Followers

nuffnang

Tuesday 7 September 2010

Betulkan Sembahyang!

Kebaikan seorang hamba itu
Bermula daripada sembahyangnya
Dari situ bermula segalanya
Kebaikan dunia dan akhirat yang diidamkan

Apabila sembahyang tepat lahir batinnya
Tuhan anugerahkan rahmat dan berkat
Tuhan akan masukkan hidayah ke dalam hatinya
Jadilah peribadi agung

Akhlak yang mulia lahir dari sembahyang
Yang dihayati dan tepat syarat rukunnya
Kerana itulah betulkan dulu sembahyang
Sebelum yang lainnya

Sembahyang tiang agama..Sembahyang ibu ibadah..Sembahyang sumber kebaikan..

Belajar bersuci dengan tepat adalah wajib dilakukan
Supaya sembahyang kita tepat
Kerana bersuci salah satu syarat
Sahnya sembahyang

Sucikanlah diri dari hadas
Sucikanlah diri dari najis
Sucikanlah hati dari segala sifat jahat
sebelum menghadap Tuhan

Lalu sembahyanglah dengan khusyuk
Mmenghadap Tuhan Cinta Agung
Faham dan hayatilah apa yang dibaca

Dirikan lah sembahyang Betulkanlah sembahyang Hayatilah sembahyang

Pada orang yang khusyuk sembahyangnya
Allah Taala akan bersihkan jiwanya
Sabar, redha dan tawakkalpun berbunga
Segala sifat terpuji menghiasi dirinya

Itulah antara peranan sembahyang
Jika benar-benar dirasakan
Kita menghadap Tuhan Yang Maha Agung
Raja segala raja

Hanya pada Allah kita menyembah
Hanya pada Allah kita memuja
Hanya pada Allah kita bergantung
Dan meminta-minta

Allah yang Maha Besar, Allah Yang MahaKuasa, Allah Yang Maha Pemurah

Janganlah kita anggap jiwa manusia
Boleh dibersihkan tanpa sembhayang
Jika sembahyang sudah mula dicuaikan
Atau tiada penghayatan

Maka seluruh pintu kebaikan
Akan tertutup dan terhalang
Kerana kita telah memutuskan
Hubungan dengan Allah

Dirikanlah sembahyang, betulkanlah sembahyang, hayatilah sembahyang

Mawaddah ; Betukanlah Sembahyang
Album; Sembahyang Membina Peribadi Agung
Vokal; Khaulah Ashaari

1 comment:

mazru said...

salam lebaran..nice lirik :)