Followers

nuffnang

Tuesday, 31 July 2012

Ibadah Puasa

Wahai sekalian manusia! Beribadahlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang yang) bertaqwa. .
(Surah al-Baqarah:21)

Ibadah puasa merupakan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh setiap Umat Islam pada bulan Ramadhan. Namun ibadah Puasa ini bukan tertakluk pada bulan Ramadhan sahaja tetapi boleh dilakukan pada bulan-bulan lain seperti puasa sunat dan sebagainya. Sebagai Umat Islam kita perlu mendalami pengertian sebenar puasa menurut Islam. Puasa adalah dinding kepada umat Islam dan solat adalah tiangnya.Bagaimana dinding hendak lekat sekiranya tiang tiada? Kita harus ingat ganjaran yang akan kita perolehi daripada Allah s.w.t apabila kita berpuasa. Puasa adalah latihan jasad, minda, perasaan dan hati secara serentak. Kalau kita ingin menjadi insan yang hebat dan cemerlang, kita harus memantapkan kekuatan ini. 


Puasa mempunyai hikmat tersendiri sama ada dari sudut mental mahupun fizikal. Antara hikmat puasa ialah:
  • Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya.

  • Melatih jiwa supaya mempunyai rasa kasih dan belas terhadap orang-orang yang susah menderita.

  • Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat tamak, sombong, hasad dan dengki.

  • Melatih diri supaya bersifat sabar dan tahan menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.

  • Menanam semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan semangat perpaduan.

  • Menanam semangat sama rata dan menjauhkan sifat beza membeza di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung perintah Allah.

  • Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peraturan dan menghargakan masa, kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.

  • Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.

  • Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh, terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.

  • Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana bulan ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul Qadar dan sembahyang tarawih
1.Hamil @ Amir Abdul Hameed & Mohd Shukri Othman, 2008, Pendidikan Islam, Sasbadi.,  




 

No comments: