Kebelakangan ini kecoh dan viral sebuah video seorang Huffaz berusia 16 tahun yang mengaji begitu lunak sekali. Malangnya ia dirakam di dalam sebuah penjara! Berikutan itu rakyat Malaysia yang prihatin telah menyebarkan dan mendoakan agar nasib nya terbela, sehingga mendapat perhatian pak menteri! Alhamdulillah..
Berikut saya kongsikan perkembangan kes tersebut..
Assallamualaikum, saudara-saudaraku sekelian, status budak rohinya (hufaz). Pada 14/07/2014, jam 8.30 pagi saya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, bahagian lokap, berjumpa dengan Sarjan Mejar Ariffin dan Kopral Sharifah. Mereka memberitahu bahawa memang budak tersebut ditangkap oleh polis dan masukkan di lokap IPD ini. Kes tersebut telah dibawa ke mahkamah pada minggu lepas dan mahkamah menjatuhkan hukuman 6 bulan penjara. Pihak polis kata, mereka tiada maklumat budak itu di penjaran dimana. Jam 9.00pagi saya terus ke Penjara Pengkalan Chepa. Pihak penjara tersebut menyatakan budak tersebut tidak ditahan disitu. Mereka suruh rujuk dengan pihak imigresen, kerana kesalahan budak itu berkaitan berada di Malaysia melebihi tempoh. Jam 10.00 pagi saya terus ke pajabat Imigresen Telipot, Kota Bharu, Bahagian Pendakwaan dan Penguatkuasaan.
Saya berjumpa dengan Ketua Bahagian Penguatkuasaan tersebut iaitu En.Amran. Beliau mengesahkan bahawa budak tersebut di penjarakan di Penjara Machang, Kelantan untuk tempoh 6 bulan (tetapi setelah ditolak hari-hari tertentu tempoh penjaranya menjadi 4 bulan). Saya menceritakan kepada pegawai tersebut hasrat untuk ambil budak itu sebagai anak angkat, dan menanyakan bagaimana prosedur untuk mengeluarkan budak itu dari penjara dengan hanya membayar denda. Pengawai itu menjelaskan kepada saya , sebenarnya budak itu telah mendapat perhatian menteri dalam negeri, KSU dan Ketua Pengarah Imigresen, ekoran rakaman video budak tersebut membaca al Quran. Semalam 13/7/2014, Ketua Pengarah Imigresen Dan KSU telah datang ke penjara tersebut dan telah berjumpa budak tersebut dan mengabil maklumat berkaitan untuk dilaporkan kepada menteri untuk tindakan lanjut. Dilaporkan bahawa waktu anggota polis merakamkan budak tersebut membaca al Quran, katanya mereka sedang memilih imam solat. Didalam penjara tersebut budak itu menjadi imam solat termasuk solat tarawih untuk penghuni penjara. Ramai yang teruja dengan bacaannya sehingga ramai warga penjara hendak menolongnya.
Kata pegawai tersebut, beradanya budak tersebut didalam penjara, beliau telah berjaya menarik minat penghuni penjara kepada al Quran dan Islam. Beliau meletakkan situasi beliau seperti kisah Nabi Yusof a.s. Kata pegawai itu lagi, budak itu hanya berusia lingkungan 16 tahun, anak kacukkan Thailand + Burma. Semasa beliau ditangkap polis bilamana gbdicuri orang semasa mengikuti dakwah Jemaah Tabligh di Kota Bharu, semasa beliau keluar bersama rombongan, kawan-kawannya dapati beliau tidak muncul, dan didapati beliau ditangkap polis dan semua dokumennya dicuri. Beliau terlebih tinggal di Malaysia hanya 5 hari sahaja. Kata pegawai imigresen tersebut sepatutnya beliau didenda RM 30.00 sehari sahaja, beliau tidak tahu kenapa di penjarakan sampai bulan. Kita sama-sama doakan agar budak tersebut segera diambil tindakan sewajar oleh menteri dalam masa terdekat.
- copy paste.
2 comments:
Jadikan renungan bersama. Kakak pun berharap anak remaja itu dpt pembelaan. Remaja yg baik - bukan salah besar pun berbanding yg lebih lama duduk diM'sia yg membuat jenayah tapi terlepas kakak rasa beribu jumlahnya..
ya kak, kisahnya banyak mmbuka mata kita..bnyakk pengajaran boleh dikutip. thanks singgah !:-)
Post a Comment