Wahai Tuhan kami, Engkaulah keselamatan, dan daripadaMulah keselamatan.
Kau Maha Suci Tuhan kami dan Maha Tinggi.
Hai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan Kemuliaan,
kami dengar dan kami taat.
Ampunkankanlah kami hai Tuhan kami
dan kepadaMulah kesudahan kami.
Oh Tuhan tolonglah tentera-tentera Muslimin
dan askar-askar yang mengesakan Tuhan,
dan binasakanlah orang-orang kafir
dan orang-orang degil
dan pembawa-pembawa bidaah
dan orang-orang yang menyekutukanMu
dan hancurkanlah musuh-musuhMu, musuh-musuh agama Islam.
Dan tolonglah kami terhadap mereka hai Tuhan sekalian alam.
Hai Tuhan, pecahkanlah kumpulan mereka
dan bubarkan himpunan mereka
dan dan kurangkan bilangan mereka
dan goncangkan kaki-kaki mereka
dan turunkanlah seksa yang pedih keatas mereka
dengan kekuasaanMu, hai Tuhan sekalian alam.
Tuhan kami hai Tuhan kami, tolonglah kami mengatasi kaum kafir,
hai Tuhan kami ampunkanlah kami dari dosa-dosa kami
dan matikanlah kami sebagai orang Islam
dan moga-moga Allah sejahterakan penghulu kami,
Muhammad dan keluarganya
dan sahabat-sahabatnya sekalian.
Maha Suci Tuhanku Tuhan yang mulia daripada segala sifat kekurangan.
Dan salam keatas sekalian Rasul-Rasul
dan pujian-pujian yang sebenar ialah bagi Allah, Tuhan sekalian alam..
No comments:
Post a Comment