Followers

nuffnang

Friday, 28 January 2011

Jason Mraz sokong gay

Saya memang dah lama macam kurang berkenan dengan sorang artis Barat ni. Most of them memang tak suka pun...tapi dalam tak suka tu tetap mendoakan mereka dan mengucap syukur kepada Allah kerana tidaklah seperti mereka dan harapnya hidayah ini berkekalan hingga ke hujung nyawa..


Catatan kali ini berkenaan penyanyi terkenal kelahiran Virginia; Jason Mraz yang kononnya memperjuangkan 'hak' golongan gay. Ikuti sambungan dari Kosmo -->>



JASON MRAZ
JASON Mraz mengaku telah melamar kekasihnya, Tristan Prettyman untuk berkahwin. Bagaimanapun, mereka yang telah bertunang sebelum Krismas tahun lalu tidak akan berkahwin selagi cinta sejenis golongan gay tidak diberi hak untuk berkahwin seperti pasangan normal.
Hal itu diluahkan penyanyi yang cukup popular dengan lagu I'm Yours kepada Us Weekly.
Katanya: "Saya dan Tristan bersetuju untuk berkahwin dalam majlis yang akan dihadiri oleh kaum keluarga, sahabat dan komuniti kami. Tapi kami tidak akan berkahwin selagi perkahwinan sejenis golongan gay tidak diluluskan.
"Selepas hak mereka (golongan gay) terbela, barulah kami akan berkahwin. Saya rasa membenarkan perkahwinan sejenis adalah satu langkah besar dalam undang-undang dalam memberi hak kepada individu itu."
Bagaimanapun Jason bukanlah satu-satunya artis yang menyokong hubungan sejenis ini. Sebaliknya artis Barat seperti Elton John yang sudah pun berkahwin dengan pasangan sejenisnya David Furnish.


Nauzubillahiminzalik! Istighfar panjang2..janganla pulak ada artis kat Malaysia nak tiru. Diorang ni kan suka meniru. Hak konon. Allah dah cipta segalanya berpasang-pasangan. Malam dan siang, pagi dan petang, lelaki dan perempuan, jantan dan betina, dosa dan pahala, syurga dan NERAKA! 


Kenapa perlu lawan segala yang telah Dia tentukan?
Kenapa tidak berfikir??
Kenapa tidak patuh dan taat sahaja?


Jawapannya...saya pun tak tahu..sebab diri sendiri masih terawang-awang..masih belum terjamin keselamatannya di alam sana...masih berbuat dosa zahir dan batin setiap hari...


Jason Mraz my dear; I pray that one day u'll know the stupid thinking that u r having rite now..hopefully u 'll get to know about ur Creator n fall in love to Allah Almighty..



No comments: