Followers

nuffnang

Tuesday, 12 October 2010

Aku Menulis Bukan Kerna Nama..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Mengetahui, Yang Memiliki seluruh kerajaan di langit dan dibumi..saya hanyalah seorang insan biasa, yang lemah lagi kerdil serta hina-dina. Jahil tentang banyak perkara sedangkan saya ini sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar IPTA, tiada masa untuk menambah ilmu apatah lagi ilmu agama yang tidakmencukupi. Bila rasa ingin tahu akan sesuatu, saya akan mencari di laman web dan blog-blog ahli agama. Bila masih tidak mencukupi barulah saya bertanya dan bertukar pandangan dengan yang lebih dewasa di sekeliling saya. Belakangan ini, terlalu banyak berita-berita mencemaskan yang didengar. Antaranya pengaruh Freemason/illuminati yang menyerap ke dalam setiap aspek kehidupan Muslim hari ini.

Sesungguhnya mereka berhubung langsung dengan Al-Masih Al-Dajjal Laknatullah dalam merencanakan New World Order; untuk menguasai pemerintahan dunia dan merekrut pengikut yang ramai terutamanya dari kalangan umat Islam. Terlalu dahsyat rupanya kita diperdayakan dan disihir; sihir agar mencintai dunia berbanding cinta dan takutkan Allah, Tuhan yang menciptakan seluruh alam dan yang mewujudkan kita di dunia ini! Sungguh, untuk memuji Allah tatkala kita membuka mata di pagi hari pun begitu sukar, apatah lagi dalam bab solat, aurat, syariat, akhlak, munakahat dll; segalanya yang berunsur Islam seperti yang digariskanNya kelihatan berat pada kita. Begitu sukar untuk dipatuhi, sedangkan Dia memberi oksigen pada kita setiap detik tanpa perlu membayar walau sesen pun. Hitunglah nikmat pemberianNya dan sedarlah azab yang menanti buat hamba-hambaNya yang kufur. Nescaya tak terhitung mahupun terbayang.. Nauzubillah!

Saya begitu tertarik untuk membaca dan menambah pengetahuan tentang konspirasi puak yahudi dan kristian ini( Illuminati/ Freemason), kedatangan Imam Mahdi serta berkenaan Pemuda Bani Tamim yang akan menyediakan tapak perjuangan untuk Imam Mahdi. 

Oleh itu, dengan niat mahu menambah ilmu didada disamping berkongsi dengan rakan-rakan, saya kongsikan apa yang saya perolehi di dalam blog ini.. Segala kekurangan haraplah dimaafi dan ditegur dengan berhikmah. Semoga kita sama-sama dapat mengenali peribadi agung ini dan bersiap sedia dengan kedatangannya. Moga-moga diri ini siap siaga dan direzekikan berjuang di medan pertempuran menentang musuh-musuh Allah itu..Amin..


No comments: