Followers

nuffnang

Wednesday, 3 November 2010

Mari Kenal Allah

Di dalam ajaran Islam, mengenal Tuhan lebih dahulu
Adalah perkara yang pertama dan utama
Selepas itu barulah mengenal syariat-Nya pula
Tujuan mengenal Tuhan agar hamba-hamba-Nya
Di kalangan manusia cinta kepada-Nya
Pepatah Melayu ada berkata:
Tidak kenal maka tak cinta
Percaya sahaja adanya Tuhan tapi tidak kenal Tuhan
Sudah tentu cinta tidak berbunga
Tidak cinta kepada Tuhan
Syariat-Nya orang tidak akan menghormati
Mari kita mengenal Tuhan
Agar kita cinta kepada-Nya
Tuhan adlah ALLAH yang mencipta dunia
Akhirat dan seluruh isinya
Mencipta manusia bahkan mencipta segala-galanya
Dia adalah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui
Maha Melihat, Maha Mendengar
Maha Berkehendak dan Kehendak-Nya
Tertunai segala-galanya
Tuhan adalah mengadakan dan mentiadakan
Mematikan dan menghidupkan
Menghukum sama ada di dunia mahupun di Akhirat
Kerana keadilan-Nya
Tuhan adalah segala-galanya
Dialah yang memberi makan dan minum
Dialah yang menyakitkan dan menyembuhkan
Memiskinkan dan mengkayakan
Menjatuhkan dan menaikkan seseorang atau sesuatu bangsa
Memberi rahmat dan nikmat
Memberi nikmat dan bala bencana
Mendidik, mengasuh, menjaga dan memberi keselamatan
Memberi petunjuk dan menyesatkan sesiapa yang Dia suka
Tapi semuanya berlaku dengan ketentuan
Dan undang-undang-Nya
Siapa yang masuk Neraka adalah dengan keadilan-Nya
Siapa yang masuk Syurga adalah dengan rahmat-Nya
Tuhan adalah Zat yang Maha Esa
Tidak ada bandingan dan tandingan
Tidak ada penyamaan dan penyerupaan
Maha Suci daripada penyerupaan
Dan Maha Suci daripada dapat dilintaskan
Hakikat Zat-Nya Dia sahaja yang menetahui
Tiada di kalangan makhluk-Nya yang mengetahui
Sekalipun para malaikat yang suci daripada dosa
Dapat menguasai
Kuasa atau Qudrat-Nya bukan dengan tenaga
Kehendak-Nya bukan dengan perasaan-Nya
Tuhan tidak ada perasaa macam manusia
Yang berkuasa dan berkehendak adalah zat-Nya
Begitu juga melihat, mengetahui
Mendengar adalah Zat-Nya
Yang mempunyai sifat-sifat itu semuanya
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Maha Qahhar dan Jabbar
Tuhan adalah sumber segala kebaikan
Mintalah apa sahaja kalau Dia menerima
Dia boleh bagi apa sahaja
Dia adalah cahaya langit dan bumi
Petunjuk kepada manusia menuju Tuhannya
Dia adalah Maha Agung, maha Besar, maha Hebat
Maha Cantik mengikut ukuran Tuhan
Bukan ukuran makhluk
Cantik secara Khaliq bukan secara makhluk
Dia adalah maha Sempurna tidak perlu disempurnakan
Dia adalah penentu segala-galanya, Dia tidak ditentukan
Kekayaan-Nya tidak berkesudahan
Pemberian-Nya tidak akan berkurangan
Tuhan adalah pemimpin bagi orang yang bertaqwa
Dan menjadi musuh kepada orang kafir
dan orang yang ingkar
Dia adalah Cinta Agung
Sepatutnya semua manusia mencintai-Nya
Sepertimana dia juga patut ditakuti
Dia adalah pemimpin, Dia adalah idola
Dia patut diagungkan, disembah dan dipuja
Dia tempat bermesra dan tempat bermanja
Tempat mengadu, tempat meminta
Tempat menyelesaikan segala masalah
Dia adalah penenang jiwa
Tempat harapan tiada kecewa



F.A.T



No comments: