23 September 2011
Cuaca terik amat. bermula tengah hari tekak mula terasa perit. Lama sudah rasa ini tidak menghinggap. Ya Allah janganlah; di musim-musim peperiksaan ni. tambah-tambah beberapa hari ini tak cukup minum air, dan tak cukup merintih dengan Allah agar dikurniakan kesihatan yang baik dan kelancaran menghadapi peperiksaan..terasa banyak lalai dalam solat kebelakangan ni... Nauzubillah...
tiba waktu malam, sudah mula naik panas badan, sedikit sakit kepala, bersin sedikit..dah tau dah apa nak jadi...esok: bersin sepanjang hari. Selalunya terjadi begitu melainkan ketentuan Allah mengubahnya sekali-sekala..Makanya air diminum sebanyak-banyaknya...
24 September 2011
Mula lah hari paling menyiksakan dalam hidup. Sungguh...dalam banyak2 kesakitan dan kesusahan yang dilalui, hari seperti ini yang paling tidak mahu dilalui... tapi hati berbicara-aku redha dengan ketentuanMu ya Allah, kalau ia dapat menghapuskan dosaku dan membuka hijab untukku menghadapi peperiksaan.
Sepanjang hari bersin; hidung dan mata berair, sakit kepala tak terhingga. tak mampu bergerak ke mana-mana..dan hidung rasa macam dah lunyai-dok picit2 bagi keluar hingus.. Allahuakbar......penat bersin, tidur...sambil mendengar ayat2 suci Al-Quran... hanya itu mampu memberi ketenangan, kekuatan buat diri yang sedang bertarung ini...solat pun tak mampu dilaksanakan dengan sempurna..rasanya elok diqada' balik...
25 September 2011
Serangan asma bermula...terjaga jam tiga pagi kerana panas luar biasa, pergi ke tandas dan mengambail wuduk-mungkin berkuasa menyejukkan badan kerana bila asma, panas dia lain macam
kukuatkan badan, bangun jam sepuluh pagi-terlepas subuh- pergi ke bilik lecturer mengambil assignment yang baru siap ditanda semalam sebagai rujukan untuk mengulangkaji pelajran hari ini
Tiada tempat yang lebih selesa dan tenang untuk menelaah melainkan masjid as-syakirin uitm segamat juga...
usai makan tengah hari, sambil menonton Hantu Bonceng-brsama ketidakpuasan hati dengan bberapa dialognya dan kemudian menunaikan solat zuhur. Makan ubat, then tidur, tak sedar sampai ke petang...
rezekikah? dugaankah? balakah??
kepala begitu berat untuk bangun, tambah-tambah sakit dada yang makin menghimpit..hatta untuk meluahkan sepatah kata kepada rakan di sini pun tak mampu. sedar lelap, sedar balik dan lelap balik...sampailah ke petang...
esok, 26 september 2011
bermula peperiksaan akhir
kertas pertama-Portfolio Management 9 pagi-12 tengah hari...
Akukan berusaha sebaik mungkin dengan masa yang bersisa ini...dan kumohon kekuatan, pertolongan dariMU ya Latiff, ya Karim, ya Sami',,ya Allahurabbi...

1 comment:
apa pun kesusahan yg dialami..Allah tetap bersama kita kan :)
Post a Comment