Followers

nuffnang

Thursday 12 August 2010

Tentang Abah..





2 tahun telah berlalu..setiap detik dan saat peristiwa itu masih terbayang-bayang...

6 Ogos 2008
Abah menghantar mesej kepadaku, menyuruhku membelikan roti dan majerin..waktu tu aku sedang bekerja..balik dari kerja aku belikan roti dan majerin untuknya dengan wang gaji aku..walaupun hanya roti dan majerin, aku bangga dapat membelikannya untuk abah dengan wang gajiku..mak pula, hari2 dah merasakan..aku belikan keperluannya, barang dapur dan makanan..selalunya dapat makanan lebih dari kantin hospital muadzam shah, tempatku bekerja, jadi tak payah susah2 masak balik nanti..semasa sedang bekerja kawan mak dan abah ada datang beli makanan di situ dan bertanyakan keadaan abah...aku nyatakan yang abah memerlukan buah pinggang baru dan aku serta adik beradik rela mengorbankan salah satu buah pinggang kami..aku nyatakan jua bahawa abangku berkata yang abah sudah tiada harapan untuk sembuh, bila2 masa Allah akan ambilnya..itu hanya dimulutku, di hatiku aku yakin abah akan sembuh..kemudian makcik Zan menenangkanku dan menyuruhku banyakkan berdoa..

Malam tu umi hantar abah..kepulangan yang dinanti setelah sekian lama menerima rawatan di hospital dan dijaga umi..aku sambut abah dipintu kereta, dia hulurkan tangan kepadaku agar aku dapat memegangnya sebab abah masih lemah. Dia pegang aku kuat sangat..sebak juga waktu tu, tapi aku buat2 biasa sahaja..abah kurus sangat menggambarkan kesakitan, penderitaan yang dialami..sampai ke dalam rumah mak pula yang pimpin abah ke dalam bilik..

7 Ogos 2008
Aku terjaga dari tidur sewaktu mak melayan abah bersarapan..abah cakap sedapnye dapat makan, katanya lagi lepas ni nak tambah balik berat badan..biasanya abah akan kejutku solat jemaah sekali, pelik pulak hari ini..lepas tu macam dah tahu-tahu pulaj yang aku dah terjaga, dia menyuruhku solat..kemudian aku berkata padanya aku nak sambung belajar tingkatan 6. abah cakap terpulanglah padaku nak belajar mana. Kuanggap itu adalah restunya. Dulu sebelum keadaan dia teruk, aku pernah menyatakan hasrat ingin mengambil jurusan undang-undang di uitm..dia bersetuju, malah suruh aku ambil di uitm pahang agar mudah untuk dia menjenguk nanti..tapi, bila keadaan abah makin teruk, aku terpaksa melupakan hasrat itu untuk sementara waktu..hanya melihat dari jauh sahabat2 melangkah ke IPT..

Selepas itu mak memimpin abah ke bilik..baik sungguh mak melayan abah waktu tu..aku pun bekerja macam biasa..petang tu dapat mesej dr abah, dia cakap jangan bawak balik lauk, abah beli nasi beriani..tak tahu pulak aku hari itu abah pergi kuantan untuk cuci darah lagi. kalau tahu aku nak ikut sebab selama terlantar di hospital abah tak benarkan aku jaga dia, kerana aku anak perempuan..wad tu wad pesakit lelaki..agak terkilan juge tak dapat jaga dia..

malam tu abah pun sampai dari kuantan..aku tengah bersiap-siap pakai tudung n tutup lengan bila die dah sampai kat muka pintu dan memanggilku..eh, dah larat??..lepas tu depan mata aku dia berjalan sampai kat tempat biasa dia sangkut baju tu, dan cabut sendiri baju luarnya..biasanya dia akan perlukan bantuan kami..dia tanya mak mana? aku jawab di bilik..aku pun menuju ke kereta untuk mengambil barang2..dari luar aku nampak sesusuk yang kurus itu berjalan menuju ke bilik mak..senang hati bila kulihat abah sudah kuat untuk berjalan sendiri. Usai mengangkat nasi beriani, aku kembali ke bilikku untuk menukar kembali pakaian..kemudian abah bertanya kenapa tak bagitau mak abah beli nasi beriani..kelu pulak lidah..ingatkan abah nak beli yang dekat Muadzam jew, rupanya nun jauh kat Kuantan..special pulak tu..maafkan Dilah abah...waktu tu tak mampu jawab soalan abah..kelu lidah..beberapa kali abah tanya, Dilah diam je..ampunkan anakmu ini.

