Followers

nuffnang

Dr Badrul Amin

halwa kalbu

halwa kalbu

Tuesday, 22 March 2011

Marilah Bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, masih bernyawa lagi dan diberi nikmat yang tak terhitung oleh Zat Yang Maha Agung. Bersyukurlah kita atas segalanya, lihatlah orang sekeliling, terlalu ramai yang hebat-hebat dugaannya. Sudahkah anda bersyukur hari ini? Bagaimana anda bersyukur? Apa yang kita syukuri? Kepada siapa kita bersyukur?
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).


Syukur, sesuatu yang mudah untuk di katakan, mudah untuk dijelaskan … tetapi tidak mudah untuk dilakukan. Ramai orang Alhamdulillah hanya dibibir, tapi tidak dengan pebuatan. Sebagai contoh;  Alhamdulillah setelah mendapat rezeki dengan cara haram. Syukurkah? Allah terima kah? Bayangkan kalau kita diragut seseorang, kemudian dibawanya lari dompet kita. Bersyukurlah sekurang-kurangnya duit kita yang melayang, bukan nyawa kita. Setengah orang lebih suka mencarut bila menemui situasi yang menyulitkan seperti ini.  


Berbicara tentang sykur; belakangan ini ramai betul artis yang bertudung. Alhamdulillah... kita lihat satu persatu, Noorkumalasari, Aishah, Noraniza Idris, Nora, Farah Diana Anuar, Liza Hanim, Catrioana Ross dan terkini Irma Hasmie. MasyaAllah...semakin ramai. Inilah salah satu cara mereka bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan; bakat, kecantikan, kasih sayang orang ramai, rezeki yang melimpah ruah dan sebagainya.


Ini juga berkat doa peminat, orang ramai dan kaum keluarga agaknya. Iyelah, kita selalu berdoa selepas solat untuk semuanya. Betul tak?  Biasanya doa orang soleh seperti wali Allah, ulama' itu yang lebih berkat. Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, antaranya; lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin. Jadi Islam telah menganjurkan, marilah kita berbuat. Sesungguhnya Islam itu agama kesejahteraan..

Jadi rakan-rakan sekalian, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan semua muslimin dan muslimat, musuh ke tak ke, benci ke sayang ke. Sepertimana Rasulullah SAW sentiasa mendoakan orang yang memusuhi Baginda, marilah kita contohi akhlak Baginda yang mulia ini. Kepada artis kesayangan kita, tunjukkan kasih sayang kita dengan mendoakan kesejahteraan mereka; walaupun mereka tak tahu...huhu. didoakan agar menerima hidayah dan taufiq yang berkekalan dari ALLAH swt. Bukan setakat yang beragama Islam sahaja, yang bukan Islam pun sama-sama kita doakan. Sanggup ke tengok orang yang kita sayang menjadi bahan bakar di neraka kelak?Dan dan yang kena bakar tu kita!Nauzubillah....




Kesimpulannya; syukurilah apa yang kita punya, syukurilah apa yang kita dapat. Mensyukuri apa yang kita punya walaupun hanya sedikit akan lebih baik daripada berlimpah tapi tidak bersyukur. Mudah-mudahan Allah menjadikan kita sebagai insan yang pandai bersyukur. Amin






1 comment:

♥NuR SyAFiQah♥ said...

wah..comelnye irma pakai tudung :)

There was an error in this gadget