Followers

nuffnang

Wednesday, 17 August 2011

Ajarkan Aku Tuhan


Tuhan jika aku masih sujud padaMu
menunjukkan Engkau masih memanggil aku..
Engkau masih lagi benarkan aku membesarkanMu
Namun aku sahaja tidak pandai beradab denganMu

Aku hambaMu memang tidak pandai beradab
tapi Engkau masih sudi menerima aku
begitulah rahmat dan kasih sayangMu
hanya aku sahaja tak pandai menerima rahmatMu

Tuhan ajarkanlah bagaimana beradab denganMu
agar aku dapat bersopan sesuai dengan kebesaranMu
aku takut setiap kali aku menyembahMu
aku derhaka denganMu tanpa disedari...

wahai Tuhanku ampunkanlah aku
kalau aku tidak pandai membesarkanMu Tuhan
maafkanlah aku tidak pandai beradab
begitulah hambaMu
selalu sahaja tidak beradab denganMu

Janganlah Kau putuskan hubunganku denganMu Tuhan
teruslah panggil aku untuk menghadapMu Tuhan
aku pula cuba membaiki hubunganku denganMu Tuhan
pimpinlah aku lagi agar pandai membesarkanMu

Tuhan ajarkanlah kepadaku
bagaimana beradab dalam sembahyangku 
agar Kau tak putuskan hubungan denganMu
kalau Kau putuskan musnahlah hidupku
Engkaulah sahaja harapan ku...

Vokal : Siti Fatimah Ashaari At-Tamimi
Mawaddah