Kemudian kami pun makan bertiga..sebelum makan ada ubat yang harus abah ambil..jadi aku dan mak sama2 bukakkan ubatnya..banyak sangat..dos tinggi2 pulak tu..dalam hati rasa gembira sangat..kalau lah adik-beradik lain tau ni mesti jeles..dilah makan nasi beriani bertiga je dengan mak abah..abah jamah sikit je..tiba-tiba dia kata pening kepala..kemudian dia habiskan makan dan duduk di kerusi di tengah rumah..dia ambil communicatornya dan telefon umi; ingin menyuruhnya mengurut abah..kemudian abah suruh aku bentangkan toto untuk dia baring..bila umi datang abah kata makin pening dan mata kabur..tak berapa nampak..sebelum umi sampai aku beritahu abah aku ada belikan pau ahmad untuk dia..beberapa kali terpaksa aku ulangi..kenapa abah tiba2 tak berapa dengar ni?kemudian dia berpusing kepada ku dan bertanya lagi sekali. Ya Allah, terkejut aku..merah sungguh matanya! kemudian aku terpaksa menjawab dengan suara yang kuat supaya dia dapat dengar..bila Umi sampai umi ajak abah ke hospital..kemudian aku dan Umi pimpin abah menuju ke kereta..pegangan Abah sangat kuat..di luar rumah rakan sekerjaku sedang menungguku..dia suka lepak denganku didepan rumah..terkejut Umi dan Abah dengan pemakaianya yang tidak menutup aurat dan seksi..di dalam kereta Abah berpesan supaya aku jangan berkawan dengan orang macam tu, dua tahun berlalu dan kini aku faham kenapa..

sampai dihospital aku dan adik tunggu di luar..tak lama kemudian abangku, abdullah rawahah sampai dengan sahabatnya safwan..

kemudian kami dengar dari luar wad kecemasan tu bunyi orang muntah..aku dan adik lihat dari luar..abah muntah teruk sangat..tak pernah aku sendiri alami malah lihat orang lain muntah seteruk itu..risau nya keadaan abah waktu tu..tak lama kemudian kami dengar doktor memanggil nama abah kuat2..'isharudin..isharudin..!!' Kami bergegas masuk, aku lihat abah sudah tidak sedarkan diri.. Kami diminta keluar semula oleh doktor. Tidak lama kemudian doktor keluar dan memaklumkan berita yang aku terima dengan gelengan kepala..abah dah mati otak..harapan nak sedar sangat nipis, mereka dah tak mampu nak buat apa2..kalau dihantar ke HTAA pun mereka hanya akan monitor abah sahaja.. Aku meminggir diri dan menitis jua air mata ini saat kuberdoa kepada Allah agar menyelamatkan nyawa abah..tidak kusangka ini akan terjadi, tidak ku tahu begini kritikal keadaan abah..selama ini aku pohonkan dalam doa setiap kali selepas solat agar abah kembali pulih seperti sediakala. Salahku jua yang tidak bersungguh-sungguh memohon kepada Allah..Kemudian adik datang memujukku..Setelah berbincang dengan saudara mara, umi membuat keputusan untuk menghantar abah ke HTAA..

Malam tu waktu abangku menemani arwah menaiki ambulans untuk menuju ke HTAA, katanya;  jam 1 lebih tu arwah dah menghembuskan nafas yang sangat berat; seolah-olah nafas terakhir..selepas itu dia macam orang tidur..berkeruh macam biasa..sehinggalah kami datang esok pagi macam tu juga keadaan dia..aku, umi, adik menumpang kak ina dan abang mus menuju ke htaa..dalam perjalanan umi bawa bantal abah, aku bawa nasi beriani yang dia beli malam tadi serta barang2 peribadinya..mengharapkan dia akan sedar dan mahu menggunakan handphone nya serta baju2nya..lagipun semasa kami[abah, mak, dan aku ] makan bersama malam tadi, dia suruh aku simpan sikit untuk dia makan keesokan pagi sebab nasi tu sedap sangat...

Tiba-tiba umi meraung..dengan rembesan air mata aku dan Kak Ina memujuk..setelah sekian lama bertahan, jatuh jua air mata Umi..

Sesampainya kami di wad kecemasan HTAA kami diberi tahu hanya 2 org boleh masuk dalam satu2 masa..aku mula masuk dengan Umi... petugas di wad memberi kami Yasin..Aku terima Yassin itu dengan hati yang berat. Baru lafaz Bismilllah, sudah berjujuran air mataku..begitu payah hendakku teruskan ayat2 seterusnya....kini kutahu kesedihannya bila aku bakal kehilangan seorang ayah, salah satu tulang belakang kehidupanku...kenapa aku tidak menjadi anak yang solehah selama ini?kekesalan yang takkan dapat dipadamkan sehingga hujung nyawa..bila tiba ayat 'Innama amruhu....', semakin lebat air mata membasahi pipi dan tudung..

