Followers

nuffnang

Thursday 5 January 2012

Lets Smile!

Sebuah pesawat yang membawa 5 org penumpang telah mengalami kerosakan enjin dan tinggal masa utk terhempas. Malangnya hanya ada 4 beg payung terjun sahaja di dalam pesawat tersebut. ... 
Penumpang pertama berkata... " Aku Datuk Lee Cong Wei. Malaysia amat memerlukan aku dalam kejohanan All England. " lalu dia pun mengambil beg pertama dan terus terjun. 
Penumpang kedua pula berkata... " Aku Mark Zuckerburg. Takde aku, takde Facebook. So biarkan aku hidup. " lalu mengambil beg kedua dan terus terjun. 
 Penumpang ketiga muncul... " Aku presiden Amerika Syarikat George W. Bush. Aku ada tanggungjawab untuk menjaga negara dan rakyat. Tambahan pula aku seorang presiden yang terpandai dalam sejarah Amerika. Aku juga bla bla bla... " 10minit berlalu, dia mengambil beg ketiga dan terus terjun tanpa menoleh kebelakang. 
Penumpang keempat pula Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun. Katanya : " Aku seorang muslim dan biarkan Allah sahaja yg menentukan nasibku. Kamu ambillah beg payung terjun tersebut dan selamatkanlah diri kamu. Lalu budak tersebut pun berkata... " Jangan bimbang pakcik, ada satu lagi beg payung terjun untuk pak cik. Presiden yang kononnya terpandai dalam sejarah Amerika itu telah terambil beg sekolah saya "

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak pun ada dapat email ini. Tapi baca banyak kali pun tetap senyum juga. Sebenarnya joke ini nak kenakan George Bush yg konon bijak... kelakar kan...

Unknown said...

haah in reality pun dia serta konco2 yahudi dan freemasonnya menyangka mereka bijak tapi perancangan Allah lebih hebat sebenarnya..