Followers

nuffnang

Monday, 18 October 2010

Jejak Dajjal..part 5 dan Kesimpulan...

Kod #8: Merlin, The Prophet of Magic

Merlin, tukang sihir dan juga penasihat King Arthur (Raja pertama England) digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru yang mengaja pelbagai pengetahuan kepada King Arthur dan rakyat England ketika zaman awal negara itu. Orang Englad ketika itu menggelar Merlin sebagai Nabi Sihir.
Perwatakan Merlin dikatakan kerap muncul dan kemudian hilang. Dia dikatakan kerap ke hutan untuk bersendiri selama berbulan-bulan sebelum muncul semula. Merlin juga dikatakan sebagai ‘penyimpan rahsia dunia’ , ‘ketua pengetahuan’ dan ‘druid Celt terakhir’.
Dalam buku Historia Regum Brittanniae (ditulis pada tahun 1337) yang ditulis Geoffrey of Monmouth, Merlin dikatakan sebagai bukan anak manusia, dia dikatakan anak syaitan tetapi masih tertakluk kepada hukum Tuhan. Geoffrey juga mengatakan Merlin dilahirkan oleh seorang wanita dari tanah putih (Timur Tengah) (mungkin wanita Yahudi Timur Tengah). Geoffrey juga mengatakan kebolehan sihir Merlin adalah hasil campuran antara Manusia dan Syaitan. Secara tidak langsung, pandangan Geoffrey ini juga selari dengan pendapat para ilmuwan Islam iaitu Dajjal adalah anak seorang wanita yang lahir hasil dari benih syaitan.
Namun kisah Merlin juga hilang begitu sahaja secara pelahan-lahan apabila kuasa England semakin kuat dan mampu berdiri sendiri tanpa bayangan Merlin. Namun berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan, Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali. Merlin dikatakan membina Stonehenge di Salisbury dengan mengangkut batu-batu besar nun jauh dari Gunung Killaraus di Ireland untuk dibawa ke England, di mana monumen yang dibina itu menunjukkan satu kod iaitu kitaran bintang Sirius akan berada selari dengan matahari pada satu tarikh pada akhir zaman (terbiasa dengan tahun 2012 dalam kalendar Mayan?)…dan dia juga meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali pada waktu itu iaitu semasa Sirius dan matahari kembali dalam garis selari untuk memimpin England dalam menyatukan dunia.
Merlin Dan Arthur di Merlin TV Series yang semakin popular di Malaysia. Kebetulan atau cubaan doktrin?


Kod #9: Star of David
Jika diperhatikan melalui pandangan skeptikal dan cryptic, Star of David mengandungi mesej syaitan iaitu 666. Simbol ini terbina dengan bentuk bintang berbucu 6, di bucu bintang itu pula tersusun 6 piramid dan ditengah simbol itu pula terletaknya sebentuk segi 6. Maka ia adalah simbol 666, number of the beast, nombor manusia syaitan.
Star of David
Imej Dewa Krishna Di Tengah Star Of David
Simbol ini bukan sahaja wujud dalam agama Yahudi, malah ia juga wujud dalam agama selain Yahudi, iaitu Hindu. Bangsa Yahudi terkenal dengan sikap mereka yang tidak mahu berkongsi Tuhan, namun simbol yang dikatakan sebagai simbol rasmi agama Yahudi ini juga wujud dalam agama Hindu. Bagaimana ini boleh berlaku?
Ia mungkin dibawa oleh seseorang untuk dimasukkan ke dalam tamadun Hindu sejak zaman purba lagi. Atau satu agama dahulu kala (sebelum berubah menjadi agama Hindu) mungkin berasal daripada ajaran yang pernah dibawa oleh nabi-nabi Yahudi sehingga menyebabkan serpihan agama itu berkembang ke tanah India. Atau mungkin juga agama Hindu berasal daripada ajaran Tauhid sebelum menjadi terpesong sehingga elemen banyak tuhan mula mencemari agama ini tanpa kawalan. Atau juga mungkin India pernah disinari ajaran seorang nabi satu ketika dahulu, kemudian bangsa ini didatangi seorang Yahudi untuk merosakkan agama Tauhid ini dengan memasukkan elemen sesat dan simbol-simbol Israeliah bagi menandakan kehadirannya. Lama-kelamaan simbol Star of David menjadi sebati dan menjadi salah satu simbol agama Hindu itu sendiri, sama seperti agama Yahudi. Malah juga terdapat Tuhan Matahari dalam agama Hindu iaitu Krishna dan Surya. Kenapa hampir setiap agama mesti ada Tuhan Matahari? Ia satu kebetulan atau memang ada seseorang yang mahu menjadi tuhan?
Juga perhatikan simbol Star of David di sebuah kuil Dewa Monyet di Kathmandu, perhatikan juga simbol swastika di tengah antara dua bintang.. Swastika dalam bulatan matahari
Juga imej Jesus Christ di tengah Star of David

