Followers

nuffnang

Dr Badrul Amin

halwa kalbu

halwa kalbu

Tuesday, 14 September 2010

Tuhan Terimalah Ibadahku.

Tuhan 
Terimalah ibadahku yang tidak sempurna 
Ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya 
Tapi apakan daya 
Ini yang kumampu persembahkannya kepadaMu 

Telah kucuba sepenuh hati 
Tapi masih tidak mampu sempurna 
Aku harap dengan RahmatMu 
Terima jua ibadahku 
Aku tetap tidak jemu 
Kuteruskan walau tidak meningkat 
Aku tetap istiqamah 

Kasihanilah aku wahai Tuhan 
Hamba yang lemah ini 
PengampunanMu yang kuharapkan 
Siapa lagi yang akan membelaku 
Kalau Engkau tidak membelanya 

Akukan hambaMua jua 
Aku ciptaanMu juga 
Kalau Engkau selamatkan 
Engkau tidak akan rugi 
KebesaranMu akan tetap sempurna 
Ampunilah wahai Tuhan segala dosaku..

Kasihanilah aku wahai Tuhan 
Hamba yang lemah ini 
PengampunanMu yang kuharapkan 
Siapa lagi yang akan membelaku 
Kalau Engkau tidak membelanya 

Akukan hambaMua jua 
Aku ciptaanMu juga 
Kalau Engkau selamatkan 
Engkau tidak akan rugi 
KebesaranMu akan tetap sempurna 
Ampunilah wahai Tuhan segala dosaku..
Ampunilah wahai Tuhan segala dosaku..

No comments:

There was an error in this gadget