Wanita solehah
Malu pada seorang wanita itu
Sebenarnya di situlah letaknya
keindahan dan kecantikannya
Bersopan santun, berakhlak mulia
Maruahnya dijaga
kerana ia adalah harga dirinya
Pandai bergaul
tapi tidak bebas dan terbabas
Pakaiannya kemas
tapi tidak terlalu mewah
atau menunjuk-nunjuk
dan tidak terlalu rendam dunia
berbudi bahasa, peramah dan mesra
wanita solehah
auratnya dijaga tidak didedahkan
pada bukan muhramnya
wanita solehah
matanya selalu ditundukkan
terutama pada lelaki ajnabi
bahasa bersahaja mengikut semula jadinya
tidak dibuat atau mengada-ngada
percakapan dijaga
tidak menyindir atau mengata
atau memuji-muji diri dan keturunannya
wanita solehah...
suaminya dihormati dan ditaatinya
rajin bekerja
mengemaskan rumah tangga budaya hidupnya
beribadah dengan Tuhan tidak diabaikan
bahkan sentiasa istiqamah ibadhnya
kehormaatn jirannya
ketika berjalan jauh bersama muhramnya
wanita solehah...
sgt bersimpati sgt pemurah
kepada yang memerlukan
wanita solehah
sentiasa baik sangka
dan mendoakan sesama manusia
wanita solehah...
No comments:
Post a Comment