Followers

nuffnang

Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

Thursday, 18 September 2014

Apakah engkau benar-benar kenal Nabimu?


Iaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani, maknawi dan rohaniahnya?
Jika engkau kenal peribadi nabimu pasti engkau akan jatuh hati padanya.
Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya melalui selawat dan ingatan terhadapnya.
Engkau akan terasa terhutang budi padanya, kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.
Muhammad SAW nabimu, seorang manusia teristimewa. Luar biasa yang tiada taranya. Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala.
Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas, agar engkau kenal nabimu sendiri. Siapa dia yang sebenarnya? Dia adalah Muhammad anak lelaki Abdullah, ibunya Aminah, bangsa Quraisy dari Bani Hashim. Nasabnya hingga ke nabi Ibrahim.
Dia adalah anak yatim piatu: seorang anak yang tidak pernah bermanja pada ibu dan bapanya seperti orang lain.
Dia lahir dari keluarga yang miskin dan dipelihara pula oleh keluarga yang miskin.
Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai Tuhan; iaitu yang diberi nama Nur Muhammad.
Dari Nur Muhammad itulah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan: Syurga, Neraka, dunia, akhirat, para malaikat, arasy, kursi, sirat, manusia, jin, haiwan jamadat dan lain-lainnya.
Ertinya kalau bukan kerana Nabi Muhammad SAW, yang lain tidak akan diwujudkan.
Kalau begitu, rupanya nabi kita membawa rahmat zahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan.
Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad di kalangan para nabi. Dia adalah satu-satunya nabi yang diisra’kan dan dimi’rajkan.
Mukanya laksana bulan purnama kerana cahanya yang terang. Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan. Kerana itulah dia dipanggil Habibullah oleh Allah, ketua para rasul dan para anbiya, penghulu seluruh orang yang bertaqwa, imam seluruh manusia.
Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat. Orang yang memberi syafaatul kubro di akhirat dan orang pertama masuk syurga.
Al-Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap mukjizatnya yang kekal dan paling agung. Tiada siapa yang dapat menirunya.
Dia memiliki dunia dan akhirat sekalipun dia tidak boleh membaca dan menulis.
Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia yang tiada taranya. Bahkan lebih mulia dari para malaikat. Terutamanya kasih sayangnya kepada manusia begitu terserlah.
Tawadhuknya atau merendah diri pakaian peribadinya. Kerana itulah dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan fakir miskin, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah.
Tiada seorang pun yang melihat mukanya melainkan jatuh cinta padanya. Bahkan macam orang mabuk yang tidak boleh melupakannya. Sangat kasih dan simpati pada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda.
Pemurahnya laksana angin kencang yang sangat lajunya. Orang yang bergaul dengannya macam-macam yang dapat dirasa. Adakalanya macam ibu dan ayah, adakalanya macam kawan yang membela dan setia, adakalanya dirasakan guru, adakalanya bagaikan pemimpin, adakalanya bagaikan ketua tentera.
Setiap orang yang semajlis dengannya merasakan dapat layanan yang memuaskan darinya. Kerana akhlaknya yang tinggi dia dapat pujian dari Tuhannya.
Keberaniannya luar biasa. Dia boleh lalu seorang diri di hadapan musuh-musuhnya. Tidak sedikitpun rasa takut dengan raja-raja.
Setiap orang yang meminta tidak pernah dikecewakan, sekalipun terpaksa berhutang dengan manusia.
Ibadahnya banyak terutama sembahyang hingga bengkak-bengkak kakinya kerana terlalu lama berdiri di hadapan Tuhannya.
Tidak mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan. Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada sesiapa sahaja. Satu perbuatan yang luar biasa. Tidak menghina, mencaci, dan merendah-rendahkan orang lain. Sangat pemalu dan merendah diri, sangat menerima keuzuran orang.
Sangat tahan menerima ujian berbagai-bagai keadaan dan bermacam-macam bentuknya. Kerana itulah dia dapat menjadi ketua ‘ulul azmi daripada keseluruhan para rasul alaihimusolatuwassalam.
Dia juga suka kepada seseorang kerana Allah dan murka juga kerana Allah.
Hatinya begitu jaga, matanya sahaja yang tidur tapi hatinya tidak tidur. Kerana itulah dia tidur tidak membatalkan wudhuknya. Di dalam hidupnya 74 kali berlaku peperangan, 27 kali dia ikut sama atau turut serta. Tapi pelik, tidak pernah dia membunuh musuh- musuhnya walaupun seorang.
Anak-anak didikannya, itulah dia para sahabat hingga dia berkata: “Sahabat-sahabatku laksana bintang di langit, yang mana satu kamu ikut, kamu akan mendapat petunjuk.”
“Para ulama umatku laksana para nabi kepada Bani Israil”. Jolokan ini tidak didapati oleh umat-umat nabi sebelumnya. Kerana menegakkan kebenaran, pernah dilemparkan dengan najis, dibaling dengan batu hingga berdarah, dibuang daerah selama tiga tahun, dikepung hendak dibunuh, berhijrah meninggalkan tanahair dan mendapat berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan.
Kemuliaannya di sisi Allah Taala begitu ketara dan terserlah, iaitu namanya dikepilkan dengan nama Tuhannya. Iaitu di dalam dua kalimah syahadah. Bahkan tidak sah Islam seseorang kalau tidak diucapkan namanya bersama dengan nama Tuhannya.
Doa yang hendak dikabulkan, awal akhir kenalah menyebut namanya. Doanya sangat kabul, bahkan siapa yang hendak berdoa, dengan bertawassul dengannya lebih diterima doanya. Siapa yang banyak bersalawat dengannya diberi syafaat di akhirat. Siapa yang selalu menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat.
Mukjizat-mukjizatnya yang terlalu banyak, menunjukkan kebenarannya. Tertulis di belikatnya khatamun nubuwwah.
Peluhnya bak mutiara, wanginya lebih wangi dari kasturi. Orang tidak dapat menentang matanya kerana kehebatannya amat terserlah di wajahnya. Terutama musuh-musuhnya, pasti menundukkan pandangannya bila bertembung dengan pandangannya. Banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka oleh Allah Taala kepadanya. Sehinggakan sebahagian perkara yang belum terjadi seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakannya.
Terlalu kuat tawakalnya kepada Allah Taala. Hinggakan makanan yang berlebihan tidak disimpan di malamnya. Bahkan diberi pada yang berhak. Apabila dia membuang air tiada kesannya selepas membuangnya. Lalat tidak pernah hinggap pada badannya. Kalau dia berpaling, dia berpaling dengan seluruh badannya. Tidak makan seorang diri melainkan berkawan. Kalau dia tidak suka dia tidak makan makanan itu. Sangat menghormati dan memuliakan tetamunya. Terlalu menjaga hak-hak jirannya walaupun orang kafir. Terlalu mengutamakan orang lain dari dirinya sendiri. Tidak pernah melaknat sesiapa sekalipun binatang.
Apa yang diperkatakan ibarat mutiara. Kerana itulah sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya. Didikan dan pimpinannya sangat berjaya.
Diantara kesan didikan dan pimpinannya yang telah berlaku, yang telah dicatat di dalam sejarah. Dapat melahirkan orang yang sangat takut kepada Allah Taala. Bahkan Tuhan dijadikan idola mereka. Dapat menyatukan manusia yang berbagai-bagai etnik, puak, kaum, bangsa, dan yang berlainan warna kulit, bahasa dan budaya. Bahkan dapat menanamkan kasih sayang satu sama lain di kalangan manusia. Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya. Berjaya melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya. Mampu menjadikan dunia bersih daripada noda dan dosa. Berjaya menjadikan orang merasa berpuas hati di bawah naungan pimpinannya sekalipun yang bukan islam. Mereka merasakan dia seorang pelindung dan penyelamat kepada seluruh makhluk sekalipun binatang.
Itulah dia Muhammad SAW. Itulah dia nabi kita, manusia luar biasa, yang istimewa, yang kejadian dan akhlaknya yang paling sempurna tiada tandingannya. Baru sedikit sahaja kita menceritakan tentangnya sudah mengkagumkan kita. Apakah peribadi sebegini tidak menjatuhkan hati padanya?
Apakah manusia ini kita boleh lupakan begitu sahaja? Apakah kita tidak terasa dia adalah manusia yang terlalu berjasa kepada seluruh manusia? Apakah kita tidak terasa terhutang budi padanya? Bahkan patut bersyukur padanya setiap masa. Bolehkah kita samakan dia dengan pemimpin-pemimpin lain di dunia? Jauh panggang dari api, macam langit dan bumi.
Lantaran itulah, orang yang benar-benar kenal nabinya dan Tuhannya, sanggup mati kerananya. Patut sangatlah dia menjadi idola dan ikutan kepada kita. Agar kita menjadi bangsa yang bertuhan, merdeka, bersatu, berakhlak mulia, bertamadun, berkasih sayang, bertolong bantu, berharmoni, bermaruah, bersih dari noda dosa. Allah dan akhirat menjadi matlamat hidup kita.

Thursday, 24 July 2014

HUKUM MELETAKKAN DAUN DAN BUNGA DI ATAS KUBUR



Pusara almarhum abahku..alfatihah

JAWAPAN AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH : 

Firman Allah : Bertasbih kepada Allah apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi (Surah at Taghabun 64:1)

1. Nabi Muhammad shallallaahu 'alaihi wa sallam menyarankan agar di atas kuburan diletakkan pelepah kurma sebagaimana dalam sebuah hadits

"Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang dari padanya disiksa kerana dahulu dia suka membuat fitnah dan seorang lagi disiksa kerana tidak menghindari diri daripada percikan air kencing. Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu baginda menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini dapat meringankan seksanya selagi ia belum kering." (Riwayat Bukhari, no: 1378 dan Muslim, no: 292)

2. Para Ulama menngqiyaskan/menyamakan pelepah kurma dalam hadits di atas dengan segala macam tumbuh-tumbuhan yang masih basah sebagaimana yang di jelaskan oleh Syaikh Al-Khathib Asy-Syarbini dalam kitab Mughni Al-Muhtaj

ويسن أيضا وضع الجريد الأخضر على القبر وكذا الريحان ونحوه من الشيء الرطب ولا يجوز للغير أخذه من على القبر قبل يبسه لأن صاحبه لم يعرض عنه إلا عند يبسه لزوال نفعه الذي كان فيه وقت رطوبته وهو الاستغفار ( و ) أن يوضع ( عند رأسه حجر أو خشبة ) أو نحو ذلك لأنه صلى الله عليه وسلم وضع عند رأس عثمان بن مظعون صخرة وقال أتعلم بها قبر أخي لأدفن إليه من مات من أهلي رواه أبو داود وعن الماوردي استحباب ذلك عند رجليه أيضا

“Disunnahkan menaruh pelepah kurma hijau (basah) di atas kuburan, begitu juga tumbuh-tumbuhan yang berbau harum dan semacamnya yang masih basah dan tidak boleh bagi orang lain mengambilnya dari atas kuburan sebelum masa keringnya karena pemiliknya tidak akan berpaling darinya kecuali setelah kering sebab telah hilangnya fungsi penaruhan benda-benda tersebut dimana selagi benda tersebut masih basah maka akan terus memohonkan ampunan padanya

3. Dalam kitab Fatawa al Hadithiah m/s 196 disebutkan :

" Para ulama beristinbath daripada perbuatan Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam mencacakkan dua pelepah tamar di atas kubur, untuk bolehnya mencacak pokok dan bunga tetapi mereka tidak menerangkan caranya. Walau bagaimanapun, di dalam hadits sahih disebutkan bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam mencacak satu cacakan pada setiap kubur, maka bolehlah diambil pelajaran, ia merangkumi semua bahagian kubur. Maka tujuan yang boleh diambil daripadanya ialah di mana-mana bahagian kubur pun boleh. Abdul bin Humaid dalam Musnadnya bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam meletakkan pelepah itu di atas kubur di sisi kepala mayat di kubur tersebut "

4. Syeikh Atiyah Saqar (iaitu seorang Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar) berkata: “Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah Allah SWT. Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah SWT.

Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.

5. Menyiram air di atas kuburan dan meletakkan daun-daunan yang hijau (segar) hukumnya sunnah, khususnya untuk kuburan yang baru ditimbun. Dalam sebuah riwayat, Rasulullah saw memerciki kuburan puteranya tercinta Ibrahim dengan air dan meletakkan daun-daunan yang segar di atasnya (Riwayat Imam Syafi'i, Nailul Authar : 4/84).

6. Di bolehkan menaburkan bunga-bunga segar yang masih basah di atas kuburan2 ,‘karena hal ini(menaburi bunga) dapat meringankan siksaan mayat akibat bacaan tasbih tanaman/bunga diatas pusara tersebut.Lihat ; I’aanah at-Thoolibiin : II/120

يُسَنُّ وَضْعُ جَرِيْدَةٍ خَضْرَاءَ عَلَى الْقَبْرِ لِلْإ تِّباَعِ وَلِأَنَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُ بِبَرَكَةِ تَسْبِيْحِهَا وَقيِْسَ بِهَا مَا اعْتِيْدَ مِنْ طَرْحِ نَحْوِ الرَّيْحَانِ الرَّطْبِ

Disunnahkan meletakkan pelepah kurma yang masih hijau di atas kuburan, karena hal ini adalah sunnah Nabi Muhammad Saw. dan dapat meringankan beban si mayat karena barokahnya bacaan tasbihnya bunga yang ditaburkan dan hal ini disamakan dengan sebagaimana adat kebiasaan, yaitu menaburi bunga yang harum dan basah atau yang masih segar.(I’anah al-Thalibin, juz II, hal. 119)

Wallahua'lam

Monday, 21 July 2014

Sembah Kaabah ke sembah Allah?

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?" ...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak....."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah...... selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
Ini pula kata2 sahabat nabi berdebat dan mmberi perumpamaan. org kafir mengatakan dimana kah Allah? sedangkan kami (org2 kafir) nampak dan boleh menyentuh tuhan kami. sahabat pun bg perumpamaan.. "saudara tahukah dimana nye letak NYAWA saudara?.
Anda boleh copy dan share untuk perkongsian
Insyaallah
P/S: (" Kaabah merupakan kiblat bagi manusia di bumi ini. Ia juga melambangkan kesatuan manusia dan perpaduan ummah. Hakikat sebenarnya, orang Islam tidak menyembah kaabah, sedangkan kaabah sendiri adalah makhluk Allah S.W.T Orang Islam adalah menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa. Orang Islam diperintahkan untuk menghadapkan dirinya kepada kaabah bagi menunjukkan perpaduan dan kekuatan.
Jom kita bayangkan orang yang solat di atas kapal terbang, adakah dia perlu berbongkok untuk mengadap kaabah yang berada di bawah? Tidak, bahkan dia wajib untuk berdiri tegak dan perlu mengadap kaabah pada permulaan solat sahaja. Jika kapal terbang itu berpusing ke arah bertentangan Kaabah, orang yang bersolat itu tidak perlu lagi berpusing ke arah kaabah. Solatnya sudah sah walaupun tidak mengadap kaabah. Wallahu'Alam.")
-ab-

