Followers

nuffnang

Wednesday 13 April 2011

BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH


Bismillahirrahmanirrahim
Segmen baru dari abang Ben Ashaari :Kaulah Pelita Hatiku

Ayah saya, saya panggil abah.
Tapi kini ditambah 'arwah' dihadapan...
Sangat sedih kehilangan dia..
Sangat terasa kehilangannya..
Terasa berbeza dengan manusia-manusia lain..

Kami bukanlah dari keluarga yang kaya harta, tapi arwah sangat kaya dengan ilmu agama, Sedari kecil kami membesar dalam didikan Islam, contohya mesti bertudung walaupun dihadapan rumah atau menjemur/mengangkat kain,makan berjemaah, solat berjemaah, pergi ke masjid, menjaga pergaulan, pandangan mata, pendengaran, kata-kata dan sebagainya. Tak boleh tengok cerita sebarangan; terutama kalau ada kissing scene-mesti dia akan suruh kami tutup mata atau pandang tempat lain, takpun alih channel. Kat rumah kami hanya ada kaset nasyid, dia tak izinkan kami dengar nyanyian selain nasyid. Kalau beli paper hari Ahad, paper artis akan dicensor dulu; sama ada tak bagi langsung atau bagi, tapi yang dah terconteng  dengan marker; tak nak bagi kami tengok artis seksi punya pasal. Yela, dosa mata kan.


Waktu zaman muda-muda dulu, arwah pernah terdengar seorang sheikh dari Mekah datang, dari kampung kat Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub tu, arwah dengan aki berjalan kaki ke Kuala Lumpur. Semata-mata untuk belajar Alfatihah. Kemudian balik, ajarkan pada orang kampung. Sebab orang kampung tak reti sangat. Yela, kampungkan...

Masa kecik-kecik dulu kami selalu solat subuh dimasjid. Arwah akan kejut dan ajak, kalau tak nak pergi dia tak paksa, tapi biasanya kami akan pergi. Satu sebab taat, satu sebab nak jaga hati.hehe..sampai satu tahap, orang-orang masjid kenal kami adik-beradik. Kami ke masjid naik kereta, sebab masjid agak jauh. Kereta Mitsubishi putih yang ada ruang luas kat belakang..kalau ramai-ramai pergi, kat belakang la saya dengan kakak duduk..

Kalau bulan puasa, arwah abah rajin masak untuk berbuka. Lepas siap masak, dia akan tunggu depan tv sambil tengok Jejak Rasul. Arwah masak sedap sangat. Mak kata, arwah pernah jadi pembantu chef.Dan dia selalu berpesan kepada saya setiap kali masak, tengok abah masak; nanti 'senang kalau abah takde'...
 setiap kali makan, arwah suka tanya soalan 'cepuk emas', sape lagi sedap masak, abah ke mak? Kalau jawab mak, dia ugut tak boleh ikut balik kampung. Tapi dua-dua sedap masak..memang konfius nak jawab soalan tu sebab kami nerd lagi, tak pandai menipu dan tak diajar menipu.. *.* Kadang-kadang dia ketuk kepala orang yang makan tak pakai penutup kepala (sebagai tanda adab kita terhadap rezeki Allah bagi, dia suruh makan tutup kepala). Arwah juga suka jirus kami dengan air suam dia. Selalunya dia siap makan dulu, lepas tu mulala nak kacau kami makan.huhu..


Kalau balik kampung, bila suasana sunyi sebab kitorang tido ke ape, arwah suka bawak kereta senget-senget takpun main2 brek..bosan la tu..hehe..Kalau  kitorang ni jenis liat nak bangun subuh senang je, arwah akan spray air. memang ada spray khas untuk kami..Biasanya saya akan bangun dulu berbanding adik-beradik lain sebab telinga ni sangat sensitip bunyi..dan takut kena spray punya pasal..jadi jarang sekali lah saya jadi mangsa..kakak abang biasalah, bukan setakat spray, mandi pun ada. Pastu kalau jenis yang liat nak bangun sahur tu, memang tak sahur la jawabnya. huhu..

Kalau hujung minggu, dia akan bawa anak-anak umi datang rumah main dengan kami, atau kami datang rumah umi. Dulu kami tinggal di daerah berlainan, tapi bila dah dekat, setiap minggu la jumpa. Kadang-kadang arwah buat kelas fadhu ain. Ada yang arwah dah ajar masa sekolah rendah, form 4-form 5 baru kami belajar kat sekolah ilmu-ilmu tu..


Saya ingat lagi, arwah pernah jadi posmen saya waktu sekolah rendah. Setiap kali dia nak ke rumah kami atau ke rumah umi, saya dengan adik di belah sana akan berutus surat. Mula-mula kami bagi kat dia, tapi lama-lama dia malas, suruh letak je kat kereta...huhu. kami sebaya, tapi berlainan sekolah. Dan di sebelah petang ada sekolah agama, so student2 dua sekolah ni bergabung la. Dari surat tu la kami bergosip tentang pelajaran, kawan-kawan, dan pertandingan [sebabnya kami rajin masuk public speaking dan pidato]. Tapi kami tak masuk pun sekolah agama tu..kawan kami adalah berkawan di sekolah tu, jadi paham-paham je la yer..:-))


Bila dah sekolah menengah,dah tak ade sangat orang kat rumah tinggalla saya dengan mak, abang nombor tiga tu pulak kerja pagi balik pagi..huhu..jadi perhatian tu lebih sikit la..pernah sekali dia nak pergi pasar minggu, dia tanya nak beli apa?saya cakap nak keropok lekor. Semenjak tu, kalau dia pergi pasar minggu, dia akan bawak balik keropok lekor untuk saya...sekali lagi, waktu bulan puasa, dia tanya nak beli apa, saya cakap nak agar-agar santan yang warna hijau. 


Semenjak tu, kalau dia pergi bazar Ramadhan atau pasar minggu, dia akan belikan kuih tu juga untuk saya...Beberapa bulan sebelum arwah sakit, dia ada berikan saya tuala mandi baru, pemberian orang padanya, tanpa saya minta. Mungkin dia faham, sebab tuala saya yang dibeli masa tingkatan dua dah lusuh dan koyak. Sekarang masih ada lagi tuala tu kat rumah. Masih pakai lagi kalau balik. Sayang sangat, lagipun masa beli tu, beli dengan arwah.. Tapi tuala baru tu tak panjang umur.disonglap orang.hanya sempat pakai beberapa kali..

Sejak kecik saya ada asma, kadang-kadang tengah malam dia akan bersusah payah hantar saya ke hospital. Bila dah sampai, dia akan dukung saya masuk wad kecemasan. Dalam sebulan beberapa kali juga saya akan ke hospital kerana asma. Dialah yang bersusah payah hantar..kadang kadang bernanah jugak telinga kena bebel sebab tak pandai jaga kesihatan..huhu..

Antara kenangan manis yang tak boleh dilupakan ialah menerima pemberian hadiah daripada arwah semasa darjah tiga; arwah menunaikan umrah-dapat jubah dan tudung..memang cantik sangat..kemana-mana pergi dok pakai je tudung tu. Masa darjah berapa tah, dapat hadiah jam sempena hari jadi. dan bila dapat 5 A UPSR, arwah belikan souvenir dari Sarawak ala yang buatan tangan yang boleh letak air tu...entah ape nama..lepas tu siap ada ucapan lagi..

Banyak kisah pahit manis dengan arwah...
yang paling pahit sekali tentulah bila dia dijemput pulang.. 
tak sanggup rasanya untuk meneruskan taipan disini..
kalau nak baca kisah dia, bolehla rujuk sini dan sini..

Maaflah panjang mengomel, sebab lama tak update blog kan..
Untuk soalan abang Ben, cara terbaik untuk didik anak di zaman penuh mencabar ini adalah dengan didikan Islam, berdasarkan al-Quran dan sunnah. Pada diri Rasulullah SAW itu adalah contoh ikutan terbaik untuk para ibu bapa mendidik diri dan keluarga. Yang penting ibu bapa kena perbaiki diri dulu, perbanyakkan taubat kepada ALlah, dan memohon petunjuk dalam segala hal, agar tidak jauh tersasar terutama dalam soal didikan terhadap anak-anak. Ibu bapa juga tidak boleh terlalu percaya anak, dan tidak boleh terlalu mengongkong. Mulakan secara berperingkat, di usia kanak-kanak dengan belaian kasih yang cukup, di usia remaja tegas; dan di usia dewasa, jadikan  anak-anak seperti rakan. InsyaAllah..selagi kita menjaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan mejaga segalanya untuk kita...

Last raya with him..waktu ni baru sorang kakak ipar..tahun 2007
Tetap dengan kopiahnya...Mei 2008-first attack

kali terakhir balik kampung dengan arwah, semasa kenduri kahwin sepupu..sangat suka budak-budak,sangat suka menyakat mereka..pemergian arwah sangat dirasa anak-anak buah...baby in the picture is cousin..



perkahwinan abang ketiga tahun lepas..Alhamdulillah, nak masuk 4 dah anak sedara...tapi sorang pun arwah tak sempat jumpa..



6 comments:

Pak Aji said...

salam kenal.. hehe.. dtg dari blog abg ben

no name said...

ayah adalah yg terbaik!^^
semoga awak terus tabah! al fatihah buat beliau..sedih baca entri ni T_T

mari2 singgah^^
http://whenisaidsomething.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-bicara-kasih-ayah.html

mas saari said...

salam singgah baca kisah tentang ayah
pengorbanan seorang ayah memang tiada tandingnya!
Al-Fatihah utk arwah ayah awak..

fRaMe+LenSeS said...

tade yang lebih tacing dari kisah Ayah dan Mama.

Nadh sayang ayah nadh jugak.. ;)
Salam singgah salam ziarah dari nadh..
kita jadi anak soleh solehah untuk Ayah ye. yang mendoakan kebahagiaan depa dunia dan akhirat..

Nadh datang melawat ni.. ;)
kisah anak Ayah Budak Nakal

Lulu Caldina said...

segmen ni bagus, tapi sebak nak buat... sayang papa lulu...semoga ibu bapa kita sentiasa dirahmati...

Dila's Art said...

Salam
Best entri ni
Didikan seorg ayah pasti sangat meninggalkan kesan pada anaknya..