Followers

nuffnang

Sunday 12 February 2012

Sajak: Di Mana Mulianya Manusia


Siapalah manusia ini?!
Kejadian yang pertama dari tanah, hina
Tempat pijakan segala makhluk yang melata
Kejadian yang kedua dari air mani yang terpancar
dari saluran yang menjijikkan
Hina juga mengaibkan
Kalau ia terbuang tiada siapa yang mengutip
untuk diletakkan di tempat yang mulia
Peluhnya, baunya meloyakan
Siapa dekat, jiwanya menderita
Yang keluar dari hidung dan telinga
semuanya menjijikkan
Yang keluar dari kedua jalan
lagi buruk dan busuk dan memalukan
Ia dibuang di jamban
Tempat yang hina dan menjijikkan
Lidahnya juga selalu digunakan untuk merosakkan
bukan kebaikan
Memfitnah, mengumpat, mengadu domba
memaki, mencerca
Semuanya merupakan najis-najis maknawi dan rohani
Najis-najis maknawi dan rohani ini merbahaya sekali
Perosak masyarakat manusia
Akalnya, padanya kecerdikan,
kepandaian dan ilmu
Lumrahnya untuk menipu,
untuk kepentingan diri
Nafsunya lagilah, penjahat di dalam diri
yang memusnah
Hatinya selalunya dikuasai nafsu
Raja di dalam kerajaan diri yang dikuasai musuhnya
Raja yang jahat inilah yang mengarah dan melarang
Rosaklah kehidupan manusia seluruhnya
Di mana mulianya manusia?!
Di mana keutamaan manusia?!
Mulianya, utamanya
jika beriman dan bertaqwa
Jika tidak, busuk sahaja yang ada
pada manusia

Abuya Ashaari Muhammad At-Tamimi

2 comments:

Namee Roslan said...

peringatan yang bagus. banyak yang tersirat. sama2 kita renungkan ya :) terima kasih :')

Hami Asraff said...

Manusia, sentiasa dilanda dosa. Manusia, insan hina lagi dina. Iman dan takwa itulah yang membezakan kita.