Ketika Islam Kembali Menjadi Asing

Akan tiba suatu masa, ketika Islam kembali menjadi asing, seperti ketika dulu pertama kali diperkenalkan oleh Rasulullah
Akan tiba masa, ketika umat membela maksiat dan memusuhi kebaikan.
Akan tiba masa, ketika kebaikan diangggap aneh dan memalukan, sedangkan kemaksiatan dianggap biasa, keren dan modern
Akan tiba masa, ketika umat penuh semangat mengerjakan bid'ah, dan malas-malasan menerapkan sunnah.
Akan tiba masa, ketika orang yang menerapkan ajaran Islam disebut sesat, sedangkan orang yang mengerjakan kemungkaran dipuja-puja.
Akan tiba masa ketika tokoh-tokoh yang jauh dari agama dipuja-puja, sementara para ulama dicaci-maki.
Akan tiba masa, ketika aliran sesat dibela-bela, namun Islam yang lurus disebut fundamentalis, teroris, dan sebagainya.
Akan tiba masa, ketika umat lebih percaya kepada tradisi ketimbang dalil Al Quran dan Hadits.
Akan tiba masa, ketika umat marah dan ngamuk-ngamuk saat tokoh idola mereka dikritik. Tapi mereka santai saja ketika Rasulullah dihina.
Akan tiba masa... ah... apakah masa itu sudah tiba dan kita sedang terlibat di dalamnya?
Semoga kita tetap berada di jalan yang lurus, yang sesuai Al Quran dan Sunnah, walau semua orang berkata kita gila, aneh, teroris, fundamentalis, dan sebagainya.
Penilaian terbaik hanya dari Allah semata.
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasingkan itu.” (HR. Muslim no. 208)
Jakarta, 16 Juli 2014
Jonru

Thursday, 17 July 2014

#cdm25 Kerana Mulut Badan Binasa



tau kan apa makna ni?
alkisah amukan steering lock oleh pemandu sebuah pijou CDM25 yang menjadi viral di laman sosial.
Malah pihak polis pun sudah membuka kertas siasatan walaupun apek yang dicari pasal tu tidak membuat laporan. Tetapi memandangkan video itu ada, boleh dikategorikan sebagai bukti kukuh, menurut ketua polis negara.
Kes disiasat di kategorikan sbg jenayah buli jalanraya
Kan dah gelap masa depan??
Bukan setakat tu, video yang menjadi viral ni telah menyebabkan pemilik pijou cdm25 tu dihina, dicaci, dikritik tanpa tapisan lagi sehingga dipanggil bit**! 
Astaghfirullah..
Nauzubillah..

ya tak dinafikan dia bersalah dengan pakcik tua berusia 68 tahun itu dengan cara
-biadap menengking orang tua
-merampas kunci
-menggunakan kekerasan dengan steering lock
-menghentak kereta pakcik dengan steering lock
-menyebut sesuatu tentang bangsa cina(rasis)

salah kan? semua yang dilakukannya salah..lebih2 lagi merenung wajah tua apek itu..
 tak terbayang jika arwah bapaku masih hidup dan ditengking dikhalayak seperti itu..
apalah daya seorang tua hendak melawan?
malah elok sahaja uncle itu menjawab, dibalas dengan tengkingan..
mana pergi keluhuran akhlak seorang muslimah bertudung?
mana perg kelembutan seorang gadis melayu ?
mana hilang adab orang timur??

Yang jadi menambah sedih tu bila baca komen2 sebangsa, seagama..
kerana perbuatan wanita itu memalukan orang Islam yang berpuasa,
dan muslimah bertudung.
lantas dia dihukum
dengan hukuman cyber bullying
siap buat page FB,
siap korek segala gambar dia-diedit pelbagai cara,
maklumat kereta, bisnes,
malah kereta dijejak sehingga ke rumah!
semuanya menjadi bahan tohmahan dan hinaan...

ada paparazzi menjejak sehingga ke rumah orang tuanya di jengka pahang

 Kata KJ

Kata Ustaz..


Jadi lets move on..
udah2 le..
bulan puasa ni nak tambah amal
bukan lagi sedekah pahala kita yang sikit ni kat kiki

to sis kiki
im sorry if i ever talk bad about you..
hope this incident will make u know how to be down to earth like that uncle..







Doa Ramadan

Share
sumber: FB

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya 'Alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirMu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua.. justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya Aziz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.

Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya Malikal Mulk…

Ya Razak..ya Fattahu ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp golongan yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya Zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgaMu yg maha luas nikmatnya…

Tuesday, 8 July 2014

Masjid Ini Sudah Tidak Berazan Sejak 1996, Seluruh Penduduk Kampung Murtad!

Laporan Jemaah Doktor Rosmadi Nawi 07-07-14
SEJAK 1996 MASJID TIDAK DIAZANKAN LAGI
100% Penduduk Kampung itu telah di murtadkan
KITA ASYIK GADUH PASAL PENGEMIS..SAUDARA KITA LUPAKAN
Kita asyik berpolitik mencari salah musuh politik kita. Tapi nasib umat Islam di pedalaman Sabah kita lupakan. Jika mahu bersedekah, di sinilah tempatnya. Kita gagal pertahankan agama saudara kita kerana kita tidak pedulikan iman, makan minum mereka. Mari kita ikuti kisah Dr Rosmadi yg kini di bulan Ramadhan sedang berdakwah di negeri Sabah.
Doktor Rosmadi Nawi salah seorang Doktor Mata yg byk menghabiskan masa berkorban di jalan Allah dan jemaah Doktor Rosmadi sekarang sdg bergerak selama 40 hari di Sandakan.
Ceritanya, “Menjejaki masjid yg sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan. Kampung tersebut terletak kira2 setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dlm hutan tersebut ada tinggalan masjid. Setelah meredah semak sejauh kira2 70m dari jalan ternampak samar2 bangunan usang di sebalik semak samun.
“Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dlm dgn terpaksa meredah serpihan bumbung yg runtuh dan kotoran yg bertimbun di dalam masjid tersebut. Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dlm masjid itu. Jemaah kami, Badrul Munir melaungkan azan dgn sayu kemudian kami solah sunnat 2 rakaat di rumah Allah yg telah hampir 20 tahun kesepian. Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yg termampu, kami beredar dgn perasaan sedih.”
Usaha gigih missionary Kristian yg bertubi2 di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri. Masjid itu kali terakhir digunakan pada tahun 1996. Mengapa ia berlaku?
Ianya berlaku apabila umat Islam sbg pendokong agama yg haq tidak menjalankan tugas mereka yg sebenarnya sebagai Dae’i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak dan memainkan peranan mereka. Kita alpa mencari salah musuh politik hingga agama lain mengambil kesempatan ke atas kita.
Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae’i…… InsyaAllah…
Coretan Dr. Rosmadi Nawi (Disunting oleh saya sendiri)..Jazakallah Maulana Ali.


Monday, 7 July 2014

Charity Right- Bantu Kami Selamatkan 5 Juta Nyawa

Assalamualaikum wbt..salam ramadan buat muslimin dan muslimat, 

bagaimana juadah berbuka dan sahur kalian? ada terlebih? ada terbuang?

Suka diingatkan bahawa di kebanyakan tempat di dunia ramai yang MATI akibat kebuluran. 

Marilah bersama-sama menderma dan menyertai projek di bawah Mercy Mission International.

Projek: Charity Rights
Deskripsi: Program makanan antarabangsa yang membekalkan bantuan makanan kepada manusia2 kebuluran di tempat-tempat terpencil di seluruh dunia.
Metod: Team 300 Home, Iftar4Charity, , Bucketeers.
Negara Penerima Sumbangan: Malaysia, Indonesia, Bangladesh, India, Sudan

Saya bukan wakil Mercy Mission, tetapi saya sudah berdaftar sebagai Bucketeer. 
Saya memerlukan lagi 4 orang ahli untuk sama-sama mengumpul dana di tempat awam, bazar ramadan, masjid dsbgnya. Surat kelulusan Kementerian serta surat untuk Imam Masjid (jika ingin mengutip derma di masjid) turut ada bersama saya, jadi jangan risau; program ini telah berdaftar dengan cara yang betul. 

Ada kenal warga Kajang yang budiman ingin menyertai sila pm wsapp wechat sy 01123772476
*digalakkan psangan suami isteri, adik beradik demi menjaga ikhtilat.

Wassalam wbt


''I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?''
Hassan Al Banna







www.charityright.com
http://www.charityright.com/

Tuesday, 17 June 2014

Menyingkap Rahsia Peristiwa Israk Mikraj

Israk Mikraj


Peristiwa ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian ayah saudara Baginda iaitu Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga termasuk peristiwa dukacita ialah penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasihNya.


Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Menurut Imam Nawawi, peristiwa ia berlaku pada bulan Rejab tahun keduabelas selepas kenabian. Peritiwa ini telah menjadikan Masjidil Aqsa dan Baitul Maqdis semakin mulia, Allah yang memberkati tempatnya dan kawasan sekelilingnya. Firman Allah: 
سبحان الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي باركنا حوله لنريه من آياتنا
Terjemahannya : 
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haram (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami."  Al-Israa':1

Pada malam yang mulia itu Jibril telah datang kepada Rasulullah Saw yang sedang tidur di Ka’bah. Jibril telah membawa Rasulullah Saw menaiki Buraq dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Di Masjidil Aqsa sedang berlaku satu perhimpunan yang sangat luar biasa. Allah telah menghidupkan para Rasul dan Para Nabi untuk bertemu dengan Rasulullah Saw. Ulamak menyebut jumlah para Rasul adalah 300 orang dan jumlah para adalah Nabi dua puluh empat ribu orang. 
Allah hadirkan mereka semua untuk bertemu dengan Rasulullah Saw. Tidak ada tempat di dunia ini yang semua para Rasul dan Para Nabi telah berkumpul di situ melainkan Ka’bah dan Baitul Maqdis. Rasulullah Saw pernah menyatakan bahawa semua Rasul dan Nabi menunaikan haji di Mekah. Rasulullah Saw telah mengimamkan sembahyang seluruh Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi.. Demikianlah kemuliaan Rasulullah Saw. Ia adalah sebuah persidangan para Rasul dan para Nabi. Sebuah peristiwa yang mungkin tidak berulang kali kedua di bumi ini.

Selepas sembahyang Jibril telah membawa membawa satu bekas susu dan satu bekas arak kepada Rasululah Saw. Rasulullah Saw telah memilih susu. Kata Jibril kepada Rasulullah Saw: "Kamu telah terpimpin kerana memilih susu wahai Rasulullah, begitulah juga umat kamu". Ini adalah isyarat pertama bahwa arak itu satu yang tidak baik. Selepas itu baru ia diharamkan. Allah telah memelihara Rasulullah Saw, Baginda tidak pernah minum arak dari kecil lagi.

Setelah itu Rasulullah Saw dibawa naik ke langit. Inilah kuasa Allah yang tiada batasannya. Rasulullah Saw telah dibawa dalam perjalanan yang begitu jauh dalam masa yang terlalu singkat. Allah mahu mengajar kepada hambanya bahawa kalau Allah mahu, Allah boleh berbuat sesuatu yang diluar jangkauan akal dan kekuatan manusia. Bila dibuka pintu langit pertama kepada Rasulullah Saw. Baginda telah melihat berbagai perkara yang ajaib. Antaranya Rasulullah Saw melihat seorang lelaki yang tinggi, apabila lelaki itu berpaling ke kanan dia tersenyum dan apabila dia berpaling ke kiri dia menangis. 


Rasulullah Saw bertanya kepada Jibril: "Siapa ini?" Kata Jibril: "Itulah Adam AS. Apabila dia melihat ke kanan dia melihat kepada umatnya yang masuk syurga tersenyumlah dia. Apabila dia memandang ke kiri dia melihat umatnya yang masuk ke neraka, menangislah dia". Selepas itu Rasulullah Saw melihat, ada orang orang yang berenang dalam lautan darah. Apabila mereka sampai ketepi mereka mengangakan mulut mereka lalu Malaikat melontarkan api-api neraka ke dalam mulut mereka. Rasulullah Saw bertanya Jibril: "Siapa mereka ini?" Kata Jibril: "Merekalah orang-orang yang makan harta anak yatim. Mereka disiksa disini dulu sebelum disiksa di akhirat nanti".

Selepas itu Rasulullah Saw melihat orang-orang lelaki yang perut mereka besar. Mereka semua terlentang, kemudian datang kaum Firaun melalui mereka sambil memijak-mijak perut mereka. Kaum Firaun akan dibawa melihat neraka dua kali sehari supaya mereka dapat melihat tempat mereka nanti. Dalam perjalanan mereka pergi ke neraka mereka memijak-mijak perut lelaki-lelaki yang sedang terlentang ini. Rasulullah Saw bertanya: "Siapa mereka itu?" Kata Jibril: "Mereka adalah orang-orang yang makan riba. Mereka diiazab di alam barzakh sebelum diazab di neraka nanti.

Selepas itu Rasulullah Saw melintasi sekumpulan lelaki-lelaki yang dihadapan mereka dua jenis makanan. Satu yang lazat dan bersih satu lagi yang buruk dan busuk. Mereka makan makanan yang buruk dan busuk itu. Rasulullah Saw bertanya: "Siapa mereka wahai Jibril?" Kata Jibril: "Merekalah orang-orang yang berzina. Mereka mempunyai isteri yang halal tetapi mereka tetap mencari perempuan yang haram.

Kemudian di langit yang kedua Rasululah telah bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS. Dilangit yang ketiga Rasulullah Saw telah bertemu dengan Nabi Yusuf AS. Dilangit yang kelima  bertemu dengan Nabi Harun. Dilangit yang keenam bertemu dengan Nabi Musa. Kemudian dilangit yang ketujuh Rasulullah Saw telah melihat Baitul Makmur. Baitul Ma'mur adalah ka’bah kepada penduduk langit. Disitu para Malaikat bertawaf dan beribadah. 

Disitu Rasulullah Saw telah melihat seorang lelaki yang sedang bersandar ke Baitul Ma'mur. Rupanya mirip rupa Rasulullah Saw. Rasulullah Saw bertanya: "Wahai Jibril, siapa orang ini?" Jawab Jibril: "Itulah bapa kamu Nabi Ibrahim As". Di setiap langit Baginda telah disambut dan diraikan oleh para Nabi dan para Malaikat. Apabila sampai di penghujung langit yang ketujuh Rasulullah Saw melihat Jibril sudah berubah kepada kejadian asalnya. Itulah Jibril yang telah Rasulullah Saw lihat pada kali pertama ketika Rasulullah Saw berlari pulang kerumah dari gua Hirak. Ini adalah kali kedua Rasulullah Saw melihat Jibril dalam rupa sebenarnya itu.

Akhirnya Rasulullah Saw sampai di satu tempat yang tidak pernah seorang pun manusia sampai kesitu walaupun dia seorang Rasul dan Nabi. Kemudian Rasululah Saw melalui satu kawasan yang Malaikat pun tidak pernah sampai kesitu kecuali Jibril. Sampai di satu tempat Jibril meminta Rasulullah Saw bergerak ke hadapan dan dia berkata: "Kalau aku ke hadapan walaupun selangkah, aku akan terbakar". 


Begitulah Allah telah memuliakan Rasulullah Saw. Akhirnya Rasulullah Saw sampai di Sidratil Muntaha. Di sebuah tempat yang sangat luar biasa dan pertemuan yang sangat luar biasa. Di situlah Allah telah menyampaikan perintah sembahyang kepada Rasulullah Saw dan umat Baginda. Rasulullah Saw telah menerima perintah sembahyang terus dari Allah. Sementara seluruh syariat yang lain disampaikan melalui Jibril. Demikianlah, betapa agung dan betapa besarnya sembahyang disisi Allah.

Selepas pertemuan itu Rasulullah turun dan bertemu dengan Nabi Musa AS. Nabi Musa bertanya: "Apa yang Allah perintahkan kepada umatmu" Jawab Rasululah Saw: "Allah perintahkan lima puluh fardu sembahyang sehari semalam". Kata Nabi Musa: "Bani Israel telah diperintahkan kurang dari itu tetapi mereka tidak mampu melaksanakannya. Mintalah keringanan dari Allah". Rasulullah Saw kerana belas kasihan kepada umatnya telah meminta keringanan dari Allah sehinggalah Allah telah meringankannya menjadi lima waktu sehari semalam. Walaupun hanya lima kali perlaksanaannya tetapi Allah tetap akan memberi pahala lima puluh kali. Demikianlah Maha Pemurahnya dan Maha Mulianya Allah.

Selepas itu Rasulullah Saw turun ke Baitul Maqdis semula. Dari Baitul Maqdis Rasulullah Saw kembali semula ke Mekah. Dalam perjalanan ini Rasulullah Saw telah menyaksikan berbagai pemandangan. Rasulullah Saw telah melintasi satu kafilah yang menunggang unta. Apabila unta-unta itu melihat Buraq, ada yang lari ketakutan. Puaslah tuannya mencari tetapi unta itu sudah hilang. Rasulullah Saw telah memberitahu mereka tempat unta itu bersembunyi. Mereka semua merasa terperanjat apabila mendengar suara dari langit telah memberitahu mereka dimana unta mereka. Anehnya, apabila mereka pergi ketempat itu mereka telah menjumpai unta mereka.

Sebelum terbit fajar pada malam yang sama, Rasulullah Saw telah berada di Mekah semula. Perjalanan dari Mekah ke Baitil Maqdis dan naik kelangit, kemudian turun semula ke Baitil Maqdis dan kembali ke Mekah hanya berlaku dalam masa separuh malam sahaja. Demikianlah, Allah telah memperlihatkan kuasanya. Selepas menunaikan sembahyang Subuh, Baginda duduk di Ka'bah. Baginda cuba mengingati seluruh peristiwa-peristiwa ajaib yang dilaluinya semalam. 

Apabila Abu Jahal melihat Rasululah Saw, dia dapat meneka bahawa ada sesuatu yang berlaku kepada Rasulullah Saw. Dia datang kepada Rasulullah Saw dan bertanya: "Wahai Muhammad, adakah sesuatu telah berlaku kepada kamu?" Jawab Rasulullah Saw: "Ada". Abu Jahal bertanya lagi: "Apa yang telah berlaku wahai Muhammad?" Jawab Rasulullah Saw: "Malam tadi aku telah pergi ke Baitul Maqdis kemudian aku pulang semula kesini". Alangkah gembiranya Abu Jahal mendengar berita ini. Dia merasakan bahawa dia telah mendapat sesuatu yang baru untuk memburukkan Rasulullah Saw.

Sikap orang Islam dan Kafir Quraisy terhadap Israk Mikraj 
Pada pagi itu Abu Jahal mengumpulkan orang ramai. Dia cukup gembira kerana sudah mempunyai bukti bahawa Rasulullah Saw memang adalah seorang yang menipu. Dia telah mengistiharkan kepada orang ramai peristiwa Isra' dan Mi'raj itu. Anehnya orang ramai tidak percaya kepada cerita Abu Jahal itu. Mereka bertanya sendiri kepada Rasulullah Saw dan Rasululah Saw membenarkannya. Peristiwa ini telah menguji iman orang-orang Islam. Ada dikalangan mereka yang lemah iman telah kembali kepada kekufuran. 

Penduduk Mekah memang sama sekali tidak dapat mempercayai hal ini. Mustahil begi mereka Muhammad boleh pergi ke Baitul Maqdis dan pulang semula ke Mekah dalam masa satu malam. Perjalanan mengenderai unta ke Baitul Maqdis mengambil masa sebulan. Ada di kalangan umat Islam mengadukan hal ini kepada Saidina Abu Bakar. Kata Saidina Abu Bakar: "Kalau itu dari Rasulullah Saw, Rasululah Saw adalah benar". 

Saidina Abu Bakar segera mendapatkan Rasulullah Saw di Ka’bah. Dia melihat Quraisy sedang mengerumuni Rasulullah Saw. Abu Jahal yang panggil mereka semua supaya mereka datang mendengar cerita Rasulullah Saw. Selama ini dia dan pembesar-pembesar Quraisy melarang orang datang kepada Rasulullah Saw. Pada hari itu, merekalah yang memanggil orang datang kepada Rasulullah Saw. Mereka rasa ini satu kemenangan untuk mereka.

Saidina Abu Bakar terus mendapatkan Rasulullah Saw dan bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah Rasulullah telah pergi ke Baitul Maqdis semalam?" Rasulullah membenarkannya. Kata Saidina Abu Bakar: "Kamu telah bercakap benar wahai Rasulullah". Demikianlah kata-kata yang terbit dari imannya yang tidak berbelah bagi kepada Rasulullah Saw. Hati yang sangat mengenali dan yakin terhadap Rasulullah Saw. Ketika itu Rasulullah Saw telah bersabda: "Kamu telah berkata benar wahai Abu Bakar yang benar (( أبو بكر الصديق . 

Demikianlah peristiwa ini telah mengangkat maqam Saidina Abu Bakar kepada maqam "As-Siddiq". Inilah kali pertama Saidina Abu Bakar dipanggil As-Siddiq. Begitulah iman Saidina Abu Bakar. Dia tidak ragu langsung terhadap kebenaran Rasulullah Saw. Saidina Abu Bakar tidak mempersoalkan Rasulullah Saw sedikit pun. Dia terus membenarkan Rasulullah Saw. Kafir Quraisy telah menyangkal keyakinan Saidina Abu Bakar itu. Mereka berkata: "Bagaimana kamu boleh mempercayainya?! orang mengambil masa sebulan untuk sampai ke Palestin dan mengambil masa sebulan pula untuk pulang ke Mekah! Bagaimana Muhammad boleh melakukannya dalam satu malam?!".

Jawab Saidina Abu Bakar: "Aku telah membenarkan Rasulullah Saw dalam perkara yang jauh lebih besar dari itu!. Aku telah beriman dengan Rasulullah Saw tentang wahyu yang turun dari langit dalam masa sekelip mata. Kalau itupun aku telah mempercayainya, kenapa pula aku tidak mempercayai Rasulullah Saw telah pergi ke Baitul Maqdis dan pulang semula ke Mekah dalam masa satu malam sahaja?".

Selepas itu Saidina Abu Bakar telah membuktikan kepada Kafir Quraisy bahwa Rasulullah Saw adalah benar dalam semua yang Rasululah diperkatakannya itu. Demikianlah Saidina Abu Bakar mengenali dan memahami Rasulullah Saw. Saidina Abu Bakar bertanya kepada Rasulullah Saw: "Wahai Rasulullah Saw, kami semua tahu bahawa kamu tidak pernah pergi ke Baitul Maqdis, dikalangan kami ada yang pernah pergi kesana, bolehkah Rasulullah Saw ceritakan kepada kami bagaimana Baitul Maqdis itu?". 

Rasululullah pun menjelaskan keadaan Baitul-Maqdis seperti yang Baginda lihat. Kafir Quraisy pula bertanya Rasulullah Saw, berapa jumlah tiang, pintunya dan tingkap Baitul-Maqdis. Mereka berusaha untuk membuktikan Rasulullah Saw tidak benar walaupun sudah jelas pada mereka Rasulullah Saw telah menceritakan tentang Masjidil Aqsa tepat seperti yang mereka tahu. Allah telah menjelmakan Baitul-Maqddis dalam penglihatan Rasulullah Saw. Apa sahaja yang Kafir Quraisy pertanyakan, Rasulullah Saw dapat menjawabnya. 
Kafir Quraisy cukup terperanjat dengan jawapan Rasulullah Saw. Namun, hati mereka belum terbuka untuk beriman. Mereka tetap tidak menerima kebenaran Rasulullah Saw. Rasulullah Saw mencabar mereka: "Diantara kita ada bukti yang dapat disaksikan. Ada satu kafilah yang aku pintas mereka semasa perjalanan pulang". Rasululah memberitahu Quraisy ciri-ciri kafilah itu bahkan ciri unta yang mengetuai kafilah itu.

Kata Rasulullah Saw lagi: "Ada unta mereka yang hilang semasa perjalanan, aku telah menujukkan kepada mereka tempat unta mereka bersembunyi". Quraisy bertaanya: Bila kafilah itu akan sampai ke Mekah?" Jawab Rasulullah Saw: "Tiga hari dari sekarang". Selepas itu semua penduduk Mekah menunggu-nunggu ketibaan kafilah itu.

Pada hari tersebut, orang-orang Mekah sudah menunggu kafilah ini sejak awal pagi. Memang benar, kafilah itu sampai setelah tiga hari seperti yang Rasulullah Saw sebutkan. Kafilah ini didahului oleh seekor unta persis seperti yang disebut oleh Rasulullah Saw. Quraisy bertanya mereka tentang unta mereka yang hilang. Kata mereka: "Benar, seekor unta telah hilang tetapi kami mendengar suara dari langit memberitahu kami tempat unta itu bersembunyi". Kafilah itu terkejut, darimana Quraisy mengetahui tentang unta mereka yang hilang itu. Demikianlah Allah telah membuktikan kebenaran Rasulnya kepada penduduk Mekah. Tetapi kafir Quraisy tetap tidak mahu beriman.


Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj
 
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

* Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

* Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

* Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

* Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

* Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

* Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat mSatu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

* Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

* Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

* Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

* Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

* Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
 enunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. 

 

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
 4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

4. Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)