Followers

nuffnang

Monday, 28 September 2009

renungan di aidilfitri

ramadhan telah meninggalkan kita
syawal menjelang menandakan hari raya
kehidupan biasa bermula semula
ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa

di hari raya ini koreksilah diri sendiri
layakkah hari ini kita berhari raya?
hari raya hanya untuk orang-orang bertakwa
selain mereka tidak layak merayakannya

renung kembali segala amalan di bulan ramadhan
adakah meningkat dari sebelumnya
bertambah baikkah kita dari masa ke semasa
sesuai dengan meningkatnya umur kita

renung pula kehadapan
bagaimana nasib kita?
apakah kita mati di dalam husnul khatimah
kerana nafsu selalu mendorong kejahatan
juga syaitan yang sentiasa melalaikan

ingatlah hari raya bukan untuk bersuka ria
ia hari bersyukur, menggembirakan yang tak punya
memberi bantuan mereka yang tidak berada
maaf-bermaafan sesama kita

bertimbang rasa kita sesama manusia
bersimpatilah dengan mereka yang susah
berkasih sayang itu sangat diperintahkan
bahkan sesuai dengan fitrah manusia

No comments: