Followers

nuffnang

Showing posts with label lirik. Show all posts
Showing posts with label lirik. Show all posts

Wednesday, 2 August 2017

Sedih Dengan Dosa



hatiku tidak susah diwaktu aku dihina..
aku tidak bersedih diwaktu aku menderita
aku tidak sedih diwaktu aku disisih
jiwaku tidak menderita ketika aku ditohmah dan difitnah
aku ditohmah dan difitnah

aku tahu itu semua penghapusan dosa
tapi aku sedihkan dosa yang kulakukan
orang yang sepertiku ini
sudah pasti tidak terlepas daripadanya

yang aku sedihkan
kesalahan dan kesilapanku
bahkan dosa-dosaku  itu setiap hari memburuku

aku takut
pintu syurga tertutup buatku
pintu neraka terbuka untukku

aduh Tuhan
tidak ada erti kekayaan , kesenangan
kalau dosa tidak diampunkan..
itulah yang mengganggu selalu

wahai Tuhan..
jiwaku tidak tenang dibuai oleh dosa

DOSA-DOSA
itulah yang mengganggu fikiranku
Tuhan maafkan aku....
Tuhan ampunkanlah aku..

kalaupun bukan dengan rahmatMu
tapi dengan kemaafanMu
tapi dengan kemaafanMu..


SEDIH DENGAN DOSA
sebuah nukilan almarhum Ustaz Ashaari
dinyanyikan oleh Siti Fatimah Ashaari (anak perempuan beliau)

dengarkan...


Tuesday, 18 March 2014

Surat Cinta Tuhan buat hambaNya

Marilah kepadaKu
wahai hamba-hambaKu
Bersegeralah pulang ke pangkuanKu
Segeralah bertaubat selalu
Aku akan tetap menerimamu,
percayalah,
Aku tahu kamu semua hamba-hamba ciptaanKu
kamu adalah lemah
Kelalaian dan kealpaan adalah watakmu
Aku mahu akuilah kelemahan itu,
Setiap kali bersalah,
kamu datanglah kepadaKu
Kemudian mengakulah bersalah
Menangislah di depanKu
Tanda penyesalan yang tidak sudah
Kalau engkau lakukan lagi tanpa nawaitu
Menyesallah, merintihlah, menangislah
Ketahuilah wahai hamba-hambaKu
Rintihan orang yang berdosa
Lebih aku cintai daripada tasbih para auliya
Wahai hamba-hambaKu
jangan bertangguh-tangguh lagi
Siapalah yang tidak bersalah?
kamu adalah hamba
Tapi aku suka orang yang mengaku salah
Aku cinta kepada orang yang bertaubat
Minta ampunlah kepadaKu wahai hamba-hambaKu
Janganlah bertangguh-tangguh lagi
Aku tetap menerimaMu
Bukankah Aku Tuhanmu?
KasihKu kepada hamba-hambaKu
Lebih dari seorang ibu yang kasih
kepada anak-anakNya
Begitulah kehendak Allah
kepada hamba-hambaNya
Mengikut keterangan Al Quran dan As Sunnah

~FAT~

Friday, 25 November 2011

Kalau Menghadap Makanan

kalau engkau menghadap hidangan
fikirkanlah berapa ramai orang yang membuat jasa....
nasi jasa petani
ikan jasa nelayan
sedangkan mereka miskin.....
ada makanan dari jasa buruh2 kilang....
mereka miskin dan papa dari kita...
jika engkau berpakaian
ingatlah orang yang menyediakan
sedangkan gaji mereka tidaklah mencukupi
mereka melarat dan menderita
hidup mereka tidak seperti kita...
mereka lebih susah daripada kita...
ketika menaiki kereta ingatlah buruh-buruh kasar
sepatutnya engkau renung sejenak memikirkannya
engkau akan insaf
dan belas kasihan kepada mereka yang miskin...



Wednesday, 17 August 2011

Ajarkan Aku Tuhan


Tuhan jika aku masih sujud padaMu
menunjukkan Engkau masih memanggil aku..
Engkau masih lagi benarkan aku membesarkanMu
Namun aku sahaja tidak pandai beradab denganMu

Aku hambaMu memang tidak pandai beradab
tapi Engkau masih sudi menerima aku
begitulah rahmat dan kasih sayangMu
hanya aku sahaja tak pandai menerima rahmatMu

Tuhan ajarkanlah bagaimana beradab denganMu
agar aku dapat bersopan sesuai dengan kebesaranMu
aku takut setiap kali aku menyembahMu
aku derhaka denganMu tanpa disedari...

wahai Tuhanku ampunkanlah aku
kalau aku tidak pandai membesarkanMu Tuhan
maafkanlah aku tidak pandai beradab
begitulah hambaMu
selalu sahaja tidak beradab denganMu

Janganlah Kau putuskan hubunganku denganMu Tuhan
teruslah panggil aku untuk menghadapMu Tuhan
aku pula cuba membaiki hubunganku denganMu Tuhan
pimpinlah aku lagi agar pandai membesarkanMu

Tuhan ajarkanlah kepadaku
bagaimana beradab dalam sembahyangku 
agar Kau tak putuskan hubungan denganMu
kalau Kau putuskan musnahlah hidupku
Engkaulah sahaja harapan ku...

Vokal : Siti Fatimah Ashaari At-Tamimi
Mawaddah



Sunday, 14 August 2011

Bantulah Aku Melawan Nafsu( Help Me Fight Lust)


The one and only kumpulan nasyid Muslimah yang saya suka dan paling establish di Malaysia hingga ke pelusuk dunia adalah kumpulan nasyid Mawaddah. Bukan kerana suara mereka semata, tapi kerana lirik2 nasyid yang mendalam yang disampaikan..dan kena dengan jiwa ini..antara lagu yang paling saya suka adalah Bantulah Aku Melawan Nafsu daripada album Sembahyang. Nasyid berkaitan rintihan seorang hamba didalam sembahyangnya..liriknya penuh makna...kalau semua hamba punya rintihan dan rasa yang sama, alangkah indahnya..setiap kali solat, rasa hamba bertambah-tambah dan rasa cinta, takutkan Tuhan berganda-ganda..alangkah indahnya dunia yang sebegitu...kerana dari solat yang sempurna da khusyuklah akan lahirnya peribadi agung, dari peribadi-peribadi yang agung tadi akan terbentuklah masyarakat yang harmoni, berkasih sayang, bersatu padu dan hormat menghormati...bila agaknya kita akan miliki dunia seperti itu..?


psst:: ade masalah skit nak upload video-just watch here k>> http://www.youtube.com/watch?v=fSp_LDfq8HQ&playnext=1&list=PL899B7558A47F9990


Telah aku lawan nafsuku setiap waktu.. 
Kucuba berkali-kali kugagal lagi..
Aku tak putus asa kulawan lagi.. 
namun aku tak m
ampu ku kalah jua..


oh Tuhan bantulah aku, mudahkan aku.. 
Melawan nafsu ini yang merosakkanku 
agar aku tak terhalang untuk menujuMu 
kasihanilah aku jangan Kau biarkan aku..


Tuhan bantulah aku, kasihani aku, 
jangan biarkanku, bantulah aku selalu.. 
Aku tak putus asa.. 
Kutetap berjuang dengan mengharap bantuan dariMu..


Kalaulah Engkau terus membiarkanku, 
ku akan berterusan kelembah dosa. 
Oh Tuhan nafsu dan syaitan sering mengganggu aku.. 
Setiap hari ia memusuhiku ketika ku ingin mentaatiMu..


jangan biarkan aku keseorangan 
menghadapi syaitan dan nafsuku.. 
aku ingin mentaatimu  kuingin redhaMu...
kalau Kau biarkanku ku akan kecewa nanti..


Tuhan ku akan mencuba lagi 
melawan nafsuku dengan bantuanMu dan rahmatMu Tuhan
Di dalam sembahyang ini kuharapkanMu..
berikan padaku cinta dan takutkanMu 
sebagai pengawalku dari nafsuku.. 
Bukankah itu janjiMu kepada hambaMu..


Oh Tuhan bantulah aku menghayati sembahyangku 
Agar kudapat merasakan kebesaranMu.. 
Hingga aku tak membesarkan selainMu 
dengan rasa itu kuharap moga kudapat melawan syaitan dan nafsuku..


Tuhan dalam sembahyangku 
bersihkan jiwaku, lemahkan nafsuku 
selamatkanlah diriku..
suburkan rasa kehambaan
dan kekalkanlah rasa itu 
di dalam seluruh kehidupanku..


jangan biarkan aku keseorangan 
menghadapi syaitan dan nafsuku.. 
aku ingin mentaatimu  kuingin redhaMu...
kalau Kau biarkanku ku akan kecewa nanti..


Tuhan ku akan mencuba lagi melawan nafsuku 
dengan bantuanMu dan rahmatMuTuhan




Do help me fighting lust
I had fought my lust every moment
I tried many times yet I failed
I didn't give up and I fought again
But I couldn't afford
I failed at last

O Lord, do help me, make easy for me
To fight this lust that is destroying me
May I'm not halted to reach You
Please help me Lord
Have mercy on me, don't let me be

Lord, do help me
Have mercy on me, don't let me be, do help me always
I don't give up, I keep on fighting by hoping help from You

Should You let me be on my own
I'll ceaselessly be in the sinful valley
O Lord, lust and satan always irritate me
Everyday they hold grudge on me whenever I want to be diligent to You

Don't leave me alone
Facing satan and my lust
I want to obey You, I want Your Please
Should You let me be, I'll be down then
Lord I'll try again fighting lust by Your help and Your blessing Lord

In this prayer I count on You
Do bestow upon me love and fear to You
As my guardians from my lust
Isn't it Your Promise to Your slaves?

O Lord, help me focus in my prayer
May I could feel Your Mightiness
Till I see everything is small, but You
By that feeling I hope at last I'll be able to fight satan and my cunning lust

Lord, in my prayer, clean up my soul, make feeble my lust
Do save myself, cultivate feeling of slavery in me
Make it stay put for my entire life



Sunday, 24 July 2011

Berjalan Tanpa Henti Devotees

Nasyid yang bagus dan menyuntik semangat buat diri yang semakin tenggelam punca...Syukran Devotees!




Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

Thursday, 13 January 2011

Menangislah Selalu

Menangislah selalu nasib kita belum tahu
Walaupun dalam petunjuk belum tentu diterima
Kita patut selalu pilu mengenang nasib sendiri
Kematian belum tentu apakah dalam iman
Ataupun sebaliknya

Kita patut selalu pilu walaupun kita beramal
Belum tentu diterima
Walaupun dalam petunjuk apakah sampai kehujung
Kita tiada masa ketawa
Walaupun kita bertaubat belum pasti diterima

Menangislah selalu
Penutup umur kita belum tahu
Pintalah kepada Tuhan 
agar petunjukNya sampai ke sudah

Menangislah selalu nasib kita belum tahu
Walaupun dalam petunjuk belum tentu diterima
Walaupun dalam petunjuk belum tentu diterima

Mawaddah (Album Hikmah Haji )


Saturday, 23 October 2010

Pergi Ke Mekah

PERGI KE MEKAH BUKAN SAJA BERIBADAH
TAPI PERGI BELAJAR 
SERTA MENGAMBIL HIKMAHNYA
MENANAM SEMANGAT BERKORBAN
SEPERTI NABI ALLAH ISMAIL 
DAN SAIDINA IBRAHIM
MENIRU KESABARAN SITI HAJAR
MENYONTOHI TAATNYA PADA SUAMI
TAWAKALNYA SITI HAJAR PERLU DITIRU
SIFAT MAHMUDAH YANG PERLU
TERUTAMA PARA ISTERI YANG SOLEHAH
DIA DIANTARA SERIKANDI ISLAM
YANG PATUT DICONTOHI SELAIN SITI FATIMAH
DAN PARA ISTERI RASUL ATAU UMMUHATUL MUKMININ
PERGI KE MEKAH 
KENANGKANLAH SEJARAH RASULULLAH SAW
BERSUSAH PAYAH MEMBANGUNKAN ISLAM
KEPADA UMMAT
BERHADAPAN DENGAN CABARAN, 
BERGELUT DENGAN KESUSAHAN
NAMUN DEMIKIAN 
BAGINDA TIDAK MENYERAH KALAH
SEMANGAT INILAH YANG PATUT 
DIBAWA BALIK SELEPAS HAJI 
AGAR PERJUANGAN ISLAM DITANAH AIR 
MENYEMARAK LAGI
BERSABAR DAN TABAHLAH DENGAN UJIAN 
SEPERTI SEMANGAT 
YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH NABI
DARI MEKAH DAN MADINAH
CONTOHILAH PENGORBANAN NABI SAW 
BANGUNKAN ISLAM DENGAN HARTA 
DAN JUA JIWA RAGA
JANGANLAH TAKUT
JANGANLAH GENTAR
MENERIMA RISIKO YANG ADA
DEMI REDHA ALLAH 
AGAR TERHINDAR DARI SIKSA NERAKA..

