Followers

nuffnang

Thursday 14 August 2014

Mengenali Tan Sri Khalid Ibrahim



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilahirkan pada tahun 1946 di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram, Batu 20, Kuala Selangor dan merupakan anak watan kebanggaan penduduk di kawasan tersebut.
Kisah beliau bolehlah diumpamakan seperti sebuah cerita klasik rakyat dimana daripada seorang anak kampung biasa beliau meningkat naik menjadi pemimpin terkemuka dunia korporat. Kini, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar di negeri terkaya dan termaju, Selangor Darul Ehsan.


Dalam dunia korporat samada di arena nasional mahupun antarabangsa, nama Tan Sri Khalid bukanlah nama asing.Penerima anugerah " CEO Of The Year 1997 " mula dikenali apabila berjaya mengambil alih syarikat perladangan tertua dan terbesar di Eropah, Guthrie Plc melalui satu insiden yang dipanggil " down rid" atau " serangan subuh ". Usaha pengambilalihan ( M&A ) secara mengejut itu telah mengejutkan pasaran saham London juga pemain utama dan terkenal dalam industri perladangan di seluruh dunia.

Beliau mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jeram sekitar awal 1950an dan menduduki peperiksaan Special Malay Class. Khalid Ibrahim seterusnya menyambung pelajaran di sekolah Inggeris di Kampung Kuantan.
Beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan lulus cemerlang dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Khalid Ibrahim kemudian memperolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Queensland, Australia.
Khalid Ibrahim, anak jati Kuala Selangor sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Selangor adalah Pengerusi Dana Amanah Millenia Berhad dan ahli lembaga pengarah Sirim Berhad. Beliau juga dilantik sebagai penasihat Bank Pembangunan Islam (IDB), Jeddah.
Selain itu beliau adalah Ahli Lembaga, Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan AhliKehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).
Bekas guru dan pensyarah di beberapa institusi pengajian tinggi termasuk UKM ini pernah memegang jawatanKetua Pegawai Eksekutif di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).
Di PNB, beliau adalah antara pengasas dan tenaga utama yang menjayakan Skim Amanah Saham Nasional dan kemudiannya Amanah Saham Bumiputra sehingga mampu memberikan pulangan yang baik kepada pelabur. Skim ini kemudiannya diperkembangkan kepada seluruh rakyat malaysia melalui pelbagai tabung lain. Kejayaan mewujudkan skim pelaburanAmanah Saham Bumiputra telah membantu mempertingkatkan kekayaan bumiputra dalam ekonomi negara.
Penduduk Kuala Selangor sering mengingati jasa Khalid Ibrahim yang mengusahakan pembinaan Pusat Latihan Penyelenggaraan Jentera Perindustrian dengan kerjasama UMW Berhad di Kuala Selangor. Pusat tersebut telah membantu memberi latihan kepada remaja miskin dari kawasan sekitar termasuk Ijok, sebelum diserapkan sebagai tenaga kerja di UMW Berhad. Pusat tersebut mula beroperasi dari tahun 1994 sehingga kini.
Khalid Ibrahim juga memperkenalkan Program Rakan Jaya Diri yang khusus untuk melatih pelajar-pelajar yang tercicir dari persekolahan. Mereka diberi peluang latihan dalam kerja di Guthrie Berhad dan diajar kemahiran komunikasi dan kemahiran asas pejabat bagi memudahkan mereka diserapkan berkerja di mana-mana syarikat.
Kedua-dua program ini memberi sumbangan bermakna kepada meningkatkan taraf kehidupan penduduk sekitar Kuala Selangor termasuk Ijok.
Atas kesedaran bahawa negara dan negeri Selangor sendiri berada di dalam keadaan yang parah akibat penyelewengan, korupsi dan salahguna kuasa yang berleluasa; Khalid Ibrahim mengambil keputusan bahawa keadaan mesti diperbetulkan melalui perubahan politik.
Kerana itu, Khalid Ibrahim menyertai Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2006 dan dilantik sebagai Bendahari Agung dan kemudiannya Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor. Pada tahun 2007, beliau telah dipilih sebulat suara oleh ahli-ahli parti di Bahagian Kuala Selangor sebagai Ketua Bahagian. Sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim memegang jawatan Menteri Besar Selangor, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, ADUN Ijok, Setiusaha Agung Parti Keadilan Rakyat dan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.
Usaha menaikkan taraf hidup rakyat dan pendidikan anak-anak muda adalah keutamaan Khalid Ibrahim. Pengalaman beliau sendiri yang membesar di dalam suasana kampung di Kuala Selangor, membolehkan Khalid Ibrahim memahami kepentingan pendidikan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Alhamdulillah apabila beliau menang kerusi DUN Ijok dan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, pelbagai program untuk kesejahteraan rakyat Selangor dilakukan. Bekalan Air percuma untuk rakyat Selangor,saguhati RM1500 untuk anak Selangor yang ditawarkan ke IPTA, program merakyatkan ekonomi Selangorskim takaful kafilah, memperkasakan ekonomi melalui penambahan pelaburan asing ke dalam negeri Selangor dan meningkatkan pendapatan anak- anak syarikat kerajaan negerimembasmi kemiskinanelaun untuk ibu tunggal, programmeningkatkan pendapatan belia dan terbarumeningkatkan elaun guru KAFA ( Kelas Agama dan Fardu Ain ) juga cubaan memperkasakan sistem pendidikan keagamaan melalui langkahmemperkenalkan Sekolah Menengah Agama Teknik dan Vokesional.
Apapun Mahasiswa Malaysia mengharapkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran negara Malaysia tercinta, Tan Sri Khalid Ibrahim haruslah dilantik ke jawatan kanan kabinet iaitu sebagaiMenteri Kewangan Malaysiayang baru. Pengalaman Khalid dalam dunia korporat di peringkat nasional dan antarabangsa terutama dalam membina kecemerlangan Kumpulan Permodalan Nasional Berhad dan Guthrie Berhad haruslah dimanfaatkan.
Mahasiswa Malaysia yakin Tan Sri Khalid Ibrahim adalahcalon terbaik di antara terbaik yang mampu mengemudi Malaysia bersama- sama pemimpinan lain dalam Pakatan Rakyat dalam membina ekonomi negara menuju sebuah kuasa ekonomi terunggul bukan saja di Asia Tenggara bahkan di arena global. Mahasiswa Malaysia penuh yakin pengalaman luas Tan Sri Khalid di arena nasional dan antarabangsa dalam ekonomi dan perniagaan mampu menjadikan Malaysia kuasa ekonomi baru setaraf Singapura atau lebih baik. Sejarah telah membuktikannya dan sekali lagi Mahasiswa Malaysia percaya Tan Sri Khalid akan membentuk satu lagi sejarah kegemilangan buat dirinya dan negara tercinta.


No comments: