Followers

nuffnang

Dr Badrul Amin

halwa kalbu

halwa kalbu

Friday, 4 February 2011

Bulan Februari Datang Lagi..

Bismillahirrahmnirrahim..
Alhamdulillah panjang lagi umur saya di bumi bertuah Malaysia ini..
Hari ini dah masuk 4 Februari tahun 2011..
Bercakap pasal Februari, semua orang tahu kaitan rapatnya dengan Sambutan Hari kekasih.
Mesti ramai pasangan bercinta sedang memikirkan sambutan Valentine kan?
Waah seronoknya ya, ada orang nak bagi hadiah..ada orang rindu kita, ingat kita. Siap ada planning bertunang, berkahwin, cuti, tempat date dan sebagainya pada tanggal 14 Februari itu nanti..

Tapi dalam bulan Islam, hari ini dah masuk 1 Rabiul Awwal. Sedar kah wahai Muslimin? Ia adalah bulan ketiga dalam bulan Islam dan juga bulan kelahiran junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW. Sepatutnya kita lebih siapkan untuk itu, perbanyakkan selawat untuk Baginda dan mengenang segala jerih payah Baginda dalam menegakkan agama suci ini agar bertambah rasa cinta kita kepadanya dan seterusnya kepada agama suci ini. 
Sabda Rasulullah SAW, 

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas) 

Secara kebetulan, 12 Rabiul Awwal jatuh pada 15 Februari nanti..
Sama-sama kita saksikan bagaimana meriahnya sambutan Umat Islam kepada 'Hari kekasih' itu nanti..
Tetapi kekasih itu adakah teman wanita/ lelaki, 
ataukah Rasulullah SAW??

Sebagai peringatan buat diri sendiri yang masih lemah dan cinta dunia ini, tema penulisan bulan ini adalah cinta dan tentang Baginda Rasul SAW.
Semoga dengan itu bertambah rasa cinta ini kepada Baginda, kepada agama kebenaran ini dan kepada Allah yang Maha Agung. 
Semoga dengan itu mengurangkan rasa cinta dunia dan mazmumah dalam diri ini bila benar-benar mencintai Rasulullah SAW..
InsyaAllah..

No comments:

There was an error in this gadget