KESIMPULAN
Anda keliru dengan hadis Rasulallah bahawa Dajjal itu akan keluar selepas kewafatannya, tetapi saya pula mengatakan kewujudan Dajjal bermula sejak sebelum Nabi Muhammad lagi? Di sini saya ingin jelaskan bahawa melalui hadis-hadis, Dajjal hanya dipasung semasa kenabian Muhammad kerana untuk menjauhkan dakwah Nabi daripada fitnah Dajjal.
Anda ingat lagi dengan hadis mengenai pertemuan Tamim ad-Dari dengan Dajjal di sebuah pulau? Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai pohon kurma di Baisan dan air di Tasik Thabariya.
Ini bermakna Dajjal pernah ke kawasan itu sebelum dia dipasung dan dia pernah keluar sebelum itu. Dajjal juga bertanya mengenai adakah orang Arab sudah mula menerima ajaran Muhammad. Dan Dajjal diberitahu bahawa sudah ramai orang Arab mengikuti ajaran Islam, lalu Dajjal berkata bahawa masa untuk dia dibebaskan sudah semakin dekat. Ia adalah bukti bahawa Dajjal pernah keluar ke dunia sejak zaman-zaman sebelum kelahiran Muhammad lagi.
Dajjal sebenarnya dikatakan lahir sejak seawal zaman Nabi Sulaiman, atau lebih awal iaitu zaman Nabi Daud atau jauh lebih awal iaitu sejak zaman Nabi Nuh. Ingat lagi dengan sepotong ayat dalam hadis. 'sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kepada kaumnya.?'.
Berdasarkan epik Horus, ciri-ciri kod yang ditinggalkan iaitu ‘akan kembali pada akhir zaman’ memberi gambaran bahawa Dajjal sudah wujud sebelum kenabian Musa. Malah Horus juga dikaitkan dengan ‘mata satu’ dan menganggap dirinya tuhan yang akan kembali ke dunia.
Kemudian selepas kewafatan Muhammad, Dajjal yang dipasung sepanjang hayat Muhammad itu kemudian dibebaskan untuk meneruskan kerja sulitnya dengan izin Allah (hanya Allah lebih mengetahui kebenaran terhadap teori ini). Dajjal menyambung tugas sulitnya dalam menyesatkan manusia dengan bantuan syaitan dan kelompok-kelompok manusia yang menyembahnya.
Kemudian lahirlah tamadun Mayan selepas kewafatan Muhammad, wujudlah manusia-manusia hebat dalam pentas sejarah yang mengatakan dia akan kembali lagi melalui kod-kod yang sama. Jika Quetzalcoatl, Merlin, Horus, Shi Huangdi dan imej manusia yang digambarkan sebagai Isa dalam agama Kristian itu adalah semua individu berbeza, mengapa pula mesej kod mereka adalah sama?
Dajjal mungkin sudah wujud sekian lama sebelum kelahiran dan kenabian Muhammad berdasarkan kesan-kesan kod sejarah yang ditinggalkannya, tetapi Dajjal dipasung dan dikurung sebaik sahaja Muhammad dilahirkan dan diangkat menjadi Rasul. Dia sejak sebelum kelahiran Muhammad telah lama menjalankan rancangan dan persiapan untuk kemunculan ‘bergaya’ di akhir zaman, dia kemudian dikurung apabila Muhammad lahir bagi menghentikan fitnah buat sementara waktu dan dibebaskan semula selepas wafatnya nabi terakhir yang kita kasihi. Dia kemudian dibebaskan dengan izin Allah dan dengan janji Allah kepadanya untuk menjadi ujian terbesar kepada umat manusia. Segala perancangannya bagaimanapun tidak lebih besar daripada perancangan Allah Yang Maha Bijaksana.
Mengapa ditinggalkan piramid dan obelisk di kebanyakan lokasi di dunia tanpa penjelasan kukuh? Ia adalah kod-kod rahsia yang hanya difahami oleh golongan manusia yang diterangi dengan pengetahuan terahsia, Illuminati. Golongan Illuminati ini menerima jaminan Dajjal bahawa mereka akan mmperoleh kuasa untuk mentadbir dunia sementara menunggu dan membuat persiapan menunggu kemunculan terakhirnya nanti.
Jika direnung, satu benang halus yang tersembunyi sudah dilihat dengan jelas iaitu kod-kod rahsia melalui kisah-kisah epik dan binaan-binaan misteri. Mesej mengenai Tuhan Matahari pula begitu banyak wujud dalam tamadun dunia, tidak terkecuali juga dalam kepercayaan Hindu melalui penyembahan Tuhan Krishna dan Surya yang juga Tuhan Matahari dalam kepercayaan Hindu.
Apabila kod-kod ini disusun, maka ia menjadi sedikit mudah untuk dipecah dan difahami. Apabila dipecahkan, akan jelas kelihatan satu ‘sistem’ yang sengaja diwujudkan oleh ‘seseorang’ sejak zaman berzaman untuk menguasai pemikiran manusia sejak sekian lama. Sistem ini kemudian menyerap masuk dalam pemikiran manusia dan menjadikan setiap perancangan Dajjal pada zaman moden diteruskan dengan mudah tanpa disedari.
Ia adalah satu sistem yang sangat licik, halus, teratur, terancang dan bergerak secara senyap dalam perjalanan sejarah manusia. Sistem inilah yang telah menidurkan manusia sejak sekian lama, sistem inilah yang menjadikan kaum setiap para nabi menentang ajaran Tauhid yang dibawa oleh para nabi sebelum Muhammad. Sistem inilah yang menjadi doktrin kepada keengganan manusia menyembah Allah. Ia adalah Sistem Dajjal.
Dajjal adalah seorang manusia, setiap perancangannya pula pada zaman moden ini digerakkan oleh segolongan penyembahnya.
Sai Baba Yang Dianggap Sebagai Dajjal Kerana Mempunyai 'KUASA' Untuk Menyembuhkan Penyakit, Mengeluarkan Emas, Dan Menghidupkan Yang Mati.

No comments: