Followers

nuffnang

Sunday, 10 July 2011

From HipHop to Nasyeed..SUbhanallah...

Bismillahirrahmanirrahim....
sedikit bingkisan untuk dikongsi bersama.. Suatu masa dahulu pasti anda terhibur dengan kumpulan Ruffedge, V.E dan Innuendo kan? dengan lagu Khayalan, Belaian Jiwa, Tipah Tertipu.dll yang menjadi fenomena masyarakat.. Saya bukanlah peminat tegar artis. Tapi saya minat juga mereka kerana kemantapan harmoninya.... Kadang-kadang tu curi-curi juga dengar dan tonton di TV (almaklum; arwah abah sekat sikit). Tapi mereka memang berbakat besar dalam bidang masing-masing.. Nama pun sedap je. Yang paling saya suka nama Azan. Cuma terfikir agak tidak logik dia menjadi ahli kumpulan hip-hop.. Tapi nak buat macam mana, kalau itu jalan yang dia pilih..makin lama makin tenggelam ahli-ahli kumpulan yang fofular ni.. Ada yang dah meninggalkan pun dunia hiburan, meninggalkan kumpulan dsbnya...

Baru-baru ni saya dikejutkan dengan perubahan bekas-bekas ahli kumpulan Innuendo, Ruffedge dan VE Seperti Abang Amer, Azan, Lah Ahmad, Pot Amir, Zaff dll.. Perubahannya masyaAllah! Bertukar 100%! daripada hip hop kepada kumpulan NASYID!! masyaAllah...terharu sangat2 dengan perubahan mereka....tak habis2 hati dan lidah ini memuji-muji Allah di atas kebesaranNya mengurniakan taufik dan hidayah kepada mereka....manakan tidak, Lah Ahmad siap ada protege lagi bagi program Mentor dan semuanya adalah berbakat besar serta punya pengikut dan peminat tersendiri..

Kalau sesiapa yang berkesempatan menonton Astro Oasis untuk pelancaran Imam Muda Musim Kedua lepas, dari situlah mula diketahui ramai akan 'penghijrahan' mereka.. Dahulu lagu mereka banyak memuja wanita, cinta, dunia dll...tapi sekarang bibir2 mereka mengalunkan selawat kepada junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, dan kepada cinta teragung; Allah SWT...Dahulu pakaian mereka pakaian barat, kini pakaian mereka pakaian sunnah, dahulu bicara mereka biasa-biasa sahaja, kini bicara mereka penuh puji-pujian kepada Allah azzawajalla...Subhanallah...

Alhamdulillah, kali ni bolehla saya menonton mereka tanpa segan silu lagi; tanpa perasaan berdosa melihat perkara-perkara lagho...Tapi tengok lama-lama pun tak boleh juga, walaupun mereka bernasyid; kerana telah tertulis di dalam mukjizat Alquran agar wanita memelihara pandangan. Bukan wanita sahaja, dalam surah Annur; Allah memerintahkan lelaki dahulu... :-))

No comments: