Followers

nuffnang

Tuesday 8 November 2011

Seksualiti Merdeka..Merdekakah??

Bismilllahirrahmanirrahim..
Kali ini ingin berbicara tentang seksualiti merdeka..
isu yang teramat hangat diperkatakan sekarang..Walaupun program tersebut yang bertemakan "Queer Without Fear" yang sepatutnya  berlangsung dari 2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery telah pun dibatalkan kelmarin, tapi isu ini adalah isu yang amat serius. 


Teringat semasa aktif dalam arena perdebatan Bahasa Inggeris dan mewakili UiTM Terengganu serta Johor ke pertandingan debat antarabangsa...dalam debat bahasa inggeris, isunya global merangkumi semua aspek, tidak seperti debat bahasa melayu ala parlimen yang terikat dengan undang-undang dan peraturan tertentu. Antara tajuk yang paling tidak suka saya debatkan dan terasa berdosa melakukannya ialah "This House Would Legalize Gay Marriage". Oh My Allah! Tak silap saya itu hanyalah tajuk dalam latihan intensif kami selama seminggu... saya pula di pihak kerajaan atau government @ affirmative dalam bahasa inggerisnya. Bayangkan anda perlu menyokong kemungkaran dan bercakap bagi pihak golongan2 laknat ini!


Akhirnya saya meninggalkan dunia perdebatan bahasa inggeris yang amat saya cintai semenjak sekolah rendah ini kerana ia menuntut komitment yang tinggi jika ingin petah berpidato. Perlu rajin membuat research untuk mengetahui isu-isu semasa, juga kerana pergaulan bebas dalam kalangan peserta setiap kali tournament-paling menyedihkan bila melihat anak Melayu Islam; hanya kerana menyertai English Debate, dah rasa westerners sangat!- dan kerana tajuk-tajuknya yang 'marabahaya'...


Berbalik kepada Seksualiti Merdeka, program ini kononnya berteraskan perjuangan "Human Right", menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Ya Allah, melampau-lampau! Malaysia ini adalah negara Islam, agama rasminya Islam, terletak di kawasan timur peta bumi yang mana diketahui dunia dengan adat dan budaya warga timurnya yang sentiasa mementingkan kesopanan..


Utusan melaporkan;


"Kami tetap bertekad untuk mewujudkan lingkungan kondusif yang akan membantu mengurangi kebencian tak berasas seperti hasutan ketakutan dan paranoia, yang disebabkan oleh kurangnya pemahaman bahawa isu-isu seksualiti sebenarnya adalah isu hak asasi manusia," menurut kenyataan itu di www.seksualitimerdeka.org.
Khamis lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharamkan penganjuran Seksualiti Merdeka yang bermula pada 1 hingga 13 November kerana bertentangan dengan agama dan moral kemanusiaan.Menurut kenyataan itu lagi, penganjur turut menyelar kerajaan berhubung pengharaman program yang dikatakan sebagai menafikan hak golongan LGBT di negara ini.
"Kerajaan Malaysia seharusnya menyelar apa jua bentuk diskriminasi, stigma dan ancaman keganasan atau bunuh atas nama agama atau sistem kepercayaan; dan menghormati hak asasi golongan LGBT sebagai hak asasi manusia sejagat.
"Kerajaan juga harus menghormati hak kami untuk menganjurkan forum, bengkel dan pertunjukan secara aman," menurut kenyataan itu. Penganjur mendakwa, tindakan pengharaman itu sebaliknya akan meminggirkan lagi golongan warga Malaysia (LGBT) yang telah sedia menderita akibat dipinggir masyarakat. Menurut kenyataan itu, golongan LGBT harus dihormati sebagai manusia dan perbezaan mereka tidak wajar digunakan sebagai alasan untuk melanggar hak-hak mereka. "Hak-hak seksual adalah hak asasi manusia sejagat berdasarkan kebebasan, maruah dan kesamarataan semua manusia," katanya.Sementara itu, penganjur mendakwa program Seksualiti Merdeka yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun selama ini tidak pernah dihalang oleh mana-mana pihak.




Wahai manusia, memang tak dapat dinafikan segelintir anggota masyarakat yang tidak berhati perut mencerca, menghina golongan seperti kamu- tapi ini bukan jalannya! Kenapa tidak dibalas tohmahan itu dengan sebuah kejayaan yang akan membuat mereka terduduk diam, tapi sebaliknya kamu membuat kemeluatan orang padamu bertambah-tambah. Ada pula diantara golonganmu yang menghasut dan menggoda manusia normal lain ke lembah kejimu. Dan dengan program ini, kamu akan menarik dan merosak-rosakkan lebih banyak anak bangsa... 


Entah apa lagilah rencana Ambiga selepas IFC, Bersih dan Seksualiti Merdeka ini. Memang gila kuasa, gila glamor! Berangan nak jadi PM Malaysia ke?? Kau perempuan normal, mengapa perlu diperjuangkan golongan  yang menolak fitrah? Kenapa tidak kau kumpulkan mereka dan didik mereka agar kembali kepda fitrah?? Barulah kau akan disanjung oleh semua agama, bangsa dan negara...malah nama kau akan tercatat dalam buku sejarah kerana memberi sumbangan besar dari sudut kemanusiaan..atau kau perjuangkannya kerana kau sendiri yang berselera sesama jantina?? 


Dengan memperjuangkan Seksualiti Merdeka Ambiga terus merendahkan martabatnya sabagai seorang manusia, adakah apa yang diperjuangkan ini akan mendapat pujian?? Tidak sama sekali! sebaliknya kejian demi kejian dan akan terus-terusan merendahkan martabat manusia yang diperjuangkannya... 


persoalannya mudah.. 
Kau dilahirkan sebagai perempuan /lelaki, kenapa tak hidup sahaja sebagaimana yang dilahirkan??
Kalau orang lain boleh melawannya, kenapa tidak kau??
Kalau orang lain boleh berkahwin secara normal walaupun mengekalkan sifat berlawanan jantina itu? why not u?
Adakah dengan berkahwin sesama jenis akan memuaskan tuntutan fitrahmu yang inginkan anak sendiri??
Kau katakan its human right, tapi terfikirkah kau, its the Creator right??
Bertaubatlah sebelum terlambat....



















1 comment:

Namee Roslan said...

perkara ini sgt complicated kan. em ni sebab xde wujud kerjasama sesama kita. golongan macam tu dihina dan dicerca oleh masyarakat sampai kan ada pihak (ambiga) yg berdiri untuk mereka bg menuntut hak mereka. yelah, Ambiga tu bukan Islam, boleh lah dia fikir macam tu. yg kita Islam plak marah2 n caci Ambiga. bg saya tu bukan caranya untuk lawan Ambiga. dengan caci maki, nmpak kita yg busuk.nmpak mcm agama kita pula yg ajar . tp peliknya, ramai juga org Islam kita yg sokong program merdeka tu.