Ya Allah, apa yang aku sedang alami ni??aku tanya diriku..selama ini aku lihat adegan2 ini didalam tv, dan aku tumpang menangis sekali, tapi bila kulalui sendiri, Tuhan je tahu PEDIHNYA..habis je bacaan aku terus meluru keluar mencari Kak Ina..aku menangis, meraung semahu-mahunya di bahu Kak Ina..biarlah aku menangis sekarang supaya bila adik beradik dn saudara mara datang nanti aku tidak menangis lagi..waktu tu kawasan itu sangat lengang. hanya ada seorang makcik disitu dan dia memandangku kehairanan..

Aku sempat bertanya kepada MA disitu keadaan abah, katanya abah pernah kena strok sekali, tapi tak kuat ( kami pun tak tahu)..dan yang ini terlalu kuat..scan menunjukkan otak Abah yang telah dipenuhi darah..
mereka kata, mungkin abah akan 'pergi' dalam waktu tengah hari...
Pelawat semakin ramai, sanak-saudara belah abah, mak, umi serta sahabat handai..ruang kecemasan HTAA tu dipenuhi oleh mereka..di dalam bilik yang ditempatkan abah pun ramai walaupun pada asalnya sepatutnya hanya 2 orang pelawat pada satu-satu masa..tapi situasi tak terkawal lagi..pihak hospital terpaksa bertolak ansur..sehingga ke waktu Zuhur abah masih 'ada'..pulang dr menemani mak solat zuhur, suasana terasa lengang. rupa-rupanya kesemua abang-abangku dan umi dipanggil doktor..lama kemudian baru mereka keluar..semua telah bersetuju untuk membawa pulang abah ke rumah..waktu tu aku disisi abah, aku bertanya pada abang habis tu macam mana?jwbnya,  nak cabut wayar...kemudian kupegang tangan abah dan kucium tangan itu yang akan meninggalkan kami sebentar lagi..basah tangan itu dengan air mataku, memikirkan kawan2 abang turut berada di situ aku terpaksa menahan perasaan, kemudian ak terduduk, dan mereka turut mencium tangan abah..mereka turut menangis..inilah sahabat dunia akhirat..sepanjang hayat abah, mereka sangat menghormati abah, abah sakit pun mereka ziarah..

Tak lama kemudian Wan Cik  mengajak mak pergi lunch dan menyuruh aku menemani mak walaupun berat terasa kaki ni nak melangkah..

sampai di kedai makan, aku tgok je nasi goreng kampung tu, susah nak keringkan air mata ni..bila dah kering aku cuba jugak suap, perlahan-lahan aku cedok nasik tu, dan bawa ke mulut ku...baru nak menganga mulut merembes lagi air mataku, tanpa disedari sudu tu dah terjatuh..membazir nasik..aku berlari ke tepi kedai dan menangis lagi semahu-mahunya...aku tarik nafas dalam2 dan cuba tenangkan diri..aku kembali lagi ke meja makan..cubaan kedua berjaya walaupun akhirnya aku makan sambil menangis..waktu tu lah bateri nak mati..dah cuba beberapa kali akhirnya hidup jugak, kemudian dapat mesej dr abang nom 4, abu hanifah suruh balik cepat, mereka nak bawak balik abah dah.. kami segera sudahkan makan kami dan kembali..waktu tu wad kecemasan HTAA dah terlalu sesak...semua yang ada mengambil kesempatan untk menatap wajahnya buat kali terakhir..mereka sedang menunggu aku dan mak untuk salam dan cium abah..usai kucium dahi itu aku meluru keluar..aku mahu pergi jauh dari situ..suasana cukup memilukan..aku tak mahu orang melihat air mataku walaupun ia mengalir tak henti dari tadi..di luar bilik aku ditarik oleh adik Umi, dia peluk aku..erat sangat..kulepaskan sekali lagi air mataku...tidak lama kemudian abah pun dibawa keluar menuju ke ambulans..disebabkan aku diluar bilik jadi aku agak ke depan berbanding yang lain..bila abah diangkat menaiki ambulans aku sempat lagi berdoa agar berlaku keajaiban..'abah bangunla..jangan tinggalkan dilah..''Ya Allah sedarkanlah abah..'

Kemudian, pintu ditutup......dan aku teresak-esak disitu..terdengar juga esak tangis yang lain2..terutama abangku yang baru nikah dan belum sempat kenduri..Tiba-tiba aku ditarik dari belakang dan dipeluk..Pak Anjang rupanya...pelukan pak anjang sangat erat...cuba memujukku..mak anjang, pak long dan maklong pun turut mengesat air mataku dan memelukku..
kemudian kami menyusul ambulans..aku, mak dan kak tikah[kakak ipar baru] naik kereta mak embong..kami juga yang mula2 sampai..mak nak balik rumah dulu, nak rehat katanya, kemudian kami ke rumah Umi, tempat mereka hantar abah..ambulan masih ada dan aku bertanya kepada petugas hospital, macam mana abah?dia jawab; dah selamat dah.. aku yang masih tak dapat terima hakikat ni fikir abah dah sedar..bodoh sungguh..kemudian aku melangkah lagi dan bertembung seorang pakcik yang sedang menghubungi rakannya mengatakan "Isharudin dah MENINGGAL.." Itulah kalimah yang aku tak nak dengar sekali...tersentap aku disitu...aku pusing kiri dan kanan mencari kepastian dan aku nampak abangku memandang ke arahku dan mengangguk...kemudian dia kata "jangan menangis.............."

Dengan langkah yang longlai aku masuk ke rumah umi dan kulihat sekujur tubuh yang sedang diuruskan oleh pekerja hospital.. mereka baru selesai mencabut segala tiub dan wayar..dengan tenang aku pergi mencari plak dan caskan hp ku dan menghubungi kakak serta memberitahu guru2 serta rakan2..

Kemudian kuambil Yasin dan kubacakan..waktu tu Tuhan je tahu betapa bencinya aku dengan air mata yang tak berhenti mengalir ni...
Malam tu ramai cikgu2 sekolah, jiran tetangga kedua-dua buah rumah, ahli2 masjid, serta sahabat handai menziarahi jenazah abahku...urusan mandi disempurnkan setelah ketibaan mak teh elly dan abang nombor 2 dari kedah..pilu sungguh suasana waktu tu, sebab mereka tinggal paling jauh..mak teh paling sedih sebab dia tak berkesempatan langsung jumpa arwah semasa sakit..kami yang melihat tangisan pilu mak teh menjadi bertambah pilu..

Arwah abah dimandikan oleh kesemua 6 anak lelaki sambil dibantu bbrapa yang lain..hensetku menjadi lampu suluh mencari kekotoran atau kesan pelekat..waktu kecik2 abah mandikan mereka..hari ni mereka semua mandikan abah...semasa urusan aku tunggu diluar..menenangkan diri..aku ambil nafas dalam2..waktu tu hatiku sangggggggggat sakit..terasa ada batu berat menghempap..setelah itu kak ina memanggilku untuk memberi ciuman buat kali terakhir..aku masih kaku disitu..dipanggil kali kedua baru aku bergerak masuk ikut belakang..waktu tu air mata dah kering..yang kulihat air mata yang lain2 semakin lebat, esakan semakin kedengaran..aku cium dahi abah, pipi kanan dan kiri abah dan aku letakkan pipiku di hidungnya membayangkan aku menerima ciuman terakhir darinya...

Kemudian jasad nya disempurnakan, dan dibawa ke masjid untuk solat jenazah sebab terlalu ramai yang hadir...lagi pula arwah rajin ke masjid..itulah tempat solatnya kalau tak dapat berjemaah di rumah kerana ke'uzur'an kami..atau atas sebab2 yang lain..
Sewaktu mengambus tanah, kesemua anak2 lelaki dan sepupu2 lelaki turut serta..hanya seorang bukan ahli keluarga menyertai, sahabat sejati abangku dunia akhirat, mohd safwan..

inilah kisahku sewaktu berpisah selama-lamanya dengan ketua keluargaku, nakhoda kapal, penasihatku, penegurku, pendidikku, guruku, dan abahku......
Ya Allah ampunilah dosa-dosa arwah abah, Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya..
Ya Allah ampunilah dosa-dosaku terhadapnya..Engkau jua yang Maha Mengetahui..
Ya Allah pertemukanlah kami di akhirat kelak...perkenankanlah doa hambaMu yang hina ini..

1 comment:

Anonymous said...

Salam Ramadhan ,Selamat Berpuasa.
AL-FATIHAH ....AMINNN.........Untuk AYAHANDA ADILAH.TABAH MENGHADAPI UJIAN DARI ALLAH SWT.INSYAALLAH.