan yang layak bagi keagungan-Nya. Mereka harus
meyakini bahawa mustahil Allah ta`ala memiliki sifat kekurangan yang
tidak layak bagi keagungan-Nya. Mereka juga harus meyakini pula bahawa
Allah berkuasa melakukan atau meninggalkan penciptaan segala sesuatu
yang bersifat mumkin iaitu seperti menciptakan, mematikan, menghidupkan,
memberi rezki, mengurniakan kebahagiaan , menimpakan kecelakaan dan
lain-lain lagi. Kesemua ini adalah sekian bentuk keyakinan yang paling
dasar yang perlu wujud di dalam hati setiap orang Islam.
Kedua ;
para ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah sebenarnya tidak membataskan
sifat-sifat kesempurnaan Allah hanya kepada 20 sifat sahaja. Bahkan
setiap sifat kesempurnaan yang layak bagi keagungan Allah, sudah pasti
Allah wajib memiliki sekian sifat tersebut, sehingga sifat-sifat
kamalat(kesempurnaan dan keagungan) Allah itu sebenarnya tidak terbatas
pada sembilan puluh sembilan sahaja sebagaimana yang telah dikatakan
oleh al-Imam al-Hafiz al-Bayhaqi:[2]
"وَقَوْلُهُ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِنَّ لِلَّهِ تَسْعَةً وَتِسْعِيْنَ اِسْمًا))
لايَنْفِيْ غَيْرَهَا, وَإِنَّمَا أَرَادَ وَاللهُ أَعْلَمُ أَنَّ مَنْ
أَحْصَى مِنْ أَسْمَاءِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ تِسْعَةً وَ تِسْعِيْنَ
اِسْمًا دَخَلَ الْجَنَّةَ".
Maksudnya:
“Sabda Nabi
sallallahu`alaihi wasallam : Sesungguhnya Allah memiliki sembilan puluh
sembilan nama”, tanpa menafikan nama-nama selainnya. Nabi
sallallahu`alaihi wasallam hanya bermaksud -wallahu a`lam-, bahawa
barangsiapa yang menghitung sembilan puluh sembilan nama tersebut akan
dijamin masuk syurga”.
Pernyataan al-Hafiz al-Bayhaqi di atas
bahawa nama-nama Allah ta`ala sebenarnya tidak terbatas dalam jumlah
sembilan puluh sembilan dengan didasarkan pada hadith shahih: [3]
"عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ، قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: اللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ... أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ
لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ
عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ
الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ
بَصَرِيْ، وَجَلاءَ حَزَنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ ".
Maksudnya:
"Ibn Mas’ud berkata, Rasulallah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:”
Ya Allah, sesungguhnya aku Hamba-Mu.. Aku memohon dengan perantara
setiap Nama yang Engkau miliki, baik yang Engkau namakan Dhat-Mu
dengan-Nya, atau yang Engkau turunkan nama itu dalam kitab-Mu, atau yang
Engkau ajarkannya kepada sesiapa di kalangan makhluk-Mu, atau yang
hanya Engkau sahaja yang Mengetahui-Nya dalam ilmu ghaib di sisi-Mu,
jadikanlah al-Quran sebagai taman/pengubat hatiku, cahaya mataku,
penghilang kesedihanku dan penghapus rasa gundahku".
Hadis di
atas menjelaskan bahawa di antara nama-nama Allah ta`ala yang telah
dijelaskan di dalam al-Qur’an, ada di antaranya yang diketahui oleh
sebahagian hamba-Nya dan ada yang hanya diketahui oleh Allah ta`ala
sahaja. Sehingga berdasarkan kepada hadis tersebut, nama-nama Allah itu
sebenarnya tidak terbatas pada 99, maka apatah lagi 20 sifat yang telah
dirumuskan oleh para ulama’ yang melaut ilmu mereka itu.
