Followers

nuffnang

Saturday 2 October 2010

Ancaman Dioksin Terhadap Wanita

Penduduk Malaysia terkini berjumlah 28.31 juta orang.Daripada jumlah tersebut, 49% adalah golongan wanita. 40% adalah mereka yang didatangi haid pada setiap bulan(kira-kira 11 juta orang).



Daripada 11 juta wanita,hampir 90% adalah mereka yang mengalami masalah sakit puan terutamanya berkaitan haid.Antara masalah yang begitu ketara adalah senguggut,keputihan, jangkitan kuman, prolaps, endometriosis, cyst, kegatalan, ketuat, fibroid dan bermacam lagi.

Masalah sakit puan tersebut jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan masalah yang lebih kritikal seperti kemandulan, kanser servik dan rahim. Antara punca utama masalah tersebut timbul adalah disebabkan pemakanan, keturunan dan pemakaian produk.

Ramai wanita tidak sedar bahawa penggunaan produk tuala wanita yang terdapat secara meluas di pasaran juga menjadi salah satu punca masalah sakit puan yang mereka hidapi.Sebahagian besar produk tersebut secara jelas diperbuat menggunakan kertas kitar semula dan pulpa kayu.


DIOKSIN- PEMBUNUH WANITA ALAF BARU

Dioksin adalah bahan kimia bertoksid yang amat kuat kesannya.Ia 130 kali ganda lebih bertoksik daripada Cyanide dan 900 kali ganda lebih berbahaya berbanding Arsenic.Ia digelar “Bahan Bertoksik Paling Kuat” pada masa kini.Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengelaskan Dioksin sebagai karsinogen (bahan penyebab kanser).Banyak kajian perubatan membuktikan bahawa kandungan Dioksin pada tahap rendah masih berupaya mencetuskan risiko tinggi kanser payu dara,kanser usus,endometriosis,kanser ovari,keguguran dan pelbagai masalah puan yang lain.


KAITAN DIOKSIN DENGAN WANITA.

Kertas buangan,agen peluntur yang berkarsinogen,agen fluorsen dan sebagainya adalah bahan mentah yang digunakan untuk memproses tuala wanita pakai buang yang terdapat secara meluas di pasaran.








Gambar Kertas Terpakai (Recycle Paper) Dan Peringkat-Peringkat Pemprosesan Pelunturan/Pelembutan Kertas Untuk Bahan Asas Tuala Wanita Dan Lampin Pakai Buang Bayi

Kertas buangan seperti kertas kitaran semula,kertas tebal,kotak,pulpa kayu yang terdedah bakteria dan kuman berbahaya akan menjalani proses penyingkiran dan pelunturan berklorin untuk menjadikan ia lembut,putih dan bebas penyakit.Tetapi proses ini juga menyebabkan terhasilnya Dioksin yang menyerap dan kekal dalam bahan mentah yang telah diproses.Setelah segala proses selesai maka terhasillah produk tual

a wanita, pantiliner dan tampon dengan pelbagai jenama yang mengandungi Dioksin.


Bagaimana dioksin diserap ke seluruh badan wanita?

Faraj menyerap apa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Apabila anda memasukkan bahan kimia ke dalam faraj, bahan tersebut akan berada di dalam saluran darah setengah jam kemudian




Dr. Philip M. Tierno, Jr.
Director of Clinical Microbiology & Immunology at New York University
Langone Medical Center
Jelasnya, sistem peranakan wanita adalah sistem pertama yang akan diancam penyakit dalam masa setengah jam!

Bahaya dioksin
  1. kanser
  2. endometriosis
  3. kemandulan
  4. keguguran
  5. gangguan tumbesaran janin
  6. cacat anggota bayi
  7. sistem imun rendah




Tahukah anda?




Setiap Wanita Menggunakan
15,000 keping atau lebih tuala wanita, purata selama 35 tahun atau lebih di sepanjang hayatnya!

Maka, risiko terdedah terhadap DIOKSIN bersamaan 15,000 kali GANDA!

Kajian Kes: Bahan Paling Selamat Sebagai Tuala Wanita
Kebanyakan Tuala Wanita yang dikilangkan hari ini mengandungi rayon dan sintetik walaupun telah dinasihatkan oleh pakar perubatan bahawa bahan yang paling selamat adalah 100% kapas tulen
[Tierno and Hanna, (1994)]
Layari Laman Web ini:



www.internethealthlibrary.com/WomensHealth/sanitary-protection.htm



No comments: