Followers

nuffnang

Monday, 2 January 2012

Ada Apa Dengan Tahun Baru

Pantas masa berlalu..kini telah masuk ke tahun 2012 Masihi. Semua sibuk bercakap tentang azam baru, dan segala yang berkaitan.. bagi diri ini semangat2 masuk tahun baru masihi ini tiba-tiba lesap. Dulu ya beria-ia, berdebar-debar..tapi tidak kini..terasa hambar segala-galanya.. 

Mungkin kerana kita sebagai Umat Islam baru memasuki Tahun Baru Hijrah. Azam dan doa telah ditanam sebelum dan selepas memasuki tahun baru Hijrah yang lalu. Dan ini adalah kali pertama menyambutnya di masjid. Tahun-tahun sebelum ini mak atau arwah abah akan berpesan untuk berdoa. Tapi banyak kali juga terlepas saat2 penting itu. Semakin lama semakin sedar betapa hidup ini terlalu banyak mengikut sistem yahudi..
untuk apa dimeriahkan sambutan gilang gemilang tahun baru Masihi, tapi sambutan tahun baru Islam dibuat endah tak endah sahaja...

Buat apa ditanam azam2 duniawi yang berlebih-lebih tapi azam2 ukhrawi sikitpun tidak terlintas di fikiran?
"tahun ni nak jadi lebih kaya, tahun ni nak jadi lebih cantik, tahun ni nak jadi lebih bergaya dan bla..blaa..blaa.."

sedikit sekali yang berazam [ terutama diri ini ]
-tahun ini mahu jadi lebih solehah
-tahun ni nak tambah lebih ilmu agama
-tahun ni nak banyakkan amalan sunat, 
-tahun ni nak lebihkan qiamullail
-tahun ni NAK PERBAIKI DIRI
-dll

sedikit sekali....


Sabda Rasulullah SAW:
"berusahalah seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan berusahalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari"

hadis riwayat Muslim


kesimpulannya; adillah diantara keduanya...jangan terlalu mengejar dunia tetapi kehidupan akhirat yang abadi diabaikan dan jangan pula terlalu mengejar akhirat tetapi dunia tunggang langgang. Dan jangan pula berbangga dengan amal sendiri sehingga sudah merasa selamat dari api neraka..lupakanlah, kenangkan dosa-dosa kita selalu agar sentiasa bertaubat..

-sekadar pandangan peribadi, kalau ada kekhilafan mohon ditegur dan dimaafkan-


sebagai penutup mari renungkan Firman Allah dalam Surah Al-Qasas ayat 77:
"Dan carilah negeri akhirat dengan apa yang dianugerahkan Allah kepadamu tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang suka membuat kerosakan"


sekian, Thanks reading!

2 comments:

Namee Roslan said...

hey, seriously i like ur new layout. sangat kemas dan bersemangat saya nak baca lagi ! :D hehe. selamat tahun baru buat kamu. semoga tahun baru ni kita hijrah ke lebih positive :)

Unknown said...

thank yiu sis namee! yup stuju, lbih kmas...sblum ni taktau nak delete widget yang mana..akhirnya delete semua..huhu