Ketiga ;
para ulama’ telah membahagikan sifat-sifat khabariyyah, iaitu
sifat-sifat Allah yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan hadis seperti
yang terdapat di dalam al-Asma’ al-Husna, kepada dua bahagian. Pertama,
Sifat al-Af`al al-Zat iaitu sifat-sifat yang ada pada Zat Allah ta`ala,
yang antara lain adalah sifat 20. Dan kedua, Sifat al-Af`al, iaitu
sifat-sifat yang sebenarnya adalah perbuatan Allah ta`ala, seperti sifat
al-Razzaq, al-Mu`thi, al-Mani`, al-Muhyi, al-Mumit, al-Khaliqdan
lain-lain. Perbezaan antara keduanya adalah, sifat al-Zat merupakan
sifat-sifat yang menjadi Syart al-Uluhiyyah, iaitu syarat mutlak
ketuhanan Allah ta`ala. Kesemua sifat tersebut telah menyucikan zat
Allah ta`ala daripada sebarang sifat yang tidak layak bahkan mustahil
untuk disandarkan kepada zat Allah yang Maha Agung. Dari sini para
ulama’ telah mentapkan bahawa Sifat al-Zat ini adalah azali (tidak ada
permulaan), dan baqa’ (tidak ada pengakhiran bagi Allah). Hal tersebut
berbeza dengan Sifat al-Af`al, ketika Allah ta`ala memiliki salah satu
daripadaSifat al-Af`al, maka lawan kepada sifat tersebut adalah tidak
mustahil bagi zat Allah ta`ala, bahkan ia menunjukkan lagi perihal
kehebatan dan keagungan Allah kerana mampu menciptakan dua perkara yang
berlawanan berdasarkan fungsi yang terkandung di dalam nama-nama dan
sifat-sifat yang telah ditetapkan oleh Allah ta`ala kepada zat-Nya yang
Maha Agung seperti; sifat al-Muhyi (Maha Menghidupkan), al-Mumit (Maha
mematikan), al-Dhar (Maha Memberi Bahaya) danal-Nafi` (Maha Memberi
Manfaat), al-Mu`thi (Maha Pemberi) dan al-Mani` (Maha Pencegah) dan
lain-lain. Di samping itu, para ulama’ mengatakan bahawa Sifat al-Af`al
itu adalah baqa’.[4]
Keempat ;
dari sekian banyak Sifat
al-Zat yang wujud tersebut, maka sifat dua puluh dianggap cukup dalam
memberi kefahaman kepada kita bahawa Allah ta`ala memiliki segala sifat
kesempurnaan dan maha suci Allah daripada segala sifat kekurangan. Di
samping itu, kesemua Sifat al-Zat yang telah terangkum dalam sifat dua
puluh tersebut, dari sudut fakta, telahpun ditetapkan berdasarkan dalil
al-Qur’an, al-Sunnah dan dalil-dalil aqli.[5]
Kelima ;
sifat dua puluh tersebut dianggap cukup kuat untuk menjadi benteng
kepada akidah seseorang daripada terpengaruh dengan faham yang keliru
atau menyeleweng dalam memahami sifat Allah ta`ala. Sebagaimana yang
telah kita maklum aliran-aliran yang menyimpang daripada fahaman Ahl
al-Sunah Wa al-Jama`ah seperti Wahhabi, Syiah, Muktazilah, Khawarij,
Musyabbihah, Mujassimah, Karramiyyah dan lain-lain telah menyifatkan
Allah ta`ala dengan sifat-sifat makhluk yang kesemua sifat tersebut
dilihat dapat meruntuhkan kesempurnaan dan kesucian zat Allah ta`ala.
Maka dengan memahami sifat dua puluh tersebut, iman seseorang akan
dibentengi daripada keyakinan-keyakinan yang menyongsang fahaman arus
perdana umat Islam berhubung zat Allah ta`ala. Misalnya, ketika golongan
mujassimah mengatakan bahawa Allah ta`ala itu duduk di atas `Arasy,
maka hal ini akan ditolak dengan salah satu daripada sifat Salbiyyah
yang wajib bagi zat Allah ta`ala iaitu; Qiamuhu Binafsih (Allah ta`ala
tidak berhajat kepada sesuatu), ketika musyabbihah mengatakan bahawa
Allah ta`ala memiliki anggota tubuh badan seperti mata, tangan, kaki,
muka, betis dan lain-lain, maka dakwaan tersebut akan ditolak pula
dengan sifat wajib bagi Allah ta`ala yang lain iaitu sifatMukhalaftuhu
lilhawadith (Allah tidak menyerupai sesuatupun), ketika golongan
Muktazilah menafikan kewujudan sifat ma`ani pada zat Allah ta`ala dengan
mengatakan bahawa Allah ta`ala maha kuasa tetapi tidak mempunyai
sifatqudrat, maha mengetahui tetapi tidak mempunyai ilmu, maha
berkehendak tetapi tidak mempunyai iradat, maka dakwaan songsang
tersebut akan ditolak dengan sifat-sifat ma`ani yang jumlahnya adalah
tujuh iaitu qudrat, iradat, ilmu, hayat, sama`, basar dan kalam.
Demikian pula dengan sifat-sifat yang lain.[6]
الْقَائِدَةُ:
"الْجَهْلُ بِالصِّفَاتِ يُؤَدِّيْ إِلَى الْجَهْلِ بِالْمَوْصُوْفِ مَنْ
لا يَعْرِفُ صِفَاتِ الله لا يَعْرِفُ الله".
Kaedah: “Jahil
tentang sifat (Allah) membawa kepada jahil dengan yang mempunyai sifat
(Allah), sesiapa yang tidak mengenal sifat Allah, tidak mengenal Allah
ta`ala”.
[1] KH. Muhyiddin Abd al-Somad (2009), Aqidah
Ahlussunnah Wal Jama`ah Terjemah dan Syarh Aqidah al-Awam, Jakarta:
Khalista Surabaya, h. 25.
[2] Al-Hafiz al-Bayhaqi (1959),
al-I`tiqad `ala Mazhab al-Salaf Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, Abu
al-Fadhl Abdullah Muhammad al-Siddiq al-Ghumari (ed.), Kaherah: Dar
al-`Abd al-Jadid, , h. 14.
[3] Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad
(3528), al-Hakim di dalam al-Mustadrak(1830) dan al-Tabarani di dalam
al-Mu`jam al-Kabir (10198). Al-Hafiz Ibn Hibban menilainya sahih di
dalam Sahih-nya (977).
[4] Al-Hafiz al-Bayhaqi(1959), op.cit.,
h. 15, 21 dan 22; Abu Mansur Abdul Qahir al-Baghdadi (1981), Usul
al-Din, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, h. 122-125. Dari sini dapat
kita fahami bahawa pernyataan sebagian kalangan beberapa tahun yang
lalu, bahawa untuk saat ini sifat Rahmah Allah ta`ala adalah lebih layak
ditekankan untuk diketahui daripada sifat-sifat yang lain, adalah tidak
ada asasnya. Ini adalah bertitik tolak daripada ketidakfahaman mereka
terhadap sifat al-Zat yang menjadi Syart al-Uluhiyyah dan Sifat al-Af`al
yang bukan Syart al-Uluhiyyah.
[5] Hasan al-Ayyub (2003), Tabsit al-`Aqaid al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Salam, h. 17.
[6] Lihat pernyataan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali tentang tujuan
mempelajari ilmu kalam menerusi kitabnya al-Munqidz min al-Dhalal, lihat
al-Ghazzali (1998), al-Munqidz min al-Dhalal, Abdul Halim Mahmud (ed.),
Kaherah: Dar al-Ma`arif, h. 36.
Wallahu a’lam .
*ALLAHU MAUJUDUN BILA MAKAN ,
#aswj ,