Followers

nuffnang

Wednesday, 1 September 2010

BACALAH (Al-Quran)(penting)

Hmm. Apa permulaan untuk penulisan kali ini erk??...hmmm kita mulakan dengan beberapa soalan… soalan ini ditujukan terutamanya kepada ORANG ISLAM..

Apakah Al-Quran.???
Kenapa Al-Quran diturunkan???
Kepada siapa Al-Quran diturunkan???
Apakah Isi Kandungan Al-Quran???

Mari kita mengetahui jawapannya. Terdapat pelbagai cara untuk mengatahui jawapannya, sama ada daripada Ustaz, buku, kawan, dan sebagainya…

Untuk memahami kandungan sebuah buku, kita pasti perlu membaca buku tersebut sehingga tamat. Sama juga penulisan saya pada kali ini. Baca hingga tamat baru faham, InsyaAllah..

Untuk pengetahuan awak semua, KEFAHAMAN kita adalah berbeza walaupon dari sumber ilmu yang sama,

Misalnya jika seorang guru mengajar, anak muridnya pasti mendapat ilmu yang berbeza walaupon dari SATU cikgu, SATU bilik darjah, SATU masa yang sama…SEMUANYA dalam SATU masa yang sama dan guru yang sama,,tetapi kefahaman adalah berbeza..ada yang kurang faham,ada yang terlebih faham dari ilmu yang diajarkan oleh cikgu tersebut……

Oleh itu berdoalah kepada Allah supaya kita mendapat kefahaman yang bermanfaat dan bukan kefahaman yang memudaratkan kita..Penulisan kali ini ingin saya terangkan mengenai Al-Quran..

Sumber rujukan saya adalah dari Al-Quran…(seorang Ustaz juga perlu rujuk ini)

FIRMAN ALLAH:

Turunnya Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana(Al-Jathiyah:2).

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar (Al-Israa:9). http://www.alquran-melayu.com/?s=al-israa

Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya (Fatir:31) http://www.alquran-melayu.com/?s=al+fatir

Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya (Ali imran:3).

Walaubagaimanapon, pasti ada yang masih takut untuk membaca terjemahan Al-Quran. Ada yang merasakan kita perlu belajar dari seorang guru. Maknanya kita mesti belajar berpandukan seorang guru.

Jika itu adalah kefahaman anda. Cuba baca penulisan saya seterusnya.

FIRMAN Allah:

Demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran (Sad:1)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur (Al-Insan:23)

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (Al-Baqarah:2)

Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya(Maryam:97). http://www.alquran-melayu.com/19-maryam/

“Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu;
iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.

Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya”. (Fussilat:3-4) http://www.alquran-melayu.com/?s=fussilat

“Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya).

Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).

Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran” (Ali Imran:7)
http://www.alquran-melayu.com/3-al-i-imran/#hide

Terjemahan di atas adalah dari surah Ali Imran ayat 7..saya menjarakkan maksud ayatnya supaya anda mudah untuk membaca..sama juga seperti surah di atas, saya telah menjarakkannya.


Yang PALING PALING PENTING KEPADA SAYA ADALAH:

FIRMAN ALLAH:

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan)(Al-Qiamat:17-19).http://www.alquran-melayu.com/?s=al+qiamat

Ini juga penting bagi saya:

FIRMAN ALLAH:

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong). (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik (Al-Kahf:1-2)

Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu). (Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar) (Al-Qamar:4-5)

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya). Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: “Kami dengar”, padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya). Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya) (Al-Anfal:20-22).
http://www.alquran-melayu.com/?s=al+anfal

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.(Al-Israa:36)
http://www.alquran-melayu.com/?s=al-israa


penjelasan dan keterangan daripada PENULIS:

Mungkin penulisan ini tidak bermanfaat kepada awak. Sebaliknya ia bermanfaat kepada orang lain. saya hanya mampu berusaha. Hanya Allah yang mampu memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki

Walau bagaimanapun kita haruslah berusaha untuk mendapatkan petunjuk daripada Allah, jika sakit kita berusaha mencari ubat, jika lapar kita berusaha mencari makanan, SO JIKA INGIN HIDAYAH DARI ALLAH, KITA JUGA PERLU BERUSAHA....pelbagai usaha boleh dilakukan...

Nasihat saya, marilah kita membaca kandungan Al-Quran. Al-Quran adalah daripada Allah melalui perantaraan wahyu. janganlah kita hanya membaca Al-Quran untuk mendapatkan pahala bacaan sahaja.

Sebaliknya kita juga perlu mengetahui isi kandungan Al-Quran, kerana terdapat pelbagai maklumat di dalamnya....ini kerana terdapat ramai orang bukan islam yang telah memasuki islam kerana telah membaca kandungan Al-Quran, InsyaAllah jika kita membaca kandungannya, pasti kita juga akan dapat manfaat untuk diri kita sendiri....semoga usaha saya ini diredhai oleh Allah..aminnn

FIRMAN ALLAH:

Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai (Ya sin:5-6). http://www.alquran-melayu.com/36-ya-sin/

Saya akan membuat penulisan lagi pada masa hadapan. InsyaAllah…semoga bermanfaat. Semua penulisan disimpan dalam note saya dalam Facebook..

KLIK WEB DIBAWAH UNTUK BUKTI BERGAMBAR...(amat penting)

http://www.facebook.com/#!/album.php?aid=12271&id=100000756938130

No comments: