Followers

nuffnang

Sunday, 31 July 2011

Fadhilat Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur kita didalam bulan yang mulia ni, bulan penghapusan dosa dan mendidik nafsu kerana syaitan dan jin telah dibelenggu...ingin saya kongsikan serba sedikit tentang puasa Ramadhan ini, berdasarkan buku "Fadhilat Ramadhan" yang diterbitkan pada tahun 1991...

HADIS 1

Salman r.a meriwayatkan bahawa: Pada hari terakhir Sya’ban Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami: “Wahai manusia kini muncul kepadamu satu bulan yang besar (mulia), bulan yang tersangat berkat terkandung di dalamnya satu malam yang terlebih tinggi nilainya daripada seribu bulan. Inilah bulannya Allah memfardhukan puasa di siang hari dan menjadikan nya solat Terawih sebagai sunnah di malam hari. Sesiapa yang ingin menghampirkan diri kepada Allah (taqarrub) melalui amalan baik di bulan ini, maka akan dibalasi kepadanya dengan ganjaran seolah-olah dia melakukan amalan fardhu di lain-lain bulan pada tahun itu. Dan barangsiapa melakukan amalan fardhu akan dibalasi kepadanya dengan tujuh puluh amalan fardhu pada bulan lain. Inilah sesungguhnya bulan kesabaran dan ganjaran yang sejati ialah Jannah. Inilah bulan simpati terhadapnya sesama lainnya, di bulan inilah rezeki orang-orang beriman ditambah. Barangsiapa memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa maka kepadanya dibalasi dengan keampunan terhadap dosa-dosanya dan bebas daripada api neraka jahannam dan dia juga memperolehi ganjaran yang sama sebagaimana orang berpuasa tadi tanpa sedikitpun mengurangi pahala orang yang berpuasa itu.” Maka kami pun berkata , “ Ya Rasulullah (SAW) tidak kesemua kami mempunyai sesuatu yang dapat diberi kan kepada kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.” Jawab Rasulullah (SAW) “Allah akan mengurniakan balasan kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar kepada orang yang berpuasa, ataupun seteguk air atau sehirup susu untuk dia berbuka puasa.”

“ inilah bulannya yang pada awalnya Allah menurunkan rahmat, dipertengahannya Allah memberikan keampunanNya dan pada akhirnya Allah membebaskan hambaNya daripada api neraka jahanam.” “Dan didalam bulan ini berusahalah segiat-giatnya membanyakkan empat perkara. Dua diantaranya ialah untuk menyukakan Allah Taala sedangkan yang dua kamu tidak boleh lakukan tanpanya.. Perkara yang dapat menyukakan Allah taala ialah kamu hendaklah memperbanyakkan membaca kalimah “toyyibah” dan beristighfar. Dan perkara yang kamu tidak dapat lakukan tanpanya ialah kamu hendaklah bermohon kepada Allah untuk masuk syurga dan berlindung denganNya daripada dicampak ke dalam neraka Jahannam.” “ Dan barangsiapa memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum daripada telagaku ( haud) yang sekali minum dia tidak akan kedahagaan lagi sehinggalah dia memasuki “Jannah”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah didalam sahihnya

1 comment:

Fadzli Amir said...

Salam ramadhan..moga kita diberkati...