tidak dapat dinafikan solat adalah amalan utama untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. namun hanya solat yang khusuk shj yg dterima dn dibalas tunai oleh Allah sama ada di dunia mahupun di akhirat. sedangkan solat yang dilakukan tanpa khusuk diragui ketulenannya sehgga tdk layak diterima disisi Allah Swt.dalam kalangan umat Islam, tdpt pelbagai ragam solat. ini disebabkan niat dan kualiti solat itu berbeza-beza di kalangan mereka sesuai dengan perbezaan niat, ilmu dan pemahaman tentang solat.
saban hari kita menyebut Allahuakbar setiap kali mendirikan solat. ia bermaksud Allah Maha Besar.tapi adakah kita rasakan kebesaran Allah semasa menyebutnya?atau sekadar menyebut sahaja?tidak merasakan betapa lemah dan tidak berdayanya diri sebagai hambaNya. ciri-ciri solat yang khusyuk ialah merasakan kebesaran dan keagungan Allah di dalam diri setiap masa dan ketika. itulah rasa kehambaan. tebal atau nipisnya khusyuknya seseorang itu bergantung kepada rasa kehambaannya; bagaimana dia merasakan kebesaran Allah di dalam hatinya, takut ibadahnya tidak diterima dan merasa hina diri dihadapan Tuhan cinta Agung, Raja segala raja.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Hanyasanya sembahyang itu adalah dengan bertenang diri dan merendahkan diri.”
Dimulakan dengan rangkaikata hanyasanya di sini, bermaksud bahawa sembahyang yang dilakukan tanpa keterangan dan kerendahan diri bukanlah dinamakan sembahyang yang dituntut oleh syara’.
2- solat awam
nilailah di mana tahap kita dalam peringkat-peringkat solat. dalam era membaiki diri ini, selidikilah solat kita agar mendapat jawapan kenapa kita tidak dibantu dan ini jugalah gambaran secara keseluruhan, mengapa umat Islam terbiar tanpa ada yang membela hingga umat Islam kini tidak lagi seagung dan dihormati seperti dahulu. hari ini ramai umat Islam tidak tahu solat bahkan semakin ramai yang sengaja meninggalkan solat. Imam Malik r.a berkata, "jatuh kafir kalau tidak solat tanpa sebab".
i- secara zahir
ada orang yang mengerjakan solat secara zahir tanpa membetulkan bacaan, taklik dan mengikut orang sahaja. belajarlah tentang ilmu solat. golongan seperti ini solatnya tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Swt.
ii- ikut mood
orang yang mengerjakn solat dn tahu ilmu solat tetapi tdk dpt melawan nafsu terhdp tarikan dunia. kedang-kedang mereka solat, kadang-kadang tidak. kalau ada masa dan mood baik, dia solat. kalau sibuk dan terkocoh-kocoh, ada kenduri, pesta, ziarah, bermusafir, letih dan penat, maka dia tidak menunaikan solat. orang seperti ini telah jatuh fasik.
As-Sajadah (32):20
Ertinya: “Dan adapun orang-orang yang fasik maka tempat mereka adalah jahannam. Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya, mereka dikembalikan ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka: “Rasakanlah siksa neraka yang dahulu kamu mendustakannya.”iii- dengan hati yang lalai
orang yg solat dengan ilmu yg tepat, fasih dalam bacaan tetapi tidak khusyuk. kalau diteliti satu persatu bacaannya, banyak yang dia tidak faham. fikirannya tidak tertumpu sepenuhnya pada solat yang sedang dilakukan kerana tidak faham apa yang dibaca..akibatnya fikiran terus tertumpu pada dunia dan alam sekeliling. fikirannya mengembara dalam solat hingga menyebabkan mereka lalai dalam solat.Ketahuilah bahawa dalil-dalil pada mensyaratkan khusyu’ atau kehadiran hati dalam sembahyang itu banyak sekali, di antaranya firman Allah Ta’ala:
“Dan dirikan sembahyang itu untuk mengingatiku” (Taha: 14)
Nyatakan perintah untuk mendirikan sembahyang itu merupakan perintah yang wajib. Kelalaian dan kelengahan dalam perkaranya adalah bertentangan dengan maksud mengingatkan Allah. Barangsiapa yang lalai atau lena dalam semua sembahyangnya, tidak boleh dikatakan dia mendirikan sembahyang kerana mengingati Allah.
Allah berfirman:
iv- golongan awam muslimin“Dan janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai.”(al-A’raf: 205)
golongan yang menunaikan solat cukup 5 waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan dari Takbiratul Ihram, doa iftitah, sehingga tahiyyat akhir tetapi tidak menghayatinya. fikirannya masih melayang mengingatkan dunia. memang adakalanya dia faham, tetapi tidak menghayati. goongan ini dikategorikan sebagai solat golongan awam.
v- solat khayal
golongan ini baik sedilit daripada golongan keempat tadi, tetapi maintarik tali dalam solatnya. sekali sekali khusyuk dan kadang-kadang lalai. apabila teringat sesuatu di dalam solatnya terus terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, maka insaf dan sedar semula serta cuba membawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan di dalam solat. begitulah sehingga selesai solat. dia merintih ridak mahu jd begitu tetapi terjadi jua.
gol. ini adalah gol yang lemah jiwa. nafsunya berada di tahap mulhamah (menyesal akan kelalaiannya dan cuba membaiki diri tetapi masih tidak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa. golongan ini terserah kepada Allah; mudah-mudahan ketika dia khusyuk, solatnya diterima dan kelalaiannya itu diampunkan Allah, namun tiada pahala bagi solat sebegini. solat mereka yang sebegini tidak memberi kesan apa-apa.
3- solat khusus
i- solat gol Solehin
gol yang menunaikan solat yang tepat ilmunya, faham setiap bacaan dan lafaz di dalam solat. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan atau apa pun yg dilakukan di luar solat tidak mempengaruhi solatnya. wpun dia memiliki harta, perniaggan yang maju dan sebagainya namun itu semua tidak mempengaruhi solatnya. hatinya sentiasa memuja Allah di dalam solatnya. golongan ini disebut orang soleh, golongan abrar, atau ashabul yamin.
ii- Solat gol. Muqarrabin
bukan sahaja faham dan melupakan dunia di dalam solatnya, malah dapat menghayati setiap makna bacaan solat serta setiap kalimah yang dibaca seperti alfatihah, doa iftitah, tahiyyat, tasbih pada setiap sujud dan dihayati sepenuhnya. inagtan terhadap dunia hilang tetapi mereka masih sedar denagn alam sekeliling. pemujaan terhadap Allah Azza wa Jalla dapat dirasa pada setiap gerak solatnya. Inilah yang dinamakan golongan Muqarrabin( yang hampir dgn Allah Swt).
iii- solat gol Siddiqin
golongan ini adalah gol. yg tertinggi dari semua golongan. Ibadah solat bukan sahaj dijiwai dalam solat malah ia dapat mempengaruhinya di luar solat. Kalau dia bermasalah, dia terus menunaikan solat kerana yakin bahawa solat adalah penyelesai masalah. Dia fana dengan solat, solat adalah penyejuk hati baginya. ini dibuktikan denagn sejarah sewaktu Saidina Ali Kwh yang meminta dicabutkan anak panah yang tertusuk di kakinya ketika beliau solat. adakah kita sebegitu??
mereka mabuk denag Tuhannya, semakin banyak solat, semakin lazat dirasakn. Sembahyang adalah cara melepaskan kerinduan kepada Tuhannya. Di dalam solatlah dia mengadu kepada Tuhan. Alam sekelilingnya tidak dihiraukan. hati dan jiwanya sentiasa terpaku dengan Tuhannya. Golongan ini di sebut Siddiqin iaitu golongan yang benar dan hak.
Setelah kita nilai keseluruhan peringkat solat, maka dapatlah diketahui di manakah tahap kita. Ibadah solat boleh membangunkan jiwa, iman, merungkai sifat mazmumah, menanam sifat mahmudah, berdisiplin, lalu terbinalah peribadi agung adalah hasil daripada 3 golongan yang terakhir sahaja. Manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.
Jadi di manakah tahap solat kita? perbaikilah diri mulai sekarang. jangan bertangguh lagi kerana perkara pertama yang akan dihisab di padang mahsyar nanti ialah solat kita. Marilah bersama-sama membaiki solat agar kita mendapat bantuan daripada Allah, agar terhapus kezaliman dan mendaulatkan Islam kembali di bumi ini..
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa bersembahyang, padahal sembahyangnya itu tidak dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tiada akan bertambah sesuatu dari Allah melainkan jauh daripadanya.”
Sabdanya lagi:
“Betapa banyaknya orang yang mendirikan sembahyang, tetapi bahagaian yang didapatinya dari sembahyang itu hanya penat-lelah semata-mata.”
rujukan:
khairul Ghazali, Misteri Aura dan energi Solat (2008)
No comments:
Post a Comment