-mawaddah-

Monday, 18 October 2010

Cintailah Tuhan

Ya Allah Anta Illahi
Ya Allah Anta Hafizi
Ya Allah Anta Habibi
Anugerahkanlah Cintaku Kepadamu 2x

Cintailah Tuhan Pencipta Kita
Dia Adalah Sahabat Yang Setia
Tak Pernah Khianat Walau Sekelip Mata 2x

Diwaktu Kita Tidur
Dialah Yang Menjaga
Kemana Kita Pergi
Dan Dimana Berada

Dia......
Bersama Kita Dimana Sahaja

Tuhan Pemelihara Kita
Penjaga Yang Maha Setia
Ingatilah Dia Sepertimana
Dia Tidak Pernah Melupakan Kita

Tuhan Adalah Segalanya Buat Kita
Janganlah Bimbang Dan Ragu KepadaNya
Serahlah Diri Kita Kepada Tuhan
Kita Tidak Akan Dikecewakan

Memintalah Kepadanya
Dalam Semua Perkara
Tawakallah PadaNya
Dia Penjamin Kita

Dia......
Yang Maha Kaya,
Yang Maha Kuasa
Tuhan Kawan Yang Maha Setia
Pembela Yang Maha Sempurna

Cintailah Dia
Dan Bawalah Dia
Dalam Hidup Kita Setiap Masa

Cinta Tuhan Cinta Yang Abadi
Membawa Bahagia Hakiki
Cintailah Dia Dan Perjuangkannya
Kita Akan Hidup Aman Bahagia

Tuesday, 14 September 2010

Tuhan Terimalah Ibadahku.

Tuhan 
Terimalah ibadahku yang tidak sempurna 
Ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya 
Tapi apakan daya 
Ini yang kumampu persembahkannya kepadaMu 

Telah kucuba sepenuh hati 
Tapi masih tidak mampu sempurna 
Aku harap dengan RahmatMu 
Terima jua ibadahku 
Aku tetap tidak jemu 
Kuteruskan walau tidak meningkat 
Aku tetap istiqamah 

Kasihanilah aku wahai Tuhan 
Hamba yang lemah ini 
PengampunanMu yang kuharapkan 
Siapa lagi yang akan membelaku 
Kalau Engkau tidak membelanya 

Akukan hambaMua jua 
Aku ciptaanMu juga 
Kalau Engkau selamatkan 
Engkau tidak akan rugi 
KebesaranMu akan tetap sempurna 
Ampunilah wahai Tuhan segala dosaku..

Kasihanilah aku wahai Tuhan 
Hamba yang lemah ini 
PengampunanMu yang kuharapkan 
Siapa lagi yang akan membelaku 
Kalau Engkau tidak membelanya 

Akukan hambaMua jua 
Aku ciptaanMu juga 
Kalau Engkau selamatkan 
Engkau tidak akan rugi 
KebesaranMu akan tetap sempurna 
Ampunilah wahai Tuhan segala dosaku..
Ampunilah wahai Tuhan segala dosaku..

Tuesday, 7 September 2010

Betulkan Sembahyang!

Kebaikan seorang hamba itu
Bermula daripada sembahyangnya
Dari situ bermula segalanya
Kebaikan dunia dan akhirat yang diidamkan

Apabila sembahyang tepat lahir batinnya
Tuhan anugerahkan rahmat dan berkat
Tuhan akan masukkan hidayah ke dalam hatinya
Jadilah peribadi agung

Akhlak yang mulia lahir dari sembahyang
Yang dihayati dan tepat syarat rukunnya
Kerana itulah betulkan dulu sembahyang
Sebelum yang lainnya

Sembahyang tiang agama..Sembahyang ibu ibadah..Sembahyang sumber kebaikan..

Belajar bersuci dengan tepat adalah wajib dilakukan
Supaya sembahyang kita tepat
Kerana bersuci salah satu syarat
Sahnya sembahyang

Sucikanlah diri dari hadas
Sucikanlah diri dari najis
Sucikanlah hati dari segala sifat jahat
sebelum menghadap Tuhan

Lalu sembahyanglah dengan khusyuk
Mmenghadap Tuhan Cinta Agung
Faham dan hayatilah apa yang dibaca

Dirikan lah sembahyang Betulkanlah sembahyang Hayatilah sembahyang

Pada orang yang khusyuk sembahyangnya
Allah Taala akan bersihkan jiwanya
Sabar, redha dan tawakkalpun berbunga
Segala sifat terpuji menghiasi dirinya

Itulah antara peranan sembahyang
Jika benar-benar dirasakan
Kita menghadap Tuhan Yang Maha Agung
Raja segala raja

Hanya pada Allah kita menyembah
Hanya pada Allah kita memuja
Hanya pada Allah kita bergantung
Dan meminta-minta

Allah yang Maha Besar, Allah Yang MahaKuasa, Allah Yang Maha Pemurah

Janganlah kita anggap jiwa manusia
Boleh dibersihkan tanpa sembhayang
Jika sembahyang sudah mula dicuaikan
Atau tiada penghayatan

Maka seluruh pintu kebaikan
Akan tertutup dan terhalang
Kerana kita telah memutuskan
Hubungan dengan Allah

Dirikanlah sembahyang, betulkanlah sembahyang, hayatilah sembahyang

Mawaddah ; Betukanlah Sembahyang
Album; Sembahyang Membina Peribadi Agung
Vokal; Khaulah Ashaari

Friday, 27 August 2010

Keberkatan Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan yang mulia
Bulan berkat, bulan pahala
Bulan rahmat, bulan maghfirah
Bulan yang diuntukkan ummat Muhammad

Berpuasalah dan beribadahlah
Terawih kerjakan walaupun sunat
Jangan disiakan bulan ini
Ia datang setahun sekali

Bulan Ramadhan Quran diturunkan
LailatulQadar di satu malamnya
Beribadahlah di malam dan siangnya 
Pahala yang besar di malam terjadinya

Bacalah Al-Quran 
Tadabbur lah isinya
Ia adalah panduan hidup kita
Jika ditinggalkan sesatlah kita
Didunia rugi, akhirat neraka

Bulan Ramadhan bulan yang dinantikan
Bulan yang dirindu kedatangannya
Kerana inginkan mendapat fadilatnya
Sampai masanya jangan disiakan

Lebihkan sedekah di bulan yang mulia ini
Jagalah larangan syariat dengan sungguhnya
Agar pahala Ramadhan tidak dihapuskan 
Moga-moga iman dan takwa bertambah teguhnya..

Thursday, 26 August 2010

Hikmah Ramadhan

Pada bulan Ramadhan
Ada hikmah puasa, ada hikmah Al-Quran,
ada hikmah ibadah, ada Lailatul Qadar
Kalau kita berpuasa mengikut aturannya
Kita baca Al-Quran, faham kehendaknya,
sungguh indah rasanya
Kita berpuasa dapat menyelam rahsia
Akal kita cerah, jiwa kita hidup, fizikal kita cergas

Pada bulan Ramadhan 
Kekuatan itu ada
jika dapat kita tempuh dengan sebaiknya
Ketiga-tiga anggota kita ada peranannya
Moga kita menjadi orang yang terpelihara

Itulah rahsia Ramadhan yang tersembunyi
Ia tidak dapat dilihat dengan mata kepala
Ia hanya dapat dilihat dengan mata hati
Berbahagia orang mendapat segala hikmahnya..

Irfan

Sunday, 25 July 2010

Pengaduan Pada Tuhan..

Tuhan, Kau telah memberitahu kami 
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu..
Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi
Firqah sesat 72 banyaknya
AlQuran dijadikan barang dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan
Tuhan, kekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana
Tuhan, NabiMu terus bermadah;
Ilmu akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan
Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang


Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
Ulama' yang memandang dunia
Tabiatnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya
Tuhan, NabiMu menyambung lagi 
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli


Tuhan, penutup kata kami ceritakan
Dari lidah Nabi, KekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari 
Ibarat mencari berlian berharga


Tuhan, kekasihMu menjanjikan
Kedatangan Mujaddid baru
Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah Tuhan penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak akan soleh dan solehah
Kebenarankan pasti terbukti..

Friday, 26 February 2010

untukkmu rasulullah

sejarah rasulullah telah memperlihatkan
penderitaan yang tiada tara bandingan
luar biasanya dirimu rasulullah,
tiada kecewa apa lagi putus asa

sebak di dada menahan resah di jiwa
mengalir air mata mengenang perjuanganmu
ujian demi ujian ditimpa ke atas mu
dibuang, dipinggir, dihina oleh kaummu

sabarmu, tabahmu
menghadapi karenah umatmu
kau korbankan segala-galanya,
demi keselamatan manusia

demi kerana tuhan engkau tenang
yakin dan sangat bertawakal pada tuhan
sangat dalam rasa kehambaan
dalam derita sengsara yang menimpa
kau tetap mendidik semua manusia
ya rasulullah
oh agungnya..

begitu lama menunggu janji tuhan
barulah mendapat kemenangan dari tuhan
begitulah perjuangan rasulullah
penuh penderitaan dan kesengsaraan